20

12 0 0
                                    

Areum yang baru sahaja pulang dari kerja sempat masuk kedalam kedai serbaneka.

Dia sempat mencapai ramen yang ada diatas rak sebelum menuju ke kaunter.

"terima kasih..." katanya sebelum dia tersenyum tawar.

Areum turut sama memberikan senyuman sebelum dia melihat ada seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam berdiri berdekatan dengan lelaki tersebut.

Areum sedikit cuak.

"sama sama..." kata Areum lagi.

"emmm saya selalu nampak awak... awak memang duduk dekat dekat sini ke?"

Areum menganggukkan kepalanya lagi.

"yap... saya duduk dekat bangunan hujung jalan tu..." kata Areum lagi agak peramah.

Lelaki tersebut mengangukkan kepalanya sebelum dia batuk.

Batuknya semakin menjadi jadi dan Areum kemudian memandang ke arahnya, "awak okay??"

Dia hanya tersenyum. "saya okay jew..."

Areum menganggukkan kepala, "emmm jangan lupa makan ubat..."

"terima kasih..."

"kalau macam tu saya minta diri dulu..."

Dia menganggukkan kepalanya sebelum Areum melangkah pergi.

"emmm nama saya Park Jimin..."

Areum kembali memalingkan wajah nya memandang ke arah lelaki tersebut sebelum dia tersenyum, "saya Areum..."

Dia menganggukkan kepalanya lagi.

"selamat berkenalan..." kata Areum sebelum dia melangkah pergi.

"jumpa lagi..."

Areum menganggukkan kepala sebelum benar benar beredar dari situ.

"sayangkan... aku selalu jumpa dengan orang yang akan pergi tinggalkan dunia ni..."

Areum mengeluh sebelum melangkahkan kakinya menyusuri jalan yang sudah pun mula sunyi.

"hati hati!!" jerit seseorang sebelum Areum mendongakkan kepalanya sebelum melihat sebuah pasu bunga yang betul betul bakal menghempap kepalanya.

Areum baru sahaja ingin mengelak tetapi dia sedar yang kelajuan pasu tersebut lagi pantas dari kakinya.

ZAPPP!

Areum perlahan lahan mencelikkan matanya sebelum matanya bertemu dengan sepasang mata yang turut sama memandang ke arahnya.

"boleh tak kau elak...?"

Areum sedar yang dirinya berada dalam dakapan lelaki tersebut. ye lelaki malaikat maut yang selalu menganggu hidupnya.

Areum melepaskan dirinya dari dakapan lelaki tersebut sebelum dia mengeluh.

"awak okay??" kata seorang perempuan yang tergopoh turun dari tingkat atas sebelum memandang ke arah Areum dan juga lelaki tersebut.

Areum hanya menganggukkan kepala.

"er... saya okay..." kata Areum lagi.

Perhatian gadis itu kemudiannya ke arah lelaki malaikat maut sebelum dia memandang pelik ke arah lelaki tersebut.

"awak... sungguh laju... dan saya langsung tak nampak awak muncul dari mana..."

Lelaki tersebut hanya mendiamkan dirinya.

"sungguh luar biasa..." katanya lagi sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar lelaki tersebut sebelum dia merenung kedalam anak mata perempuan tersebut.

"apa yang kau nampak... semuanya mimpi... dan tak benar..." kata lelaki tersebut sebelum perempuan tersebut terus beredar pergi.

Areum yang memerhati kejadian tersebut sedikit kagum.

"kau boleh buat orang lupa dengan apa yang dia nampak??"

Dia menganggukkan kepalanya.

"kau boleh padam memory seseorang??"

Dan dia masih menganggukkan kepalanya lagi.

"daebak..."

"boleh tak kau padam memory aku jugak??" sambung Areum lagi.

"memory apa??"

"padam semua memory aku..."

"semua??"

Areum menganggukkan kepalanya.

"kau ingat aku apa?? tuhan??"

"kalau macam tu padam semua memory pahit yang pernah aku alami??" kata Areum lagi.

"jangan merepek lah..."

"tak boleh laa tu..." kata Areum selamba sebelum dia kembali mengambil plastik ramen yang terlepas dari tangannya tadi.

"boleh jew... cuma aku taknak..."

"okay fine.. bye..." kata Areum sebelum dia melangkah pergi.

"kau tak nak ucap terima kasih dekat aku ke sebab aku dah selamatkan kau sekali lagi??"

"aku tak suruh pon kau selamatkan aku..." kata Areum selamba.

"ish dia ni..."

Areum hanya tersengih dan langsung tak menghiraukan lelaki tersebut.

"mengjengkelkan betullah perempuan ni!!"

fated of love~Where stories live. Discover now