46

6 0 0
                                    

Areum melihat budak lelaki yang dicari oleh ibunya sedang makan dihadapannya. Dia kemudiannya hanya mengeluh.

Aku ni memang baik ke macam mana ek?? Perlu ke aku tolong dia...?

"berapa umur kau?" tanya Areum sambil melihat budak lelaki tersebut masih ralit makanan yang dihidangkan kepadanya.

Tatau lah pulak hantu pon boleh lapar macam ni.

"11 tahun..."

Areum menganggukkan kepalanya, muda lagi tapi dah meninggal.

"macam mana kau boleh mati?" tanya Areum akhirnya.

Budak lelaki tersebut berhenti makan sebelum dia memandang ke arah Areum.

"saya kena langgar... dah tubuh saya ada dalam kereta lelaki yang langgar saya..." katanya lagi.

Perlu ke aku pergi cari tubuh budak ni?

"akak je boleh tolong saya sebab akak je yang tahu tentang semua ni..."

Areum kemudiannya hanya menganggukkan kepala.

"habiskan makanan kau... tengok lah esok macam mana..."

Dia kemudiannya tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya sahaja.

"unnie..." panggilnya sebelum memandang ke arah Areum yang sedang duduk di jendela rumahnya.

"apa?" tanya Areum acuh tak acuh.

"malam ni kalau saya nak tidur dekat sini boleh?"

Areum terus memandang ke arahnya yang memang sedia memandangnya. Areum mengeluh sebelum dia menganggukkan kepala.

"malam ni je..." kata Areum lagi sebelum dia kembali memandang keluar jendela.

Melihat suasana malam sambil otaknya ligat memikirkan apa yang patut dilakukannya untuk budak lelaki itu.

Dia kemudiannya mengeluh.

Apa yang patut aku buat???

Park Bogum... mana kau pergi... dah nak dekat sebulan kau tak muncul muncul depan aku!

Dia berpaling ke arah katil sebelum melihat budak lelaki tersebut sudah lena di atas katilnya.

Dia hanya menggeleng gelengkan kepalanya.

Nasib baik lah kau budak lagi. kalau tak memang aku halau kau dari sini.

**

Dari kejauhan Areum hanya memerhati sahaja kawasan rumah tersebut dipenuhi dengan polis sebelum dia terlihat kelibat seorang lelaki yang telah pon ditangkap.

Jadi ni laa muka pembunuh budak lelaki tu.

Dan selepas itu kelihatan polis membawa keluar sesuatu yang ditutup dengan plastic hitam. Dan dia lihat wanita tua yang dilihat tempoh hari menangis teresak esak di sebelah bungkusan tersebut.

Areum menarik nafas sedalam dalamnya.

Sakitnya rasa kehilangan... hanya yang pernah rasai akan faham semua tu.

"unnie..."

Areum berpaling ke sebelahnya. Kelihatan budak lelaki tersebut memandangnya sebelum air matanya mengalir keluar.

"terima kasih unnie..."

Areum menganggukkan kepalanya.

"tenang lah kau kat sana... semuanya dah selesai..." kata Areum lagi sebelum dia beredar dari situ.

fated of love~Where stories live. Discover now