My name is Nafaella Achara Channarong. And this is about my not so happy ending life.
Saya dilahirkan pada 13 Febuari 1989 di Kuala Lumpur. Saya berdarah kacukan Thai dari papa saya tapi saya beragama kristian RC dari mama saya. Mama sama papa saya bercerai semasa saya berumur 7 tahun dan adik saya Antonio Anurak Channarong (Boy) pula berumur 3 tahun. Saya pun faham kenapa mama dan papa bercerai atau berpisah tapi saya rasa mangkali papa yang bersalah sebab dia terus hilang dari hidup kami dan langsung nda da kasi belanja untuk kami. Hanya bila saya suda berumur 16 tahun baru papa muncul balik dan claimed mau jaga saya dan Boy bergilir dengan mama. Yang saya hairan, teda pula mama macam berdendam sama papa. Okay seja mama. Nasib juga la mama ne kuat berkerja. Kami pula kena hantar ke kampung mama di pendalaman. Mama saya berbangsa orang ulu. Dari kampung mana tu biarlah rahsia. Mimang kekok la juga stay di kampung sama akik dan inik sebab sebelum ne kami tinggal di KL dan semua keperluan kami serba lengkap. Rumah yang agak besar dan ada eletrik. Bila berpindah ke kampung mama, saya dan Boy mimang kekok. Teda karan lagi. Air pun main pam dari sungai atau air hujan ditadah dalam tong besar. Betul2 akward. Bila malam akik akan pasang generator kasi lampu sikijap then pukul 10 suda kena tutup. Banyak nyamuk lagi.
Mama pula suda ke bandar untuk berkerja cari duit untuk kami. Tiap bulan bila mama balik jumpa kami , Boy berabis menangis sebab nda mau kasi lepas mama balik ke bandar. Saya macam biasa, hanya mampu berdiam diri dan tingu ja. Akik dan inik jaga kami dengan baik. Teda juga kami kena dera atau kena suruh2 bikin barang. Cuma hati saya yang sunyi. Teda kawan. Saya turun sekolah pun kena pinggir sebab saya nda pandai mau berinteraksi sama budak2 lain. Saya hanya tau berbahasa Thai dan english seja sebab papa hanya cakap thai sama kami dan mama cakap english di rumah dulu.
Saya dipinggir dan nda faham langsung apa yang diajar melainkan subjek bahasa english. Budak2 perempuan di sekolah hanya meminggirkan saya dan budak lelaki pula balik2 buli saya.
=================
Saya buka mata perlahan. Aduhhh.. Punya la sakit kepala ne. Berdenyut2 rasa sebelah kepala saya. Saya tingu sekeliling. Ahh.. Nasib dalam bilik sendiri. Macam mana balik malam tadi pun saya nda pasti. Saya turunkan kaki dari katil dan pijak lantai. Damn! Sejuk pula ne lantai! Saya jungkitkan kaki dan hanya pijak pakai hujung kaki ja dan berlari masuk ke toilet. Mau pecah suda pundi kencing saya ne.
Lepas abis membuang hajat, saya pigi ke singki. Kitaii! Punya la bida muka saya. Dengan eyeliner terseret ke pipi dan lipstick pun suda habis satu muka. Tu bulu mata palsu lagi tinggal sebelah seja. Sebelah nda tau hilang ke mana suda. Kesejukan aircond bilik membuatkan saya takut mau buka tu air. Tapi kalau nda buka tu air, saya nda bulih cuci muka. Ahhh.. Gila otak saya jem pagi2 begini.
Kruuuukkk~~
Aiseyyy... Berbunyi pula perut ne minta kena isi. Nda padan dengan kurus tapi kuat betul minta makan ne perut. Saya kasi cepat2 la mandi dan bersihkan mana yang patut sebab lapar suda ba perut saya. Nda juga saya sanggup mau keluar kasi tunjuk muka saya yang terlampau bida tadi tu.
Saya buka pintu bilik selepas habis pakai pakaian dan nampak Zaza, my housemate merangkap my bestfriend duduk di meja makan sambil sarapan.
"Suda bangun ko? Sa pikir mati suda ko tadi.. Ketuk2 pintu pun teda yang menjawab.."sempat lagi dia memerli saya. Sadap betul ucapan selamat pagi dia sama saya.
"ermmm.. Sepa yang bawa sa balik malam tadi?" saya malas mau layan dia punya sindiran dan terus tanya soalan yang ada di dalam otak saya.
"saya sama Didi.."dia jawab pendek tapi senyuman di muka dia macam ada udang di sebalik mee kolok. Siap dia angkat2 kening lagi berkali2.
"Didi?? Sepa Didi?"saya tanya balik. Serius ba saya nda kenal sepa tu yang dia sebut. Sembarang betul.
"ko nda ingat ka sepa Didi? Malam tadi berabis ko dance sama dia siap kissing lagi di tepi jamban.. Ko nda ingat?"Zaza tanya saya balik. Saya geleng2 kepala. Serius nda ingat.
YOU ARE READING
NAFAELLA
Romantizm~true story~ Life is not a fairy tale even if u wish it was. My name is Nafaella. Everyone call me Neffy. Saya bukan perempuan yang macam kamurang selalu baca di dalam novel2 cinta yang melambak di pasaran or internet. This is a story about my lif...