chapter 7

1.1K 128 15
                                    

Holiday semua Nick yang uruskan. Saya nda tau dia mau bawa saya ke mana. Dia yang pack pakaian saya dan saya cuma siap ala kadar dan masuk dalam kereta. Dalam kereta saya cuba mau tidur tapi mulut Nick nda pandai berhenti bercakap. Tangan dia nda lepas dari pigang tangan saya. Saya ingat bercuti sini2 seja. Sekali tingu dia berhenti di airport. Saya ikut ja dia.

Rupanya dia bawa saya ke resort di Pulau Tioman. Bukan main lagi kena naik bas ke Mersing. Dari Mersing naik speed boat lagi sejam ke Pulau Tioman. Rasa mau patah tulang belakang saya.

Private resort yang ada permandangan yang sangat cantik. Teda kedai langsung di resort tu. Kalau mau pigi kedai beli barang, kena naik bot lagi. Cuma ada restorant dan chalet sana. Nick pigi check in dan dia ambil tu chalet yang di atas batu. Permandangan menghadap pantai.

Lokasi sebenar

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Lokasi sebenar.

Suda la mau naik ke chalet, kena naik tangga. Aduhaii.. Matilanak.. Sampai ja ke dalam bilik saya terus baring di atas katil. Teda suda saya peduli si Nick. Saya terus cari position yang ngam dan terus landing tidur. Sakit kepala saya sebab balik2 saya rasa mau menangis ja.

Saya nda tau berapa lama saya tidur tapi saya terjaga bila Nick gerakkan saya. Dia kasi bangun saya sebab saya mengigau debilang. Dia kata saya mengigau panggil nama Kyle. Saya rasa muka saya basah masa saya bangun. Saya menangis? Saya pun nda ingat saya ada mimpi tentang Kyle atau pun nda tapi saya mimang menangis semasa tidur. Nick angkat saya dari katil dan dia letak saya di dalam tub mandi. Dia suruh saya mandi. Siap dia ugut lagi kalau saya nda mau mandi, dia campak saya ke bawah gaung sana. Di sini senang sikit mau bunuh saya debilang sebab pulau terpencil. Gila Nick! Bikin takut ja saya dingar.

Lepas saya mandi, saya pakai pakaian yang Nick kasi sedia di atas katil. Dia datang bawa sikat dan hair dryer.

"Come.. Let me dry your hair.."debilang dan saya duduk diam sana. Saya biarkan dia keringkan rambut saya dan entah kenapa airmata saya jatuh lagi.

Nick campak tu sikat dan dia off hairdryer tu. Dia tarik saya supaya berdiri menghadap dia. Dia lap lagi airmata saya.

"Suda la ba.. Bida oh muka kau menangis.. Malam ni kalau teda hantu kacau kita sini, mimang salah kau ba.. Hantu pun takut tingu kau.. Nda mau dia geng diurang bilang nanti.."sempat lagi dia bikin lawak sambil dia lap2 airmata saya pakai ibu jari dia. Silaka Nick!

"Dah la.. I promise i'll be there for u always.. Orite.. I'll be killing all those bastard who hurt u.."debilang lagi memujuk saya.

"U promise?"saya tanya dia.

"I promise.. Every single one of them!"debilang dengan semangat. Siap dia buat gaya macam Superman lagi mencekak pinggang. Saya nda tahan dan terus ketawa. 

Lepas makan malam tu kami duduk di tepi pantai. Dia main2 rambut saya. Kami sama2 teda bercakap. Hanya bunyi deruan ombak yang kedengaran.

"Kenapa dia curang sama saya Nick?"saya tanya Nicknwalaupun saya tau Nick teda jawapan untuk soalan saya. Hanya Kyle yang ada jawapan tu.

NAFAELLATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang