09

754 67 5
                                    


"awak dah kemas beg ke?" Sehun melangkah masuk ke dalam bilik Yoorin selepas pintu dibuka dan tidak lupa untuk menutupnya juga.

Yoorin mengangguk laju dan kemudian berjalan ke arah begnya yang sudah kelihatan kemas tersusun dengan pakaian yang telah diguna.

Sehun mengikut langkahnya lalu duduk di hujung katil yang empuk itu.

"Tapi, saya tak mandi lagi. Awak bolehkan kalau tunggu sekejap?" Yoorin menanya, tuala hotel yang tersangkut di almari dicapai.

Sehun memberikan senyuman lalu mengangguk.

"Awak ambil lah masa banyak mana awak nak. Saya tunggu dekat sini."

Mendengar ayat yang keluar dari mulutnya, Yoorin tersenyum lega.

Hm, nasib lah dapat bos yang reti sabar ni.

Lalu tanpa membuang masa Yoorin masuk ke dalam bilik mandi manakala Sehun pula memandang persekitaran biliknya.

Beberapa minit kemudian, air shower ditutup menandakan bahawa Yoorin telah habis mandi.

"hm, Encik Sehun?" Yoorin menjerit dari dalam bilik air untuk memastikan bahawa lelaki itu dapat dengar suaranya.

"ya?"

"ehm, boleh tak kalau encik tolong hulurkan baju saya yang ada dekat atas katil tu?"

Sehun memandang ke belakang, dimana terletaknya baju dan juga skirt labuh berwarnakan merah jambu.

"baiklah." Dengan itu, Sehun mengambil pakaiannya dan berjalan ke arah bilik mandi.

Dia mengetuk dahulu pintu bilik mandi itu, menghormati privasi Yoorin.

pintu dibuka, lalu tangan Yoorin keluar untuk mencapai pakaiannya.

"terima kasih!" Yoorin membalas dengan gembira nya.

Sehun tersenyum lalu berjalan ke katil semula.

Minit berlalu lalu Yoorin keluar dengan berpakaian kemas.

Baju kemeja putih yang bercorakan bunga di bahagian dada, hujungnya di selit ke dalam skirt labuh tapi kembang berwarnakan merah jambu itu.

Rambutnya yang kelihatan sedikit basah mungkin kerana terkena air serta mukanya yang suci tanpa makeup.

Betullah apa yang orang kata selama ni, bahawa Yoorin kalau tak bersolek pun akan tetap cantik untuk dipandang.

"awak.. nampak cantik" Sehun memujinya sebaik sahaja Yoorin berjalan melepasi nya.

"ah, terima kasih" dengan malu-malu Yoorin menjawab, mencapai sikat rambut yang terletak di atas meja yang disediakan.

Getah rambut hitam diambil, lalu mengikat rambut panjangnya itu.

"ah Yoorin, saya ada benda nak bagi." Sehun yang tadi terapung di awangan mula tersedar ketika melihat Yoorin menyikat rambutnya.

Lelaki itu berjalan ke arah Yoorin.

Lalu, dia membawa keluar sesuatu yang kelihatan seperti penyepit rambut dari poketnya.

" Tadi saya ada jalan-jalan dekat pasar tepi laut, lepastu saya nampak ada orang jual penyepit rambut ni jadi waktu tu saya teringatkan awak.." Sehun cuba sedaya upaya untuk menerangkan situasi kepadanya tanpa rasa gugup.

Yoorin mendengar sambil tersenyum.

" jadi,, saya pun beli. Hadiah untuk awak sebab temankan saya datang sini. " Sehun menghulurkan penyepit rambut yang bercorakan bunga itu kepadanya.

our life || jiminWhere stories live. Discover now