35

786 51 15
                                    


" papa papa kita nak makan dekat mana niw?" soalannya membuatkan kedua-dua mama papanya berpaling.

" kita nak pergi lah ni,, sikit lagi nak sampai dah" Jimin menjawab, senyuman di bibir tak lekang.

" lama lagi ke? Chul dah penat jalan" rungut Chul yang dari tadi memuncung, tangannya dipegang Yoorin.

Nak elak kehilangan anak gais, sekarang kan dah banyak kes ish ish ish.

"Chul penat? nak dukung tak?" Yoorin menawar diri, cepat Chul mengangguk kerana kakinya yang kecil tak mampu jalan jauh-jauh.

"eh, biar saya yang dukung Chul." dengan suara ala-ala anak jantan, dia menghalang Yoorin daripada mengangkat Chul.

"tapi saya-"

" takde tapi-tapi, gigit karang. Biar saya je yang dukung,, saya kan lelaki sejati" Jimin mengenyit matanya lalu menghulurkan tangan untuk menyambut Chul.

Yoorin menjeling 180 darjah yang disertakan dengan ketawa kecilnya.

Haih Park Jimin ni, author gigit karang.

"ikut awaklah" Yoorin sambung berjalan apabila badan kecil Chul akhirnya diangkat Jimin.


Sedang mereka seronok-seronok makan, tiba-tiba suara seseorang mengejutkan mereka bertiga.

Suara itu hanya memanggil Park Jimin, tapi keterujaan yang ada ketika itu juga telah mengejutkan mereka.

Bukan mereka je, tapi orang sebelah mereka yang sedang dating tu pun terkejut sampai phone termasuk dalam sup ayam yang dipesan ehem ehem.

"Hai Jimin!!! omg tak sangka dapat jumpa you dekat sini!!" Bukan main perempuan itu, Jimin hanya melemparkan senyuman.

Ye rakan-rakan, ramai betul perempuan dalam hidup Jimin ni haih.

Lepas mentafsir rupa wajahnya, Yoorin berasa terkejut.

Kerana ini adalah perempuan yang sama dia lihat bersama Jimin waktu membawa Chul pergi bermain dekat mall haritu, dan semasa dia ingin membeli ubat dekat farmasi tu.

Ingat lagi tak? masa zaman Yoorin dengan Jimin bergaduh tu :)

" ah samalah, tak sangka dapat jumpa you dekat sini jugak" Jimin menggaru kepalanya yang tak gatal.

Perempuan itu kemudian memandang Yoorin dengan riak wajah terkejut tambah teruja, seakan-akan baru perasan kewujudan Yoorin dekat situ.

Eh minah ni aku dah lama duduk dekat sini buta ke apa—

"Eh! you ni pulak mesti ex wife Jimin kan?!" nada terujanya memang dah tak boleh kawal.

Yoorin mengangguk segan, mula perasan bahawa orang sekeliling mereka dah bertukar pandangan ke arah mereka.

"OMG nice to meet you!!"

"makcik ni sape?" Chul yang dari tadi menjadi pemerhati akhirnya bersuara, kening belah kanan terjungkit di atas.

" nama i Kwon Yeelin, tapi just panggil i Lin okay? nice to meet you, anak Jimin! you are so cute!!" Lin membuka tutup tangannya, berasa geram.

Sementara Yoorin hanya mengeluarkan keluhan tak percaya. Anak Jimin ni ada nama okay.

" Ah, you buat apa dekat sini? " soalan Jimin yang terbantut dari tadi akhirnya bebas jugak. Lin menumpukan perhatiannya ke Jimin semula.

" oh actually i kena jumpa klien dekat sini? Papa i kata dia orang penting, jadi i yang datang ganti papa. Bak kata papa, biar orang muda yang uruskan" Yeelin tersenyum manis.

our life || jiminWhere stories live. Discover now