23

613 67 13
                                    


"boleh patah pinggang aku dibuatnya woi" Taehyung membebel sebaik sahaja Yoorin memeluknya dengan erat seperti monyet memeluk sebatang pokok.

Yoorin menggeleng kepalanya, menyandarkan kepala di dada lelaki itu.

"haih" akhirnya lelaki itu mengeluh lalu dengan sepenuh kekuatan yang ada, dia berjalan masuk ke dalam rumah dengan Yoorin yang masih melekat dengan badannya.

" AKU RINDU KAU TAE" entah tak tahu dari mana angin datang, tiba-tiba Yoorin menjadi emosional dan memandang ke arah muka lelaki itu dengan penuh sayu.

Lelaki yang memiliki senyuman kotak itu pun tersenyum.

"Aku pun rindu kau jugak, kalau tak takdenya aku nak singgah sini." Taehyung mengusap-usap kepalanya.

"mama buat apa tu?" secara tiba-tiba bunyi suara comel kedengaran dari belakang Yoorin.

Yoorin melepaskan pelukannya dan beralih ke arah Chul yang membuat reaksi muka yang tidak boleh dibaca kerana dia baru menyaksikan perangai mamanya yang paling pelik abad ni.

" Chul!" jeritan oleh lelaki itu membuatkan Chul terkejut dan matanya membulat.

Cepat-cepat budak kecil itu melangkah dan menyorok di belakang kaki mamanya.

" aww Chul dah besar!!" Taehyung mengeluarkan suara comel untuk menarik perhatian budak kecil itu datang kepadanya.

Sebalik itu,

"pakcik ni siapa?"

Tidak sampai sesaat hati Taehyung remuk apabila mendengar soalannya. Dia mengesat pipinya tidak basah.

Yoorin menjeling 100 darjah.

"kau ni jangan nak drama sangat la"

"Yoorin kau bagi dia makan apa sampai tak ingat aku ha ㅠ~ㅠ" Taehyung siap berlutut, bagai seorang lelaki yang telah ditinggalkan oleh kekasihnya.

"mengada la"

Dengan segala pemerhatian yang dibuat oleh budak kecil itu, dengan perlahan Chul memegang bahunya dan dengan jari jemari comel dia menepuk dengan perlahan.

"pakcik jangan la nangis" dia melihat lelaki yang 'menangis' itu dengan mat bulatnya.

"Huwaa comelnya!!!" dengan itu Taehyung menarik lengannya dan terjatuh budak itu di atas peha lelaki itu.

Taehyung segera memeluknya erat, berasa geram dengan kecomelan yang dimiliki oleh budak kecil itu.

Chul yang keliru ketika ditarik, akhirnya berjaya mengukir senyuman serta gelak tawa apabila dipeluk oleh Taehyung.

Yoorin jugak turut tersenyum, menggelengkan sahaja kepalanya.

"Aku pergi buatkan teh okay? kau buat tengok-tengokkan Chul okay?" dengan itu Yoorin meninggalkan mereka berdua yang sedang terhibur hati.

Kerana kepenatan, Chul kini baring di atas peha mamanya sambil bermain dengan beberapa mainannya.

Taehyung juga kelihatan penat, tetapi senyuman tak putus-putus dari bibirnya.

"jadi, kenapa kau tiba-tiba buat keputusan nak datang sini balik?" Yoorin menanya, tangannya ditarik-tarik oleh Chul yang meminta untuk mengusap kepalanya.

Taehyung menukar riak wajah, membuat muka seperti patah hati.

Ha dia mula dah sesi lakonan dia.

" Sampai hati kau cakap macam tu? kau memang tak suka la sebab aku balik kan huuuu" Taehyung menggosok matanya berkali-kali walaupun matanya kering.

our life || jiminWhere stories live. Discover now