Setiap butang yang ada di remote control ditekan berkali-kali, kebosanan menyelubungi diri perempuan itu.
Dia memandang ke arah skrin TV, melihat setiap siaran menunjukkan beberapa rancangan TV yang bosan pada pagi ni.
Yelah kan, Yoorin mana nak pernah tengok TV pagi-pagi ni, sebab dia bekerja. Tetapi, setelah dia berhenti kerja tambahkan pula Chul yang berada di rumah Jimin, memang dia tak tahu hendak berbuat apa.
Akhirnya Yoorin menutup TV, kecerahan serta bunyi yang dihasilkan oleh alat elektronik itu lesap serta-merta.
Dia mengeluh lalu berdiri, menggeliat sedikit dan memandang ke arah suasana di luar tingkap yang cerah dan indah dengan kicauan burung-burung.
secara tiba-tiba dia terdengar loceng pintu rumah ditekan, mukanya terus berkerut.
datang rumah orang lepastu tekan loceng pagi-pagi ni memang trend eh?
Dengan segera dia melangkah ke pintu rumah, dengan muka yang masam.
Tetapi air mukanya terus berubah apabila melihat orang yang berdiri di sebalik pintu tu.
"hi" dengan mesra lelaki itu menyapanya, Yoorin terus tersenyum dan menyapanya semula.
"encik buat apa dekat sini?" Yoorin menanya, dia masih memegang pintu dan terpegun melihat dirinya di dalam pakaian sut kerja.
" sebernanya saya dalam perjalanan nak pergi office, tapi saya lalu depan rumah awak ni dan kebetulan saya tak breakfast lagi, jadi saya nak ajak awak pergi breakfast sekali.. Awak dah makan ke?" Sehun menanya Yoorin yang terpegun melihat dirinya yang tampan.
"ahh sebernanya saya pun belum breakfast sebab Chul pun takde, jadi saya pun tak masak la pagi ni.." Yoorin memberitahu, membuatkan si Sehun itu tersenyum lebar.
"kalau macam tu, saya tunggu awak siapla. kita pergi sama-sama okay?"
" eh tapi, tak menyusahkan encik ke? yelah sebab nak tunggu saya siap pun ambil masa lepastu pergi makan pun ambil masa dan encik nak hantar saya balik pun ambil ma-"
" Yoorin, tak la. tak ambil masa pun, lagipun saya ada benda penting nak bagitahu awak jugak. "Sehun berkata-berkata, memotong ayat Yoorin.
" tunggu ape lagi? pergi la bersiap,, saya tunggu dekat bawah. " Yoorin mengangguk laju lalu membenarkan dia masuk ke dalam rumahnya.
Perempuan itu berlari menaiki anak-anak tangga, meninggalkan Sehun yang melihat sekeliling rumahnya.
Beberapa minit kemudian, Yoorin turun dari tingkat atas dan berdiri di depan Sehun dengan senyuman manisnya.
Sehun juga turut tersenyum.
"awak memang suka pakai penyepit rambut yang saya bagi eh?" Sehun mengusap rambutnya, membuatkan pipi Yoorin bertukar merah.
" ah, saya suka penyepit ni. terima kasih sebab belikan untuk saya" Yoorin menunduk, membuatkan senyuman Sehun makin melebar.
"dahla, jom. Saya dah lapar ni." Sehun berkata-kata membuatkan Yoorin tergelak kecil dan mengangguk.
—
Sehun melihat sahaja muka Yoorin yang sedang gembira mengisi perutnya. Makanan yang dipesannya tidak diusik langsung kerana terlampau asyik dengan Yoorin.
Yoorin menyedarinya dan berhenti makan, memandang ke arahnya.
"kenapa? ada benda dekat muka saya ke?" Yoorin menanya, membuatkan Sehun ketawa kecil.
"takla."
"kenapa encik tak makan? tadi encik kata encik lapar." Yoorin membuat riak wajah risau kerana makanannya langsung tak diusik.
YOU ARE READING
our life || jimin
Fanfiction[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.