Encik Sehun
[1 unread message]8.06 a.m.
buka pintu depan rumah awak sekarang, saya ade dekat luar.
Mata Yoorin terbeliak, keningnya sempat terjungkit ke atas lalu bangun dari katil dan meninggalkan Chul yang masih terlentang lenanya di sebelah.Dia melihat wajahnya terlebih dahulu di cermin.
Takut-takut nanti Sehun pengsan, sebab terkejut tengok wajah beruknya di pagi hari.
Yoorin berjalan, menuruni anak-anak tangga. Dia memperlahankan langkahnya apabila berjalan ke arah pintu.
Beberapa saat kemudian, pintu dibuka lalu muncul kelibat Sehun yang sudah berpakaian kemas, berbanding dengan Yoorin.
" good morning! Yoorin." Sehun menyapa, senyumannya melekat di bibir.
" ah, good morning." Yoorin juga menunjukkan senyumannya, tetapi sedikit serabut.
"eh, ni mesti baru bangun tidur kan? " Sehun menanya, membuatkan Yoorin mengeluarkan gelak kecil.
" nampak gaya, macam tulah." perempuan itu menguap, menggosok matanya.
" ah encik, maaf sebab buatkan encik berdiri dekat luar macam ni-" Yoorin tersedar akan tingkah lakunya yang kurang sopan kerana tidak menjemput lelaki itu masuk dan mula bertukar kelam kabut sedikit.
" takpe, saya datang pun sebab nak tengok keadaan awak je." Sehun tersenyum dengan girang melihat Yoorin yang kini tersipu malu.
Tanpa disedari Yoorin, budak kecil bernama Chul itu telah bangun dan memeluk kaki Yoorin dalam keadaan mamai.
Yoorin memandang ke bawah, tersenyum melihat muka Chul yang comel terutamanya ketika waktu pagi.
" Hi Chul!" Sehun menyapanya, membuatkan budak kecil itu mendongak keatas dan memandangnya dengan senyuman yang kecil.
Chul melambaikan tangannya kepada Sehun, seperti mana yang mamanya telah ajar ketika bertemu dengan orang.
Gerak gerinya, membuatkan mereka berdua cair kerana kecomelan yang terlampau.
Yoorin mengusap rambut Chul yang menutupi dahinya ke belakang.
Secara tiba-tiba, riak wajah Chul bertukar aktif dan gembira ketika budak kecil itu memandang ke belakang Sehun.
"Papa!!" Chul menjerit, membuatkan Yoorin memandang ke belakang Sehun.
Kelihatan sekali dengan jelas, Jimin jugak berpakaian kemas. Rambutnya menutupi dahi dan senyumannya yang lebar menyebabkan matanya bertukar sepek.
Jimin berjalan menuju ke pintu rumah Yoorin.
Sehun memandang ke belakang, senyuman yang disimpannya dari tadi terus hilang dan bertukar kepada serius.
" Park Jimin." nada suaranya tegap, menarik perhatian Yoorin.
Jimin kini berdiri di sebelah Sehun, dan mencangkung untuk memeluk Chul.
" eyy, kenapa anak papa ni kusut sangat hm?" Jimin bersuara dengan lembut, memeluk anaknya yang ceria apabila melihat papanya.
Sehun memandang Yoorin semula, tapi kalini dengan senyuman yang dibuat-buat.
"saya tak pernah tahu pula yang Jimin tu suami awak." dia memperlahankan suaranya, agar Jimin tak dengar.
" uhm, pembetulan. bekas suami." Yoorin membetulkannya.
YOU ARE READING
our life || jimin
Fanfic[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.