"uh" satu keluhan kecil dikeluarkan apabila sakit kepala yang teruk menyerang.
Yoorin memegang kepala dengan kedua-dua belah tangannya, cuba menahan sakit yang berdenyut itu.
Serius, perkara yang berlaku semalam tidak berderu masuk ke dalam kepalanya, jadi sebarang kejadian yang berlaku memang langsung tidak ingat.
Dengan perlahan, dia mengangkat kepalanya.
Benda pertama yang menarik perhatian adalah, pakaian yang menyarung tubuhnya.
Pandangan pelik diberikan setelah melihat sehelai baju putih yang besar menutupi badannya, manakala bahagian kaki hanya terdedah di sebalik selimut tersebut.
Banyak tanda tanya yang muncul di kepalanya.
Benda kedua, persekitarannya.
Memang secara terang lagi bersuluh itu bukan biliknya. Bilik itu dicat dengan warna-warna klasik dan dipenuhi perabot mahal.
"dekat m-mana?—" kata-katanya terhenti lalu berpaling ke arah pintu yang terletak di sebelahnya.
Matanya terbuka besar apabila bertentang dengan sepasang mata garang dan tegas Jimin.
Tidak sampai 10 saat, Jimin mengalihkan mata lalu berjalan ke arah perabot yang dinamakan almari pakaian.
"Jimin?" bisiknya perlahan, sambil memandang belakang Jimin yang tegap itu.
Terus dengan itu Yoorin cuba mengingat semula apa yang sebernanya terjadi sehingga dia boleh berakhir di dalam bilik lelaki itu.
Hairan, pelik, semua perasaan terlintas di dalam kepalanya.
Suasana begitu tegang, Jimin hanya membuat halnya sementara Yoorin sekadar memerhati.
"ss-kenapa saya ade dekat sini?" soalan pertama yang keluar dari mulut Yoorin, tetapi Jimin hanya membisu.
"Awak buat apa dekat saya?" soalan kedua.
Jimin tetap berkeras untuk diam, sambil-sambil itu dia mencari pakaian yang mahu dipakainya pagi itu.
"mana Chul?" walaupun beberapa soalan masih tak terjawab tetapi dia masih memberi soalan kepala lelaki itu.
"Jimin saya tanya awak—"
"Kenapa awak buat perkara tak fikir dua kali?" soalan dibalas soalan, Jimin terus memandang tepat ke mata perempuan itu.
Matanya menampakkan kemarahan, kecewa dan segala perasaan yang bercampur aduk.
"a-apa maksud awak?"
"Jangan buat-buat lost, Yoorin. Kita berdua tahu apa yang terjadi semalam bukan?" Jimin menanya dengan kasar, membuatkan Yoorin berasa takut untuk memandang dia.
Entah macam mana ajaibnya, semua perkara yang berlaku malam semalam berpusu-pusu masuk ke dalam ingatan Yoorin, membuatkan dia teringat dan berasa terkejut akan perkara yang terjadi.
" Kenapa awak perlu buat perkara bodoh macam tu?" Jimin melemparkan lagi soalan, berjalan ke arahnya.
"s-saya hilang arah." satu ayat yang keluar dari mulut Yoorin membuatkan Jimin berasa bengang.
"Hilang arah? Hilang arah awak cakap? Semalam Chul call saya, dengan suara dia yang nak nangis tu betul-betul lukakan hati saya tahu tak? Dia cakap dari pagi awak takde dekat rumah. Awak tahu tak betapa risaunya saya bila saya dengar macam tu?! Itupun nasib baik dia call saya guna phone Taehyung. Jadi saya tahulah yang Taehyung singgah rumah awak. " suaranya kelihatan seram buat Yoorin ketika itu.
YOU ARE READING
our life || jimin
Fanfiction[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.