31

730 48 6
                                    

"Taehyung??!" perempuan itu menjerit, mencari dirinya yang terus menghilang entah ke mana lepas seludup masuk ke dalam rumahnya.

Heh, entah macam mana dia masuk,, takde sape tahu.

Yoorin menuruni anak tangga, beg tangan di pegang erat.

Entah ke mana pulak lelaki ni pergi?

"Aku nak keluar kejap!" Yoorin memandang ke arah dapur, firasat mengatakan lelaki itu ada di sana.

Mukanya terus cuak apabila dia memusingkan badan, terus terpapar muka Taehyung dengan senduk rumahnya.

"uish kau! apa kau buat dengan senduk aku ni?" Yoorin mengusap-usap dadanya, terkejut dengan penampilan secara tiba-tibanya.

Mana tak terkejut? pusing-pusing nampak orang pegang senduk, macam nak ketuk orang.

"Tak. Boleh. Keluar" satu-satu ayatnya keluar.

"Tapi aku nak pergi beli ubat.." dia menerima jelingan maut daripada Taehyung.

"Ubat apa? Meh aku je yang belikan—"

"eh tak payahla! aku pergi beli sendiri." Yoorin cuba memujuk lelaki itu, acuh tak acuh saja Taehyung memandangnya.

"Nak pergi beli sendiri konon, buatnya kau hilang macam haritu?? Tak ke mati aku nanti tiba-tiba kena jadi pengasuh tak bergaji kau??" Tangan di silang di dada, jelas sekali dia nampak marah.

"Aku tak hilang! Aku nak pergi beli ubat je!!!" Yoorin memandang tepat ke arah matanya.

"Tak boleh."

Yoorin mengeluh, kakinya bergilir-gilir menghentak di atas lantai. Tau ubah macam perangai budak-budak.

"ala sekejap je!" tak henti-henti dia memujuk lelaki itu, mahu jugak untuk keluar.

"Ngeh, tak boleh." Taehyung berjalan ke dapur dengan elegan sekali, tidak lupa juga senduk yang dipegangnya tadi.

"Ha jangan fikir nak curi-curi keluar, aku dah sorok kunci kereta kau MUAHAHAHAHA" jelas dengan mendengar ketawa jahatnya membuatkan Yoorin lagi rimas.

Tapi macam mana sekali pun, Yoorin tetap Yoorin.

Dia mengelinap keluar, dan membuat keputusan untuk mengambil bas.

Heh, dia fikir Yoorin ni terdesak sangat? Dia ingat hanya kereta je pengangkutan yang ada dekat dunia ni?

Hah, Yoorin bersyukur akalnya boleh bergerak ketika itu.

"uhm, rak mana ye uhm—?" matanya mengliar, memandang ke arah setiap rak ubat-ubatan yang ada di dalam farmasi besar itu.

Tak tipu, tetapi farmasi ketika itu pun sesak seperti pasaraya besar.

Sampaikan banyak kali dia terlanggar manusia yang berada berdekatan dengannya.

Dia mencari ubat yang diperlukan dirinya itu, sampailah satu masa dia akhirnya menjumpainya.

Mata tak lupa jugak untuk pandang ke seksyen yang terletak beberapa gula-gula vitamin. Dia mula terfikir untuk beli satu botol sebab teringatkan Chul yang susah untuk makan sayur.

Jadi dia ambil sebotol dan terus berjalan ke arah kaunter.

Kaunter pun sesak hm.

Nak buat macam mana, semua orang pun sakit setiap hari. Bukannya dia je yang memerlukan ubat-ubatan.

Selepas bayar ubat dan juga vitamin untuk Chul, segera dia keluar dari farmasi tersebut.

Terbayang muka Taehyung yang tunggu depan rumah dengan muka bersilangnya. Dengan sekali penyapu dekat tangan.

our life || jiminWhere stories live. Discover now