Yoorin bingkas mencapai robe mandi yang ada di dalam bilik mandi mewah hotel itu.Dia melihat dirinya di cermin besar yang terletak di dalam bilik mandi itu.
Tangannya mencapai sebotol losyen yang telah dibelinya ketika pulang daripada date diantara dia dan Sehun.
Dia akur, bahawa date pada malam ini amat seronok kerana Sehun membuat keputusan untuk membawanya ke amusement park.
Sudah berkurun lamanya dia tak pergi ke tempat macam tu. Masa dia masih bersama dengan Jimin dulu, Jimin tak pernah ajak dia pergi ke tempat macam tu.
Maklumlah Jimin. Kalau orang yang belanja baru dia nak pergi.
Jadi, apabila Yoorin dah lama tak pergi ke tempat begitu dan akhirnya impian tercapai jugak pada harini,
Mulalah perangai kebudak-budakkannya itu terselah.
Semasa mereka berdua berada di situ, Yoorin terlampau aktif dan akan menarik tangan Sehun masuk ke satu tempat dan tempat yang lain.
Sehun jugak terkejut dengan perangai Yoorin. Sebab selama ni, Yoorin akan malu-malu dengannya.
Sampailah malam ni, perangai kesetanan pun muncul.
Bak kata orang, mula-mula shy shy, tapi bila dah lama sikit shyton.
Yoorin melihat mukanya di cermin, secara tiba-tiba dia menutup muka sambil tersenyum.
"ya tuhan, asal lah aku tunjuk perangai macam tu depan dia tadi?" Yoorin menanya dirinya sendiri, sifat malunya mula memainkan peranan setelah mengingati semula perkara-perkara tadi.
"hish kau pun satu Yoorin!" Yoorin menampar kedua-dua belah pipinya secara bergilir-gilir.
Selepas puas menampar dirinya sendiri, dia memegang pipinya dan meratap mukanya di cermin.
Jelas, terdapat kesan-kesan merah dipipinya.
Tapi bukan disebabkan ditampar berkali-kali, sebab berasa malu.
Dia masih tak boleh move on dengan date mereka tadi.
" nanti kita repeat okay? " kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut lelaki itu sebelum Yoorin menutup pintu bilik hotelnya.
Yoorin mula tersenyum sendiri lagi, melihat dirinya di depan cermin itu.
'ah malunya!!' lalu pili paip dibuka dan Yoorin membasuh mukanya berkali-kali.
—
Setelah sesinya main campak-campak air dimuka akibat malu, Yoorin membuat keputusan untuk keluar daripada bilik mandi dan tidak membazir air hotel itu.
Yoorin masih memakai robe itu dan membuat keputusan untuk memakainya sepanjang malam.
Dia berjalan ke arah dimana phone nya berada, iaitu di atas meja lampu di tepi katilnya.
Dia baring dengan cara perutnya di atas tilam katil, lalu menekan skrin phone nya dengan rancak.
Dia menekan contact bernama 'Jimin🗿' lalu menekan pula video call.
Beberapa saat kemudian, terpapar muka Jimin di skrin phone nya.
Apa yang membuatkan hatinya berdegup kencang secara tiba-tiba adalah keadaan mukanya yang kacak itu, tambahan dengan rambut hitamnya yang basah.
Pada mulanya, mereka berdua mendiamkan diri. Tetapi, secara tiba-tiba Jimin membuat senyuman nakal.
" tutup mulut tu, nanti lalat masuk" Jimin bersuara, membuatkan Yoorin tersedar ke dunia realiti.
YOU ARE READING
our life || jimin
Hayran Kurgu[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.