37

587 44 10
                                    

[gais author baru teringat yang author lupa nak letak kyungsoo sekali shsjsjjs sian dia huehue😔]

"Yoorin." senyuman yang dilemparkan seperti tiada rasa bersalah langsung, memandang muka Yoorin untuk meminta simpati.

Yoorin sekadar melihat, air mata mendesak untuk mengalir seperti air terjun.

Apa yang membuatkan hati Yoorin seperti dilempar batu tambah dibakar apabila muncul pula isterinya-yang-tercintut di belakang.

Fuh, dahla buat sakit hati orang lepastu bawak pulak pompuan yang dia lari sama-sama tu :)

Sabar Yoorin, sabar.

" awak buat apa dekat sini?" suaranya kedengaran kasar-kasar, malaih sudah nak layan apatah lagi melihat mukanya.

Sehun memandang ke arah isteri Thainya, sebelum melangkah masuk ke rumah untuk mendekati Yoorin.

"Yoorin, saya-" tangan Yoorin dicapai, cepat-cepat ditepis Yoorin.

" berani betul awak tunjuk muka dekat sini lagi?" Yoorin memarahinya, ada unsur unsur nak breakdown tak lama lagi tu.

Sehun memandang, Mekan Takingatdunia tu pula hanya berdiri di luar rumah.

" kenapa awak datang sini?!" Yoorin mula hilang kawal, allergic teruk apabila Sehun muncul di mata.

" Yoorin, siapa yang datang?" suara itu membuatkan semua yang berada dalam situasi itu berpaling.

Langkah terhenti, Jimin yang mempunyai riak wajah ceria besertakan matanya yang sepek hilang diganti dengan Jimin yang menahan amarah.

Tangannya menggenggam, kaki laju saja berjalan kearah Sehun lalu satu tumbukan tepat di muka cantik Sehun.

Yoorin dan isteri Sehun menekup mulut terkejut.

"BERANI BETUL KAU MUNCULKAN DIRI DEKAT RUMAH NI LAGI?!" Jimin menjerit ke arahnya, bergema suara di dalam rumah itu.

Sehun kini terduduk di atas lantai, memegang rahangnya yang bagai nak pecah berderai.

"Sehun!" Mekan berlari ke arah Sehun, memegang tangannya.

Sementara itu, Yoorin pula berjalan ke arah Jimin. Tak tahu nak berasa terkejut kerana Jimin berbuat demikian atau marah kerana Sehun muncul di depan pintunya.

Tangan Jimin dipegang Yoorin, mereke berdua melihat ke arah Sehun yang sedang menahan sakit.

Lalu datang pula Jen dan Taehyung yang sedang mendukung Chul dari dapur, gara-gara risau apabila mendengar suara Jimin menjerit kemarahan.

" encik Sehun?" Jen terkijut jugak, tapi dalam hati dia sumpah seranah dah bos dia.

Nak datang pun time-time macam ni, mana taknya Jimin bertukar jadi godzilla.

Chul terus menoleh kepalanya yang tadi menyandar di bahu Taehyung.

"Pakcik Sehun!!" nada seronok kedengaran, betapa gembiranya dia apabila orang yang entah hilang kemana muncul kembali.

Terutamanya bila muncul pada hari lahirnya, seronok sampai level 1000.

Sehun tersenyum sambil memegang rahangnya yang ditumbuk kuat oleh Jimin, cuba berdiri dengan pertolongan isterinya.

"Chul." Sehun ingin menghampiri Chul, keadaan yang sakit itu tak mampu menghalangnya daripada berjalan dan bersemuka dengan budak kecil 'kegemarannya'.

Sebelum perkara itu berlaku, Jimin melangkah dan menghalang laluannya untuk pergi ke Chul yang masih memandang.

"Kau memang tak serik lagi kan?" Jimin bercakap kasar, tanda memberi amaran sebelum tangannya menyentuh Sehun lagi.

our life || jiminWhere stories live. Discover now