+ special chapter (finale)

514 31 13
                                    

Malam itu, selepas selesai semua perkara Jen mengangkat Eunhwa turun ketingkat bawah diikuti lelaki bertiga itu.

Huru hara betul masa nak uruskan Eunhwa tadi. Jimin memberi pandangan untuk memandikan budak itu sebab diri dia pun bau muntah jadi baik bersihkan diri mereka berdua sekaligus.

Jimat air la kan :)

Masa mandikan Eunhwa tadi, memang huru hara teruk tambahkan pula Eunhwa yang makin aktif malam-malam ni.

" okay eun, dah siap. Comel kekekeke" Jen ketawa kecil lalu meletakkan bayi kecil itu di atas toto di depan tv tersebut.

Jimin tersenyum melihat anaknya, mengelap peluh yang mengalir di dahi walaupun baru lepas bersihkan diri.

Jimin + Eunhwa yang aktif = boleh runtuh rumah jadinya.

Jimin mengambil tempat antara Kyungsoo dan Taehyung di sofa, menyandar kepala di bahu Taehyung.

" aku serious taknak anak." kata Taehyung sekilas, menerima jelingan daripada Jen.

"aku pun." Kyungsoo bersetuju sambil mengangguk.

Eunhwa meniarap, kepalanya terangkat melihat ke arah ketiga-tiga lelaki yang duduk di atas sofa.

" kenapa aku tengok Yoorin buat sebelum ni nampak senang je?" Jimin bersuara sambil mengeluh.

Sekarang baru dia tahu macam mana Yoorin jaga anak perempuan mereka yang buas dan aktif itu. Tidak senang, tetapi perempuan itu buatkan ia nampak senang.

" huh, lasak betul Eunhwa ni. " Jen mengipas-ngipas tangannya, penat juga.

Eunhwa memandang ke arah muka Jimin yang tersenyum kecil, lalu dia tersengih luas dan merangkak ke arah papanya.

" woi cepat betul Eunhwa pandai merangkak" kata Kyungsoo, dia menyesuaikan kaca mata bulatnya. Takut-takut tersalah pandang.

" haah, dia dah boleh." Jimin meregangkan pinggang lalu menunduk sedikit untuk mengangkat bayinya yang sudah merangkak di depan kakinya, minta diangkat.

Jimin mendukung bayi itu, terselah senyumannya yang hanya menampakkan gusi comel.

Mereka semua mendiamkan diri. Mata hanya tertumpu ke arah bayi comel itu.

Park Eunhwa kini bermain dengan rambut Jimin, lelaki itu tidak kisah langsung kerana dia tahu Eunhwa memang suka benda-benda lembut.

" ah, Yoorin dengan Chul pergi mana sebernanya?" Taehyung menanya kerana berasa hairan melihat Jimin ditinggalkan bersama anak kecil mereka sehingga malam.

" Yoorin pergi majlis anugerah sekolah Chul."

"Majlis sampai malam?" Jen menanya, sambil-sambil itu tangannya mengapai alat kawalan jauh tv untuk menceriakan sedikit suasana hambar ini.

" dia kata dia jumpa kawan lama, jadi dia balik lambat sikit." jawab lelaki itu sambil bermain dengan tangan kecil bayi itu.

" uhm Jimin? kau tak rasa pelik?" tanya Taehyung, sesuatu bermain di dalam kepalanya.

"pelik? buat apa?"

"uhm kenapa Yoorin nak keluar dengan kawan dia sampai malam? macam esok tak boleh jumpa pulak"

Jimin menukar posisi Eunhwa supaya badan kecil dia duduk di atas pehanya, rambut kelihatan kusut macam hutan jadinya selepas diusik.

" ala, rilek je. Lagipun Chul kan ada sama." Jimin menjawab ringkas.

" heh aku tanya je." Taehyung membuat muka tiada emosi lalu berpaling kearah TV yang sedang terpasang di depan mereka.

Eunhwa memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut, menarik perhatian Jimin.

our life || jiminWhere stories live. Discover now