Yoorin terjaga dari tidurnya, dia melihat ke arah tingkap yang sudah dilindungi dengan langsir.Lampu bilik dipasang termasuklah lampu di atas meja, membuatkan bilik itu terang benderang.
Dia memegang kepalanya, rasa pening yang berdenyut sudah hilang tetapi masih lagi sakit.
Dia mengalihkan pandangan ke arah Jimin yang masih terlena di atas kerusi di tepi katilnya.
Kepalanya di tongkat dengan kedua-dua belah tangan di atas katil.
'Dah berapa lama aku terlena ni? ' bisik perempuan itu di dalam hati.
Dia mencapai phone nya di atas meja, melihat ke arah jam yang terpapar di skrin.
8.00 pm.
Matanya membulat, tidak percaya bahawa dia telah tidur dari pagi hinggalah malam.
Dia meletakkan semula gajet itu dan memandang ke arah Jimin.
Dengan perlahan dia menepuk lengan lelaki itu, membuatkan Jimin terjaga.
Jimin memegang mukanya dan memandang Yoorin yang melihat setiap gerak gerinya.
Dia mula menukar posisi duduknya, iaitu menegakkan badan.
"awak dah bangun." Jimin bersuara. Yoorin sekadar mengangguk.
"awak, Chul mana?" Yoorin menanya.
"dia ada dekat bawah, tengok TV rasanya." Jimin jawab dengan selamba, masih kelihatan mamai.
" awak nak apa-apa tak? saya boleh tolong ambilkan untuk awak." lelaki itu berdiri, tetapi Yoorin sekadar menggelengkan kepala.
" awak nak makan apa-apa tak? sekarang jugak saya belikan. " Jimin menanya lagi, membuatkan Yoorin tergelak kecil melihat dia yang gelabah itu.
Tidak lama itu Yoorin mula menyelak selimut yang menutupi dirinya, dia mengangkat kakinya ke hujung katil dan ingin berdiri.
Tetapi Jimin sempat menghalangnya, dengan memegang kedua-dua belah bahunya.
"Yoorin, jangan bangun. Awak nampak pucat lagi ni dan hidung awak merah. kalau nak apa-apa, bagitahu saya. " Jimin membuat puppy eyes kepada Yoorin untuk mengekalkan perempuan itu di atas katil.
" saya nak turun bawah." Yoorin memandang Jimin dengan penuh makna.
" buat apa? "
" hm saya nak tengok Chul. "
" Kalau macam tu saya pergi panggil dia, awak jangan bangun okay?" dengan segera Jimin berlari anak menuju ke ruang tamu.
Sementara Yoorin duduk di atas katil.
Akhirnya, Chul melangkah masuk ke dalam bilik itu, diikuti Jimin di belakangnya.
Jimin mengambil tempat di sebelah Yoorin iaitu di atas katil, Chul pula berdiri di depan Yoorin.
"Mama okay?" Chul menanya, mulutnya memuncung.
Yoorin senyum, dan mengangguk perlahan.
"tapi muka mama pucat."
"iyeke? bukan ke muka mama memang macam ni?" Yoorin menanya Chul, memeluk budak kecil itu supaya dia dapat rapatkan diri dengannya.
" Chul dah makan ke belum?" Yoorin menanya, dia menggeleng membuatkan riak wajah perempuan itu berubah.
Dengan perlahan dia memandang Jimin.
Dia tersenyum kepada Jimin dan secara tiba-tiba memukul dadanya.
YOU ARE READING
our life || jimin
Fanfiction[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.