Yoorin menuruni anak tangga, menuju ke arah pintu depan kerana terdengar loceng rumah ditekan beberapa saat yang lalu.Dengan malasnya dia mengheret kakinya sehinggalah sampai ke depan pintu.
Lalu dia membuka pintu tersebut.
"Hi."
Melihat muka dia yang sedang berdiri di depan pintu, Yoorin menjeling.
tak boleh ke hidup aku ni jadi bahagia walaupun sesaat pun?
"awak nak ape" Yoorin menunjukkan mukanya yang masam, memerhatikan dia yang sedang berdiri di depannya yang tersenyum dengan lebar itu.
"ah maaf sebab saya datang mengejut." Jimin bermain dengan jari-jemarinya, gelisah barangkali plannya tidak menjadi.
" awak sihat?"
" muka saya ni nampak macam mayat hidup ke?" Yoorin menjawab mengikut hatinya, berkasar sedikit dengan lelaki yang memang dia tidak mahu bertemu buat masa ini.
Jimin menunduk apabila mendengar ayatnya.
"saya nak minta maaf pasal haritu." lelaki itu masih bermain dengan jarinya, takut untuk bersua muka dengan perempuan di depannya.
" ape maksud awak pasal haritu? saya tak faham" Yoorin menanya.
" pasal hari yang saya datang nak ambil Chul tu.."
"okay jadi?" Yoorin meninggikan suara, seperti sedang memarahi budak-budak kecil.
" saya nak minta maaf sebab paksa awak haritu. Saya tahu sebernanya saya tak patut buat macam tu, tapi saya cuma nak tahu je. Saya betul-betul minta maaf." Jimin mengangkat kepalanya untuk bertemu dengan mata Yoorin.
Yoorin merenung, ada perasaan kasihan dalam dirinya tetapi egonya cuba menolak perasaan itu keluar.
" okay okay, ape motif awak datang sini sebernanya hm? "
" saya nak ajak awak pergi sarapan pagi, untuk tebus semua kesalahan saya." mulutnya memuncung, membuatkan kedua-dua hujung bibir Yoorin terangkat sedikit.
Yoorin berfikir lama, Jimin di depannya hanya dapat berharap agar Yoorin dapat memudahkan plannya.
" hm, masuklah. " Yoorin berjalan ke dalam rumahnya, membiarkan pintu rumah itu terbuka untuk Jimin masuk.
Jimin tersenyum, lalu melangkah masuk sebelum menutup pintu rumah.
"Chul dah bangun ke?" lelaki itu menanya, dia menghenyakkan diri di atas sofa.
"belum, awak tunggu dekat sini." lalu Yoorin menaiki tangga ke tingkat atas.
Yoorin masuk ke dalam bilik dia, matanya memandang ke arah Chul yang masih lena tidur di atas katilnya.
Dia tersenyum melihat anak comelnya, lalu berjalan ke katil.
"Chul sayang, bangun." dengan perlahan Yoorin mengejutnya.
Dalam beberapa kali percubaan, akhirnya Chul bangun. Mukanya bengkak kerana baru bangun dari tidur. Matanya sangatlah sepek, mulutnya memuncung dan rambutnya serabai.
Comel!! ㅠ~ㅠ
"mama" apabila sedar, budak kecil itu terus merangkak seperti bayi ke arah Yoorin.
Percayalah, Yoorin hampir menangis kerana kecomelannya.
"jom mandi, papa ade dekat bawah." terus matanya bersinar-sinar apabila tahu papanya ada di bawah bumbung yang sama.
"mama, Chul nak jumpa papa." ujar budak kecil itu.
"boleh, tapi Chul kena mandi dulu. Papa nak bawak kita pergi makan. Nanti papa taknak bagi kiss dekat Chul pulak sebab bau busuk." Yoorin mengambil tuala mandi yang kecil bercorakkan ikan dan mengantung tuala itu di bahunya sebelum mengangkat Chul di atas katil.
YOU ARE READING
our life || jimin
Fanfiction[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.