12

700 52 7
                                    

" yang ni cantik tak?" Yoorin mengangkat baju kemeja yang ada di situ kepada Jimin, melihat reaksi muka lelaki itu.

Jimin tersenyum, tapi menggelengkan kepalanya.

"hm okay." Yoorin meletakkan kemeja itu semula di tempat asal, berjalan sedikit untuk melihat pakaian yang sesuai untuk lelaki itu.

Jimin mengikut sahaja ke mana perempuan itu melangkah, merenung tajam belakangnya.

"Kalau yang ni?" kalini, Yoorin mengangkat dan menunjukkan kepadanya sehelai kemeja yang lain daripada yang lain, iaitu dari segi coraknya yang bertompokan hitam kecil dicetak atas kemeja putih.

Jimin yang dari tadi melihat sahaja perbuatannya iaitu membelek baju kemeja untuk dia, tersenyum dan akhirnya mengangguk.

"awak rasa saya sesuai ke pakai kemeja ni?" Jimin menanya kepada Yoorin.

Yoorin mengalihkan pandangannya kepada kemeja itu, dan berfikir.

"saya tak tahu, awak rasa?" Yoorin melihat Jimin.

"kalau macam tu, saya taknak." senang lelaki itu berkata-kata, membuatkan kening Yoorin terjungkit ke atas.

"hm, habistu? awak nak kemeja yang mana ni?" perempuan itu kini memberikan sepenuh perhatian kepada lelaki yang berdiri di depannya, kemeja yang dipegang diletakkan semula ke tempat asal.

"saya nak kemeja yang awak betul-betul suka." Jimin merenung anak mata perempuan itu dengan dalam. Yoorin segera mengalihkan mukanya, mencari kemeja yang sesuai.

"kalau awak kata macam tu,," Yoorin berjalan lagi, diikuti Jimin di belakangnya.

Akhirnya, Yoorin mengangkat sehelai kemeja yang betul-betul menarik perhatiannya, iaitu kemeja yang berwarna hitam dan bergaris-garis putih halus.

"yang ni nampak macam macho sikit, saya suka." Dia menunjukkan kemeja itu kepada Jimin.

Lantas lelaki itu mengangguk dan mengambilnya dari tangan Yoorin.

"Kalau macam tu, saya akan beli yang ni." Jimin memberikan senyuman manis kali ini, membuatkan Yoorin tersenyum sekali.

"awak tunggu sini okay, saya pergi bayar kat kaunter sana sekejap." Jimin berjalan ke arah cashier yang sedang bermain dengan pennya, menunggu pelanggan untuk datang.

Yoorin tersenyum.

' kadang-kadang, diani comel la.' bisiknya dalam hati, puas dengan sikap baik yang ditunjukkan oleh Jimin sepanjang tempoh mereka memilih kemeja tadi.

Yoorin akur, dia memang suka apabila Jimin bersikap baik dan lovely seperti ini. Malah, dia rasa mahu meluangkan masa dengan lebih lama dengan Jimin ini.

Yoorin mengeluarkan phone nya, tetapi pada masa yang sama dia dapat mendengar suara beberapa orang wanita sedang bercakap-cakap di belakangnya dengan kuat.

Yang menarik perhatiannya apabila mereka mula bercakap tentang Jimin.

" eh, cubalah kau tengok anak muda tu, memang tak boleh cakap ape. Dia punye tampan tu memang memikat."

"itulah pasal, kita yang dah tua ni pun rasa macam tertarik kan dengan lelaki muda macam tu. Kalau aku kenal mak bapak lelaki tu lah kan, dah lama aku suruh anak aku goda dia." wanita yang lagi satu membalas.

Yoorin sedikit tense apabila wanita itu bercakap tentang mahu satukan anaknya dengan Jimin, iaitu lelaki yang pernah membuatkan hatinya gembira suatu ketika dulu.

Secara jujurnya, dia tidak mahu Jimin dijodohkan dengan orang lain. Bukan nak kata pentingkan diri, tapi dia rasakan bahawa tidak mahu lelaki itu mengalihkan perhatiannya kepada perempuan lain di luar sana, seperti dia mahu Jimin untuk sentiasa berada dalam sisinya.

our life || jiminWhere stories live. Discover now