" weh Kyungsoo aku give up lah cemni." Jimin menyapu mukanya yang glowing glowing itu.
Kening lelaki berkaca mata itu terjungkit ke atas, mulutnya pula memuncung, sedang menghirup air melalui straw.
" kau ni,, baru je nak start dah give up. Hati tak gental langsung laa" Jimin hanya sekadar mendengar, tetapi pandangan berada di arah lain.
" ala Jimin, kebetulan korang terserempak dengan Sehun kan? bukannya Yoorin yang ajak dia sekali kan?" Kyungsoo menanya, melihat Jimin yang sedang menghayunkan kakinya.
"tapi diaorang berdua nampak rapat ㅠ-ㅠ"
" Jadi, kau kena lah luangkan masa lebih dengan si Yoorin tu! Barulah dia makin suka keluar dengan kau."
Jimin mengeluh lalu berdiri, membetulkan jaketnya. Dia memandang ke arah Kyungsoo yang sambung menyedut air bobanya.
" nanti-nanti lah aku fikir, aku nak kena gerak dulu. Bye" lalu Jimin berjalan ke tempat permainan yang berhampiran tidak jauh dengan tempat duduknya, meninggalkan Kyungsoo sendiri.
"Chul, jom balik." Jimin memanggil, mencari anaknya dalam lautan manusia di situ.
"Papa!" terus lelaki itu pusing, melihat anaknya sedang berlari dengan riang.
Jimin tersenyum, lalu menghulurkan tangannya untuk dipegang oleh Chul.
"Chul nak aiskrim tak?" dengan pantas budak kecil itu memandang muka lelaki itu, matanya bersinar-sinar.
"NAK!!"
"okay, jom." Jimin menunjukkan senyuman lebar dan pakej sekali dengan mata bulan sabitnya itu.
Ketika dia lalu, ramai para wanita sedang memerhatikannya. Ada yang sedang berangan, ada yang mengambil gambarnya dan ramailah.
"eh tu bukan ke CEO yang femes tu, Park Jimin?!"
"Wahh kacaknya"
"EEE tengoklah anak dia tu!! Comel"
"kan bagus kalau aku jadi isteri diaㅠ-ㅠ"
Jimin mempunyai telinga yang amat peka, jadi semua perkataan yang disebut semua dapat didengarinya.
Tetapi sedikit pun tidak dihiraukannya, lalu dia melangkah keluar dari tempat itu.
—
Jimin duduk di hujung katilnya, melihat ke arah skrin phone nya, matanya tidak berkedip langsung.
Lalu dia terpandang ke arah jam yang terletak di atas dan hujung phone nya itu.
10.40 PM.
' haih, awalnya lagi.' bisiknya dalam hati, lalu lelaki itu naik ke atas katil dan meletakkan phone nya diatas meja lampu.
Dia menarik selimut, meliputi badannya sebelum dia pejamkan mata.
Tetapi, anak matanya terus terbuka luas apabila terdengar suara tangisan Chul di bilik sebelah.
Cepat-cepat dia bangun dari katil lalu berlari bak kuda di padang pasir ke bilik itu.
Tombol pintu dipegang kasar, lalu pintu pun dibuka.
Kelihatan Chul sedang berdiri di tepi katil, dia memegang sebuah anak patung dengan erat ditambah pula dengan air mata yang mengalir dengan deras itu.
Sebaik sahaja dia melihat papanya, segera kakinya melangkah ke arahnya dan memeluk kaki Jimin.
Jimin mencangkung, mengesat air mata yang mengalir.
YOU ARE READING
our life || jimin
Fanfiction[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.