" Mama pergi lama ke?"Yoorin terhenti daripada mengemas beg, dia memusing ke belakang. Pandangan anaknya yang memeluk sebuah patung beruang, dihadiahkan oleh nenek tahun lepas.
Senyuman terukir lalu dia berdiri. Kakinya melangkah ke arah anak kecil yang masih berpakaian baju tidur itu.
Dia mengangkat anaknya dan mengucup hidung comelnya, pandangan muka yang comel dibuat Chul tidak mampu ditahan hatinya yang senang terpengaruh.
" sayang, mama tak pergi lama pun. 4 hari je. Lagipun Chul dapat main dengan papa kan?" ayat-ayat pujuk keluar untuk meyakinkan anaknya.
"Tapi, nanti kalau Chul rindu mama macam mana?"
Ouch, hatinya tidak mampu bertahan.
Dengan pandangan sayu tambahkan pula suaranya kedengaran sedih, memang tak mampu untuk hati perempuan itu bertahan lagi.
Tapi, walau bagaimanapun dia tetap kena pergi demi masa depan dia dan Chul.
Lagi sekali, senyuman terukir di bibir milik perempuan itu.
"Chul, kenapa nak rindu? Mama akan sentiasa ada dekat sini." dia menyentuh dada dimana terletaknya hati budak kecil itu.
"Lagipun, mama akan sentiasa call, tanye tentang Chul okay? Chul duduk diam-diam. Jangan degil, jangan lawan cakap papa tau. Nanti, papa gigit kaki Chul" dia menggeletek perut Chul.
Chul tergelak dengan riangnya kerana geli, membuatkan Yoorin juga tergelak sama.
"Apelah mama ni." gigi kecil Chul kelihatan, tersenyum ke arah Yoorin yang mendukungnya.
—
"Taknak masuk dulu ke?" Jimin mempelawa Yoorin di depan pintu rumahnya, sementara Chul sudah lari masuk ke dalam membuat kerjanya sendiri.
"Tak, saya cakap dekat sini je." Yoorin mengeluarkan kata-kata dengan cara yang keras dan tegas.
Dia tidak dapat melupakan tragedi pada malam dua hari lepas.
"baiklah." Jimin berdiri tegak di depan Yoorin, memandang mukanya dengan perasaan yang biasa.
" Tolong jaga Chul elok-elok masa saya takde ni. Jangan bagi dia makan sebarang manisan selepas makan malam, kalau tak nanti dia hyperactive. Ah, kalau saya call awak, tolong serahkan phone kepada Chul terus." Yoorin bercakap dengan petah, tanpa menarik nafas langsung.
" kenapa nak kena bagi Chul? "
" sebab saya call bukan nak cakap dengan awak. " Yoorin kini memegang beg tangannya dengan kedua-dua belah tangan.
Dia tahu Jimin rasa triggered dengan jawapannya. Itulah apa yang dia mahukan.
" ah, hard to get." Jimin bersuara, perkataan itu membuatkan Yoorin menjeling.
Dia memang tak suka dengan perangai Jimin yang sekarang ni.
Perangainya yang seperti dulu amatlah berbeza. Dirinya yang dulu sangat malu orangnya, sentiasa jaga percakapan, dia juga bertanggungjawab dengan apa yang telah dibuat serta akan meminta maaf jika dia telah membuat salah kepada Yoorin atau orang di sekelilingnya.
Tapi sekarang, perangai macam buaya darat tak bermaruah.
Lepastu, dia fikir dia boleh claim apa sahaja benda atau manusia yang ada depan dia.
Dasar itik pentingkan diri sendiri.
Jimin perasan bahawa Yoorin memakai baju turtleneck, iaitu salah satu pakaian yang amat susah untuk lihat Yoorin memakainya.
YOU ARE READING
our life || jimin
أدب الهواة[complete] 〝sequel to; - my life || jimin〞 ---------------- 🌻 ; Bahagia? Kali ni aku akan pastikan yang aku dapat balik hati kau. - Park Jimin.