"Terima kasih banyak- banyak Hana dah tolong Jannah. Kalau takde Hana tak tahulah apa Jannah nak buat. Terkial-kial sendiri agaknya."
Jari jemari sepupunya dicapai dan dipegang erat menzahirkan rasa berterima kasihnya yang tidak terhingga.
"Ish ..apa pulak cakap macam tu. Dah tanggungjawab Hana tolong Jannah. Takkan nak biarkan Jannah sendiri. Mahu seharian Ummi membebel kalau anak buah kesayangannya ini tak berteman. Tak gitu?"
Jannah ketawa lirih. Tak dinafikan memang Mak usunya sangat menyayangi dirinya. Terbayang wajah manis yg selama ini sentiasa menemani di sisinya. Sesak hatinya tiba-tiba.
Adik bongsu ayahnya itu tidak pernah putus-putus mencurahkan kasih sayang buat dirinya yang sebatang kara setelah pemergian ayah dan ibunya akibat terlibat dalam kemalangan 15 tahun lalu. Wanita itulah juga yang membesar dan mendidik dia selama ini tanpa membeza-bezakan kasih sayang antara dia dan anak kandung sendiri. Sehinggakan Jannah tidak merasa kekurangan sedikit pun kasih daripada seorang yang bergelar ibu.
"Jannah jaga diri elok-elok tau. Hana tak boleh selalu datang sini sebab ummi takde sape nak jaga. Jannah pun tau kesihatan ummikan?"
Jannah angguk faham. Maklum akan kesihatan Mak usunya semenjak dua menjak ini. Mungkin faktor usia yang meningkat menyebabkan penyakit mudah menghinggapi.
"Belajar tu rajin-rajin. Kuatkan semangat. Jangan cepat mengalah bila ada yang judge Jannah macam sebelum-sebelum ni. Dan yang penting hati tu, kena selalu husnudzon. Allah tak uji seseorang tu kalau dia tak termampu, ingat tu."
Sekali lagi Jannah mengangguk. Diraih tubuh mungil Hana ke dalam dakapannya. Airmata kelihatan bertakung di kedua tubir mata menunggu masa untuk mengalir saja.
"Hidup ni memanglah tak mudah seperti yang kita sangka. Akan ada pelbagai cubaan dan rintangan yang kita kena hadapi. Lain lagi bermacam ragam manusia yang kita jumpa setiap hari. Biasalah hidup, mana pernah sunyi dari ujiankan? Jannah pun tahukan? Tapi apapun berlaku, ingat satu perkara, Jannah. Sebesar apapun ujian yang datang kepada kita, sesulit apapun itu, kita ada DIA. ALLAH SWT YANG MAHA BESAR."
Luruh airmatanya mendengar nasihat Hana. Terharu. Kasih sayang mak usu dan sepupunya itu tidak berbelah bahagi terhadap dia. Dia disayangi sama seperti anak kandung sendiri.
Ya Allah..
Hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa bersyukurnya dia kerana memiliki kedua wanita kesayangannya itu.
"In shaa Allah...Jannah takkan lupa pesan Hana. Sebijik macam ustazah berceramah dah."
Dia berseloroh.
"Ish! Apa pulak kata macam tu? Orang bagi nasihat sempat lagikan Jannah melawak?"
Jannah tersenyum sayu.
"Gurau je. Doakan Jannah juga supaya baik-baik saja kat sini nanti."
Hana mengangguk.
"Ingat Solat jangan tinggal pulak..."
"Iye......sayang Hana.."Akhirnya tercetus tawa kecil antara mereka berdua.
Dan airmata Jannah semakin lebat berjurai menuruni pipi sebaik melihat sepupunya masuk ke dalam kereta dan memandu pergi dari situ meninggalkan perkarangan kampus UMS.
Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengusir rasa sebak yang menghunjam dada. Bukan dia lemah sebenarnya, tapi lebih kepada rasa takut kerana selama ini tidak pernah berjauhan daripada keluarga kecilnya.
Kalau dulu dia sentiasa ditemani mak usu dan Hana. Segala suka dan duka mereka hadapi dan kongsi bersama. Tetapi kini, dia terpaksa berdikari sendiri. Jauh daripada mereka demi untuk meraih impiannya.
'Ingat, Jannah! Kau dah berjanji yang kau takkan lemahkan? Lagipun takkan kau nak hampakan harapan orang yang menyayangi diri kau selama ini?
Nafas dihela, dalam.
Then,
hembus..
And tarik lagi....
Then,
Hembus semula.
"Hoi!! tak payah nak drama sangatlah! Meluat tahu tak?!!"
Jannah terperanjat hampir tersungkur. Pantas dia tegakkan kaki cuba menstabilkan tubuh agar tidak terjatuh. Dihala pandangannya ke hadapan. Melihat figura yang menyergahnya tadi.
Terkebil-kebil matanya melihat sosok tubuh lampai seorang pemuda berdiri santai tidak jauh dari situ. Tajam mata lelaki itu memanah anak matanya, sinis. Bagai seekor helang yang bersedia memakan mangsanya bila-bila masa saja.
Cepat-cepat Jannah tundukkan pandangan dan tanpa berlengah dia terus melangkah laju pergi dari situ menuju ke dewan semula.
Dug dag dug dag
Jantung dia berdegup laju. Mahu meletup rasanya dada dia ketika ini. Rasa terkejut dan takut yang menyelubungi bersatu dalam diri. Baru hari pertama dia di sini, sudah ada orang yang tidak suka akan kehadirannya. Padahal dia tidak berbuat salah pun.
Lumrah berjauhan dengan orang yang tersayang haruslah ada perasaan sedih. Kecuali kalau orang itu memang tak berperasaan. Hati kering macam batu. Barulah tidak akan rasa apa-apapun.
Ya Allah, Ada juga rupanya manusia seperti lelaki tadi.
Mengingat renungan sinis yang terbit dari mata tajam si lelaki tadi, Jannah jadi tidak sedap hati. Renungan itu tersembunyi rahsia. Macam memerli dia pun ada. Apalagi figura yang ditonjolkan lelaki itu seperti badboy lagaknya. Bahasa pun boleh tahan kasar. Harap muka saja ada rupa, tapi budi bahasa? fail.
Astaghfirullahal-adzim
Cepat-cepat Jannah menyahkan dzan yang bermain di fikirannya. Rasanya baru sebentar tadi Hana menasihati dan mengingatkan dia, tapi sekelip mata dia terlupa bila berada di dalam situasi yang dialami kini.
Nafas dihela berat.
'Tak baik bersangka buruk Jannah.'
Dia mengingatkan diri sendiri.
'Bukankah Rasulullah s.a.w sudah mengingatkan yang 'dzan' itu merupakan bicara yang paling dusta?'
'Ya Allah..'
Bibir berulangkali beristighfar menyesali sangkaan hati.
Jannah tidak tahu dugaan apa lagi yang akan dilalui kelak. Dapatkah dia bertahan seperti pelajar-pelajar lain? Mampukah dia menghadapi liku-liku kehidupan sebagai pelajar baru selama berada di sini?
'Ya Allah..permudahkan untuk aku menghadapi semua ini.'
🐙🐙🐙🐙
Cubaan....payah sgt nak dpt idea😂
Sibuk ngan raya....
Slmt hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin u ols.
YOU ARE READING
BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)
RomanceBismillah (Tengku Albar Hafiez ft Jannah) NURJANNAH RASYID -Dalam meniti arus kehidupan seharian, hidup berlandaskan syariat ternyata bukanlah semudah yang disangka. Bermacam ragam yang ditemui semenjak dia menjejakkan kaki di pusat pengajian terseb...