Bab 13|Jealous 1

7.5K 380 17
                                    

"Jannah letihlah kak Misha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jannah letihlah kak Misha."

Terus dilabuhkan punggung di kerusi belajar sebaik sahaja sampai. Penat berjalan masih terasa. Beg sandang diletak di atas meja. Badan dibongkokkan sedikit. Tangan pulak mengelus pergelangan kaki.

Lenguh.

Sofea Emisha hanya ketawa mendengar keluhan Jannah. Baru berjalan sedikit sudah mengeluh. Penat macam berjalan dari Kota Belud Ke Kota Kinabalu saja lagaknya. Dekat ke? Kalau naik kereta rasanya 40 minit jugak kot..hahahaaaa.

Memang taklah...

"Kejap lagi dah nak masuk maghrib. Jannah mandilah dulu. Kita berjemaah."

Jannah bangkit mencapai tuala dan mengambil kain baju dari almari sebelum masuk ke dalam bilik air. Dia tidak biasa memakai pakaian di hadapan orang lain kerana itu dia lebih selesa berganti pakaian di bilik air saja. Tak kisahlah walaupun orang lain itu perempuan.

Dibuka tudung dan dilepas ikatan rambutnya. Maka terserlahlah rambut lurus berwarna hitam panjang mencecah pinggangnya.
Rambut yang tak pernah menjadi tontonan ajnabi. Selain Hana, Mak Su dan kini Sofea Emisha.

Jannah sangat menjaga batas auratnya. Bukan ingin menunjuk bahawa dia lebih baik daripada orang lain. Dia tak pernah rasa macam itu pun.

Jannah hanya ingin hidup berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw semata. Menjalani hidup seharian sebagai seorang mukmin yang dicintai oleh Yang Maha Khaliq dan Rasul-Nya.

'CINTA ALLAH AZZAWAJALLA'

Cinta abadi yang tidak akan pernah berakhir. Cinta yang tidak tertandingi. Cinta Agung lagi suci. Cinta yang hanya dimiliki oleh mereka yang dicintai Allah swt.

Subhanallah....

Jannah tahu, dia bukanlah sesiapa. Dia takkan mampu menandingi wanita-wanita hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan dia tak layak walaupun hanya membawa alas kaki mereka sekalipun. Dia hina. Dia banyak dosa.

Tetapi jauh di sudut hati yang terdalam dia berharap agar dapat berada dekat dengan mereka di Jannah kelak. Masih teringat tentang satu pesanan puteri kekasih Allah swt yang Jannah pernah terbaca.

Siti Fatimah az-zahra r.ha pernah berkata,bahawa orang yang paling dekat dengan beliau di syurga kelak bukanlah mereka yang dekat nasabnya. Melainkan mereka yang memberati auratnya. Yakni menutup aurat dengan sempurna.

Dia berharap dan sentiasa berdoa agar dia termasuk dalam golongan insan terpilih yang dekat dengan mereka nanti.

_________

"Jannah! tolong Ustaz bawa buku! ni. Letak atas meja ustaz."

Allah....

Jannah serba-salah. Hati merontah-rontah mengatakan tidak tetapi mulut tak boleh nak bersuara. Dia menggamit Amiera Ily mengajak dia menemani.

Tidak selesa dengan renungan Ustaz awal 30-an itu. Walaupun kacak dan menarik perhatian, tetapi Jannah tidak tertarik sedikitpun. Tidak mahu timbul fitnah bila dia berjalan beriringan dengan Ustaz muda itu. Sudahlah sekarang rakan-rakan sekelasnya sudah pandang semacam.

Dalam ramai-ramai pelajar,
mengapa dia jugak yang Ustaz Fathi Hayyan minta untuk bantu dia. Carilah orang lain. Kan ramai lagi. Berlambak je pelajar lelaki yang ada di dalam kelas mereka.

Ilya Hani dari tadi lagi sudah tergedik-gedik apabila melihat Ustaz Fathi Hayyan melangkah masuk. Nampak sangat gadis itu ingin menarik perhatian dia. Tetapi Ustaz Fathi Hayyan buat tak endah.

Muncung Ilya Hani dah ke depan melihat Jannah sekarang ni. Sikit lagi dah serupa muncung ikan todak.

Kasihan pula Jannah tengok.

Tetapi Jannah nak buat macam mana? Akhirnya dia hanya pasrah meneruskan langkah beriringan dengan Ustaz Fathi Hayyan dan Amiera Ily.

Ketika membelok ke dewan kuliah 4, Jannah tergamam melihat kelibat Tengku Albar Hafiez sedang elok bersandar di tepi pintu. Matanya tajam mencerlung. Jelas terbias api kemarahan di mata itu. Pandang orang macam nak telan.

Jannah tundukkan pandangan.
Tetapi seketika kemudian dia mengangkat wajah kembali melihat figura lelaki itu. Statik. Masih lagi sama. Jannah tunduk. Takut melihat wajah tegang Tengku Albar Hafiez.

'Aku ada buat salah ke? kenapa dia nampak marah sangat bila melihat aku?'

'Ah!pedulikan. Aku bukannya ada apa dengan dia pun.'

Pangggg!!!!!

Terperanjat. Rasa nak melayang semangatnya mendengar bunyi dentuman yang kuat. Badannya sedikit terenjat. Menoleh ke arah dari mana bunyi itu datang.

Tengku Albar Hafiez berlalu setelah menendang daun pintu. Hampir tercabut dibuatnya.

Apahal pulak mamat ni? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba meroyan. Jelas tertangkap wajahnya yang menyinga.

Ustaz Fathi pulak melopong tidak percaya. Tidak pernah dia berhadapan dengan situasi ini.
Apalagi bila ia melibatkan Tengku Albar Hafiez.

Budak itu tidak pernah buat masalah selama ini. Walaupun nampak badboy tetapi tak pernah lagi ditayang sisi yang macam tadi.

Bukan Ustaz Fathi Hayyan tidak tahu, Tengku Albar Hafiez adalah salah seorang pelajar lulusan Tahfiz dari Negeri Kelantan.
Ya..Dia seorang Hafiz tetapi tiada siapa yang tahu. Identitinya disembunyikan dari pengetahuan orang ramai.

Apa yang orang tahu, dia adalah seorang pelajar yang pintar dan anak kepada seorang Jutawan yang terkenal. Siapa lagi kalau bukan Tan sri Tengku Zarief. Pemilik syarikat gergasi terkenal yang mempunyai cawangan hampir di seluruh negara.

Hebat!....kerana kejayaan demi kejayaan berjaya mereka raih sehinggalah kini. Syarikat yang ditubuhkan berkonsepkan Islam itu ternyata mendapat tempat di mata dunia.

🐙🐙🐙🐙

Sorry guys....cerita dah melarut.
Dan ada beberapa watak yang ditambah untuk menceriakan lagi cerita.
Enjoy...

BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)Where stories live. Discover now