"Weh, dia datang!! dia datang!!"
"Oh my god! He's so handsome lah!"
Beberapa pelajar berlari menghampiri tepi tingkap. Yang perempuan bersorak suka sambil mata meninjau-ninjau ke arah luar. Terlihat begitu teruja sekali.
Apa yang datang?
Jannah yang sedang ralit menyalin nota di papan tulis menoleh. Mencari tahu apa yang membuatkan semua pelajar begitu excited. Tidak betah dengan persoalan di hati dia bangun dari duduk dan mengorak langkah menghampiri rakan-rakannya yang lain. Tertenggek kakinya sebelah berusaha untuk melihat apa yang ada di luar.
'Hai..dalam kelas pun jadikan.'
Dia mengeluh. Menggeleng kepala demi terpandangkan kelibat seorang jejaka yang berjalan dengan penuh gaya di luar kelas. Jannah kembali ke tempat duduknya semula. Dia sangkakan apa sajalah yang menarik perhatian mereka tadi.
Tengku Albar Hafiez jer kot.
Entah apalah istimewanya lelaki itu di mata mereka. Sebab dia kerabat? Ke sebab tampang lelaki itu yang kacak. Jannah pun tidak tahu.
"Tengku Albar here!...here...!!"
"Tengku Albar!...I love u!!"
"Tengku Albar! OMG! You stole my heartlah!"
"Tengku Albar.....!!!!"
Blablablabla..
Dan macam-macam pujian lagi yang kedengaran. Tetapi lelaki itu tidak mengendahkan. Jangankan nak membalas pujian yang diberikan, bahkan menoleh sedikit pun tidak.
Allahu....
Takde kerja lain ke yang nak dibuat? Seram pulak Jannah bila melihat beberapa pelajar perempuan terkinja-kinja memanggil nama Tengku Albar Hafiez. Macam nampak artis terkenal sahaja lagaknya. Macam beruk dapat pisang pun ada.
Hahahahaaa.....😂😂
Jangan kecam...author terbayang2 pulak mcmmana reaksi beruk dapat pisang tu.
Can u ol imagine?😂😂Jannah sambung menulis semula kerja yang tergendala. Dibiarkan suasana kelasnya saat ini. Tengku Albar Hafiez telah pun berlalu dari situ tetapi bunyi bising dan keterujaan rakan-rakannya masih lagi kedengaran.
Hebat sangat ke Tengku tu?Jannah tengok biasa-biasa je.
Ye ke biasa-biasa?..
Hehehe..
Taklah.....
Sebenarnya dia memang hot pun!
Macho!
He has killer smile you know!
And he always dengan baju Hoodie dia. Menampakkan lagi sisi mystery dia.
Hot but mystery!.
Allah...
Apa yang engkau merepek ni Jannah?..tundukkan pandangan.
Harommmmmm........Diketuk kepalanya dengan pen ditangan. Mengembalikan kewarasan diri yang hampir berterabur😂
"Apa yang kecoh sangat ni?"
Suasana yang hingar-bingar bertukar senyap sebaik sahaja Ustaz Fathi Hayyan melangkah masuk. Entah bila masa pulak ustaz tu ada di luar. Tadi tak nampak bayang pun? Semua bergerak duduk di tempat masing-masing.
Krik.krik.....
Hahaha...Jannah menggeleng-gelengkan kepala. Mahu tersembur ketawanya bila terpandang muka kalut mereka. Tahu pulak takut. Tadi bukan main teruja lagi memekik sampai naik pekak telinga Jannah mendengarnya.
"Jannah?!"
"Ha?!"....
Terpinga-pinga Jannah bila tiba-tiba Ustaz Fathi Hayyan menyebut namanya. Itulah seronok sangat mengumpat dalam hati kan dah terkena.
"Jannah ada masalah ke?"
Tergaman dia di tempatnya. Muka dia nampak bermasalah ke? Apasal Ustaz Fathi tanya dia soalan macam tu.
"Takde apalah ustaz."
Jawabnya singkat. Mata dikalih ke tempat lain. Malu apabila menyedari semua mata tertumpu ke arahnya.
"Habis yang tergeleng-geleng kepala tu kenapa?"
Allahu..
Ustaz Fathi nampak perlakuan dia tadi ke? Makin membahang muka Jannah. Merah padam dia menahan malu.
"Takde papelah ustaz. Jannah ok je."
Kalut Jannah menjawab. Pelajar lain sudah semacam pandang ke arah dia. Ada yang tersengih-sengih menyakat. Jannah ketap bibir. Tidak selesa. Ustaz Fathi Hayyan pula selamba saja tayang senyuman manis dia. Tahulah ada lesung pipit di kedua belah pipi, tapi tak payahlah nak tayang sangat. Terasa macam nak masukkan kepala bawah meja puan dia ada sekarang ini.
Bukan Jannah tidak tahu Ustaz Fathi Hayyan selalu mencuri pandang ke arahnya semasa mengajar dalam kelas. Walaupun Jannah tak pernah bercinta tapi dia tahu erti pandangan itu. Dia belum cukup naif lagi untuk menilai.
Apalagi perlakuan Ustaz muda itu terhadapnya terkadang berjaya meraih perhatian pelajar lain yang memandang. Sengaja Jannah berlagak seolah-olah tidak mengerti. Tidak memahami.
Ada sebab mengapa dia berada di sini. Dia ada misi yang harus dilaksanakan. Segulung ijazah
harus ada digenggamannya setelah berakhir pengajian dia di sini. Semua itu dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dia di masa hadapan nanti. Tidak mahu semua usahanya sia-sia. Cukuplah selama ini dia banyak menyusahkan Hana dan mak usunya. Kalau boleh dia pula yang ambil alih membahagiakan kedua kesayangannya itu. Memang jasa keduanya takkan mampu dia balas dengan apapun. Tapi segulung ijazah itu tersangatlah penting sekiranya ia mampu membuahkan senyum di kedua ulas bibir Mak usunya.Oleh kerana itu jugalah dia tiada masa untuk melayan perkara yang dianggap remeh-temeh baginya.
🐙🐙🐙
Finaly....dapat jugak siapkan untuk chapter ni.
Segala kekurangan...mohon maaf...
N...n..n....Author tak pandai BI.
Kalau salah tu faham2 jelah😂😂
Enjoy u ols😍😘😘
YOU ARE READING
BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)
RomanceBismillah (Tengku Albar Hafiez ft Jannah) NURJANNAH RASYID -Dalam meniti arus kehidupan seharian, hidup berlandaskan syariat ternyata bukanlah semudah yang disangka. Bermacam ragam yang ditemui semenjak dia menjejakkan kaki di pusat pengajian terseb...