Bab 9|Nama

6.8K 366 8
                                    

"Nama kau Jannah kan?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nama kau Jannah kan?"

"Ha?!!"...

Terkujat.

Astaghfirullahal'adzim....

Jannah mengurut dada perlahan. Jantungnya rasa macam nak terpelanting dan tergolek keluar. Ditoleh ke arah mana datangnya suara tersebut.

Kaku.

Tengku Albar Hafiez terlihat sedang elok menyandar di tepi tangga bersama senyuman senget di wajah. Bukan senyuman manis tetapi senyum sinis yang mampu membuatkan segala pembulu darah di dalam tubuh Jannah seakan membeku.

Terkebil-kebil matanya melihat. Apahal dengan mamat ni? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba datang bertanyakan nama dia. Ke masih tak puas hati lagi pasal kejadian yang berlaku sebelum ini?

Dahlah sergah orang, mujur tangan sempat berpaut pada jeriji besi yang terpasang di sepanjang laluan tangga sebagai penghadang. Jika tidak entah bagaimana nasib dia. Jatuh tergolek dia di situ.

Membayangkan perkara itu berlaku saja dia sudah ngeri. Tidak mahu lagi kaki dia terpeleot seperti beberapa hari yang lepas. Hari ini pun Jannah baru dapat hadirkan diri ke kelas setelah lebih seminggu melayan sakit. Itupun sakit dipergelangan kakinya itu belum sembuh sepenuhnya. Masih lagi dia terhincut-hincut melangkah.
Harapnya janganlah pisang berbuah dua kali pula. Hu..tak dapat nak dibayangkan.

Baru sahaja Jannah mahu melangkah, suara itu kembali menyapa telinga.

"He!..aku tanya kau kan?!asal kau tak jawab?!"

Jannah berpaling semula. Tidak jadi meneruskan langkah.

Perlukah?...

Kalau bertanya mengapa harus kasar begitu?

Tak boleh cakap elok-elok ke?

Oh...Jannah lupa. Tengku Albar Hafiez ni memang tak pernah cakap baik-baik dengan dia. Dari awal pertemuan hinggalah ke hari ini. Semua yang keluar dari mulut lelaki tampan itu hanyalah kata-kata kasar yang langsung tak sedap di pendengaran. Kalau tak menyergah pasti bentakkan yang diterima.

Akhirnya Jannah mengangguk. Di pandang wajah putih bersih tanpa celah itu. Tetapi hanya seketika....

"Kenapa?"

"Kenapa apa?!!"

Pelik. Soalannya dibalas soalan oleh lelaki ini. Jannah kembali resah di tempat dia berdiri. Darah merah menyerbu ke muka. Malu bila disoal sedemikian. Tanpa berlengah dia cepat beredar meninggalkan Tengku Albar Hafiez. Tak kuasa melayan perangai tak semenggah lelaki itu. Tanya nama orang boleh pulak? Huhuhu....

Sabar jelah...Jannah.

_________

"Asal Tengku Albar Hafiez tanya nama kau ha?!!"

Tubuh Jannah terdorong ke belakang akibat tolakan yang tiba-tiba. Allahuakbar..terlepas satu bala, bala lain pulak datang menyusul. Melissa salah seorang senior hot memandangnya tajam. Jelas kemarahan terpamer pada raut wajah cantik itu.

Siapa saja yang tidak kenal dengan Melissa. Selain cantik dia juga merupakan anak salah seorang ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya di negeri bawa bayu ini. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang mengenali gadis itu. Full package menjadikan berbaris lelaki yang terkejar-kejarkan dia. Mana Jannah tahu?..Ya Sofea Emisha yang ceritakan. Itupun Jannah tak berminat mahu mendengar. Tak pasal-pasal dia dapat dosa free mengghibah.

Dan hari ini, gadis itu tiba-tiba munculkan diri di hadapannya. Bertanya soalan yang dia sendiri pun tidak tahu jawapannya.

"Saya tak tahulah pulak kak. Tiba-tiba je dia sergah saya tanya nama."

Jannah jawab jujur. Memang dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan lelaki itu bertanyakan nama dia pagi tadi. Melissa datang menghampiri.
Mengelilingi tubuh Jannah beberapa kali. Sambil mata memandang Jannah dari atas ke bawah berkali-kali. Senyuman mengejek diberi.

"Kak?..seriously?hahahahaha...."

Dia mengekek ketawa. Rakannya di sebelah jugak turut ketawa sama.

"Siapa kau nak panggil aku 'kak' ha?!!".

Dahi Jannah ditunjal dengan jari telunjuknya. Jannah terkejut melihat perilaku Melissa yang dia tak jangkakan. Tak menyangka gadis cantik itu berani menunjal dahinya. Tak pernah lagi ada orang yang berani berbuat demikian.

Sofea Emisha juga tak pernah beritahu dia tentang perkara ini. Untuk gadis sehebat Melissa tidak seharusnya diiringi tingkahlaku yang sebegini.

Astaghfirullahal'adzim...

"Kalau kau nak tahu? kau tu tak layak pun nak cakap dengan aku.
Aku siapa? kau siapa? Dahlah miskin. Bajet alim lagi dengan tudung labuh segala. Baju kurung pun dah lusuh. Kain lap rumah aku lagi cantik tau!"..

Ramai yang memerhatikan ketawa. Tidak kurang juga segelintir yang menunjukkan muka simpati melihat Jannah dihina.Jannah genggam jari erat-erat. Airmata mula bertakung ditubir mata. Seluruh tubuhnya menggigil.

Terkilan...

Malu.....

Sedih....

Semua bergabung menjadi satu.
Tidak pernah dia berhadapan dengan manusia sombong dan angkuh seperti gadis yang berdiri dihadapannya sekarang ini. Pertama kali dia dimalukan sebegini. Sedarkah Melissa dengan apa yang dia lakukan sekarang? Bukankah menghina kekurangan dan kelemahan orang lain itu sama dengan memperlekehkan ciptaan dan ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Yang Maha Khaliq?

Na'udzubillahiminzalikh.

"Kau dengar sini baik-baik ye..."

Dituding jari runcing ke muka Jannah. Dekat.

"He is my boyf........."

"Apahalnya ni?!!"

Tak sempat Melissa menghabiskan kata, Tengku Albar Hafiez datang menyergah dari belakang. Semua yang menoleh terbungkam, pucat. Melissa juga berubah riak. Serta merta wajah manis dan menggoda dipamerkan.

"Takde apalah Fiez...saja nak kenal budak junior ni. Cantik je Mel tengok. Lemah lembut. Kan Jannah?"

Plastik!..

Jannah menggigit bibir. Mana perginya suara yang mengilai ketawa dan lantang menghina dia tadi? Tetiba jadi lembut dah macam obor-obor Jannah tengok. Menggeletis semacam.

Tangan yang macam octupos dipanjangkan ingin memaut lengan Tengku Albar Hafiez, tetapi lelaki itu cepat mengelak. Tidak mahu disentuh. Sebaliknya lelaki itu pandang matanya tajam. Buatkan Jannah tidak selesa.

Melissa menjeling tajam tidak berpuas hati. Tidak menunggu sesaat pun, Jannah terus angkat kaki. Buang masa sahaja melayan karenah mereka berdua.

Dua-dua pun sama.

Sama spesis.

Suka menyusahkan dia.

🐙🐙🐙🐙

Sorry guys....chapter ni panjang sikit dr yang sudah.

Apa2pun hope u ols enjoy.
Tq..sudi baca.

BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)Where stories live. Discover now