Jannah POV
"Jannah, pandang sini nak."
Terdengar suara mak usu.
Aku menundukkan wajah dalam-dalam. Tidak berani menatap wajah Mak usu. Perasaan bersalah di dalam hati tidak dapat aku bendung lagi. Aku malu pada Mak Usu dan Hana di atas semua yang berlaku.
Segala rahsia yang berlaku dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ini telah pun aku ceritakan kepada Mak Usu sebentar tadi. Tidak ada sedikit pun yang tersisa.
Aku tahu tidak sepatutnya aku menyembunyikan perkara itu daripada mereka selama ini, tetapi keadaan ketika itu, tidak mengizinkan. Sehinggalah tiba hari ini. Apa yang selama ini menjadi rahsia aku seorang diri bukan lagi rahsia.
Dan ketika ini aku hanya menanti keputusan daripada Mak Usu. Apa pun hukuman yang Mak Usu akan kenakan akan aku terima dengan rela hati.
Aku sayangkan Mak Usu. Dan aku tak mahu mak usu kecewa dengan aku. Hanya mereka sahajalah tempat aku menumpang kasih selama ini.
"Mak Usu, Jannah....."
Air jernih mengalir deras di pipi. Tidak sanggup aku menatap wajah kecewa yang selama ini membesarkan aku dengan penuh kasih dan sayang. Sungguh aku malu.
Mak usu mengangkat wajahku perlahan dengan jemarinya. Dia menggelengkan kepala memandangku dan tanpa aku duga dia menarik tubuhku ke dalam dakapan, erat.
Aku teresak-esak di dalam dakapan Mak Usu.
'Sungguh aku sayang insan yang mulia ini Ya Allah'
"Mak usu tahu, anak mak usu ni takkan buat perkara yang boleh mencemarkan maruah diri dan keluarga. Mak usu kenal anak mak usu."
"Semua yang berlaku ini, mak usu pasti ada hikmahnya. Siapa kita manusia yang lemah ini untuk menidakkan segala ketentuan daripada Allah swt."
Mak usu meleraikan pelukan. Jarinya mengusap airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Dia memandangku dengan penuh kasih.
"Jannah jangan salahkan diri Jannah lagi. Mak usu tak marah Jannah. Tapi Mak usu tak sangka, Jannah boleh sembunyikan semua perkara ini daripada mak usu dan Hana. Dan hadapi semua kesulitan dan kesukaran seorang diri."
"Tidak dapat mak usu nak bayangkan bagaimana Jannah menghadapi semua yang berlaku kat sana seorang diri. Sedangkan Mak Usu kat sini hidup dengan tenang."
"Mak usu.."
Aku menerpa memeluk Mak usu kembali. Terhambur segala tangisan yang aku pendam selama ini.
"Ma..maafkan Jan..nah Mak u..su. Tak a..da ni..at dalam hati Jan..nah nak mem..belakangkan Mak usu."
"Ye sayang. Mak usu tahu. Lain kali jangan sembunyikan daripada mak usu lagi. Jangan pendam sorang-sorang lagi. Dan jangan hadapi seorang diri lagi. Jannah lupa ke Mak usu dengan Hana sentiasa ada untuk Jannah?"
Aku menggeleng hiba dalam pelukan mak usu. Diam-diam aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat YANG MAHA ESA.
'Terima kasih Ya Allah..atas segala nikmat dan kurnia-Mu yang tidak terhingga ini.'
"Dia sayangkan anak manja Mak usu ini tak?"
Soalan mak usu membuatkan pipi aku merona merah. Sedaya upaya aku menyembunyikan wajah di balik bahu mak usu.
"Lain kali balik sini, bawa dia sekali. Mak usu nak juga tengok menantu lelaki yang telah menyelamatkan maruah anak mak usu ni. Mesti dia baik hati sangat-sangatkan?"
Aku hanya mengangguk, mengiyakan.
'Dia baik hati sangat Mak usu. Dialah satu-satunya lelaki terbaik yang pernah Jannah kenal selama hidup Jannah.'
Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam hati.
__________
Aku duduk di atas pangkin di bawah pokok mangga di halaman rumah. Mata memerhatikan gelagat beberapa anak-anak jiran yang sedang bermain di halaman. Aku tersenyum hiba.
Ada rasa sayu yang menyapa hati. Entah mengapa aku begitu merindui dia. Puas sudah aku menepis dan menafikan rasa hati. Tetapi semua hanya sia-sia.
Kemana pun arah mata ini, bayangan wajah dia sentiasa memenuhi pelupuk mata.Ya Allah...
Aku tunduk menahan airmata daripada gugur.
"Maafkan Jannah abang."
Tidak terasa sudah seminggu ini aku berada di kampung. Dan sudah seminggu jugalah aku meninggalkan Tengku Albar Hafiez tanpa khabar berita.
Aku tahu, berdosa seorang isteri keluar tanpa izin daripada suami, tetapi aku belum bersedia untuk memberitahu dia semuanya. Aku takut akan penerimaan Mak Usu terhadap dia. Tetapi nampaknya semua kebimbangan aku tidak ada ertinya. Mak usu bahkan dapat menerima dengan baik semua.
Masih lagi jelas di pendengaran, alunan ayat demi ayat surah An-Nisa ketika aku bermalam di apartment dia seminggu yang lepas. Ketika itu dia meminta untuk mendodoikan aku tidur.
Pada mulanya, aku rasa kelakar sangat bila dia buat permintaan seperti itu. Yerlah takkan aku yang sudah besar panjang ini masih lagi tidur berdodoikan? Tak masuk akal sungguh. Bagaimanapun aku tetap juga tunaikan permintaan dia.
Dan setelah kepala aku letakkan di riba dia, aku terpegun mendengar alunan suara dia mengalunkan ayat-ayat suci al Quran.
Suara merdu dia. Kefasihan dia...
SUBHANALLAH..
Sungguh aku terasa kerdil dibandingkan dia. Aku bahkan merasa diri ini tidak layak sedikitpun untuk berdampingan dengan diri dia yang sungguh sempurna pada pandangan aku.
Ya Allah...
Aku tak pernah menyangka lelaki yang bergelar suami kepadaku itu rupanya seorang hafiz lulusan dari sekolah pondok di utara, Malaysia.
Mengapa aku tidak sedar selama ini? Patutpun semua kata-kata yang dia luahkan ketika menenangkan aku sentiasa berhemah dan mengandung seribu hikmah.
'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?'
(Surah ar-Rahman:ayat 13)
"Abang, Jannah rindu abang sangat."
Tak sabar rasanya bertemu lelaki itu esok hari.
🐙🐙🐙
Author try buat scene sedih.
Tak tahulah sampai ke tidak😅😅
Apapun..hope u ols enjoy😍
YOU ARE READING
BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)
RomanceBismillah (Tengku Albar Hafiez ft Jannah) NURJANNAH RASYID -Dalam meniti arus kehidupan seharian, hidup berlandaskan syariat ternyata bukanlah semudah yang disangka. Bermacam ragam yang ditemui semenjak dia menjejakkan kaki di pusat pengajian terseb...