Bab 48| Dijodohkan

9.9K 374 22
                                    

"Duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Duduk. Ada perkara penting yang abi nak cakap dengan Hafiez."

Tengku Albar Hafiez yang baru sampai, melangkah menghampiri lalu melabuhkan duduk di atas sofa. Ditatap wajah kedua orang pintu syurganya itu bersilih ganti.

"Perkara penting apa abi?"

Soalnya ingin tahu.

"Sebenarnya Abi dan umi sudah berbincang dan buat keputusan dah nak jodohkan Hafiez dengan Sakinah, anak Dato' Yaakub."

Buummmm!!!!!

Terasa bagaikan langit runtuh menghempap sekujur jasadnya. Tengku Albar Hafiez sontak berdiri. Memandang tidak percaya wajah Tan Sri Tengku Zarief dan Puan Sri Mawar di hadapannya.

"Apa bi?!!"

Soalnya terkejut. Berharap yang dia tersalah dengar.

"Umi dan abi dah setuju dah nak nikahkan Hafiez dengan Sakinah. Hafiez kenalkan Sakinah?"

Puan sri Mawar pulak menjelaskan. Dia tahu mesti anaknya itu terkejut dengan keputusan mereka. Lebih-lebih lagi mereka mengambil keputusan tanpa berbincang dahulu dengan anak lelakinya itu.

"Hafiez tak setuju."

Mendengar kata uminya, dia menggeleng pantas. Tidak perlu untuk dia berfikir dua kali kerana dia sudah tahu apa yang hati dia mahukan. Mana mungkin dia menyetujui keputusan abi dan uminya, sedangkan dia sudah ada Jannah.

Bayangan bidadarinya tak semena-mena memenuhi kedua pelupuk mata. Dadanya sesak tiba-tiba.

"Hafiez jangan nak membantah. Abi dah bincang dah dengan Dato' Yaakub. Dan keluarga belah pihak sana pun semua dah setuju. Awal bulan depan perkahwinan Hafiez dan Sakinah akan dilangsungkan."

"Whattt?!!"

Hampir gugur jantungnya mendengar keputusan Tan sri Tengku Zarief. Tidak percaya kalau orang yang dia kasih dan sanjung selama ini boleh mengambil keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan dia. Apalagi ia melibatkan masa depan dia.

Tangannya kasar meraup rambut ke belakang. Stress dengan ulah sang abi. Kesalan menghunjam jauh ke dasar hati. Kalau saja dia punya sedikit keberanian selama ini untuk berterus-terang. Sudah pasti perkara ini tidak akan terjadi.

Jannah dengan senang hati akan diperkenalkan kepada keluarganya. Dan abinya tidak akan menjodohkan dia dengan perempuan yang entah apa-apa.

"Apapun berlaku, keputusan Hafiez tetap sama. Hafiez takkan terima perjodohan ni."

"Hafiezzz!!!"

Tengku Albar Hafiez bergegas keluar dari situ. Tidak dipedulikan suara Tan Sri Tengku Zarief yang sudah memetir.

_________

"Selama hidup ini, dari kecil sehinggalah besar, Hafiez tak pernah buat perkara yang abi tidak suka. Apa yang abi minta Hafiez lakukan, semua Hafiez buat."

BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)Where stories live. Discover now