Bab 35|Emergency

8.9K 383 4
                                    

Hospital Queen Elizabeth 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hospital Queen Elizabeth 2.

Pintu Emergency room ditolak kasar dari luar...

Tengku Albar Hafiez menyerbu masuk bersama Jannah di dalam cempungan.

"Doctor!Please,help!!"

Sekuat hati dia berteriak sambil berlari masuk. Nafasnya termengah-mengah akibat menampung berat tubuh Jannah. Wajahnya terbias riak risau yang bukan sedikit. Menggigil sekujur tubuhnya.

Beberapa jururawat dan doktor yang bertugas di situ berlari panik menghampiri mereka. Suasana kucar-kacir seketika. Riuh dengan bunyi bising para petugas.

Tindakan pantas diambil.
Tubuh Jannah diletakkan pantas di atas stretcher dan ditolak laju ke arah salah satu katil pesakit yang terdapat di situ. Tengku Albar Hafiez turut mengiringi. Tangannya erat menggenggam jemari Jannah.

Bermacam perasaan dia ketika ini. Marah. Sebak. Risau dan sedih. Semua bercampur aduk.

"Please sayang..."

Luluh sekeping hati miliknya dek melihat wajah pucat si isteri.

"Open your eyes for me...I'm begging you please.."

Dia merayu seolah-olah gadis kesayangannya itu mendengar akan suaranya. Dia berharap sangat agar gadis itu sedar secepat mungkin. Membuka mata kembali dan melihat dia seperti selalu.

Langkahnya diatur lebih laju lagi, agar turut selari dengan stretcher yang ditolak.

Ya Allah...

Tidak pernah selama hidup dia, dia risau sebegini. Malah semasa uminya dimasukkan ke dalam wad dulu pun dia tidak serisau seperti ini.

Mungkin kerana waktu itu, ramai family mereka yang menemani. Tidak seperti sekarang ini. Gadis itu hanya ada dia. Kalau ada pun family terdekat, mereka tidak ada di sini. Mereka tinggal jauh di pedalaman.

Rasa menyesal berterusan mengasak minda dan hatinya.
Dia menyesal kerana terus menghukum, tanpa memberi peluang kepada isterinya itu untuk menjelaskan.

Sedangkan sudah berkali-kali isterinya itu mencari peluang untuk menjelaskan kepada dia tentang kedudukan yang sebenar. Tapi disebabkan ego dia mengelak.

Dipandang kembali wajah pucat si isteri...

"Maaf encik. Encik tak boleh masuk. Sila tunggu di luar ya."

Salah seorang jururawat yang bertugas bertindak menghalang tubuh dia daripada melangkah masuk ke dalam ruang pemeriksaan khas.

"Please nurse....izinkan saya temankan isteri saya. Saya janji takkan ganggu kerja doktor..please."

BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)Where stories live. Discover now