Bab 38|Salah faham

8.9K 372 8
                                    

"Sorry

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sorry..baru sekarang ustaz dapat jenguk Jannah. Tak rasa pening-pening dah ke? Ustaz risau sangat tadi. Takut Jannah ada sakit apa-apa ke. Jannah okay tak ni? Ada rasa sakit kat mana-mana tak?"

Jannah menggeleng. Dia betulkan sedikit duduk, tidak selesa dengan kehadiran Ustaz Fathi Hayyan di dalam bilik wadnya.

Jantungnya berdebar sedari tadi lagi melihat muka tegang si suami sejak kedatangan roommatenya, Sofea Emisha ditemani Ustaz Fathi Hayyan ke sini.

Membayangkan api kemarahan si suami yang akan meletus bila-bila masa sahaja membuatkan perut Jannah kecut. Belum lagi mata helang si suami yang kini menatap dia seakan ingin menelan tubuh dia bulat-bulat.

Gulp.

Jannah telan liur. Dia mengalih pandang. Ditoleh ke sebelah. Sofea Emisha di sisinya diam tanpa suara. Jannah tahu, gadis itu masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Pasti bermacam prasangka yang bersarang di dalam kepala roommate merangkap seniornya itu sekarang.

Melihat tatapan sinis gadis itu terhadap dia, Jannah sudah dapat mengagak. Tetapi dia sedikitpun tidak menyalahkan gadis itu.

Siapa pun yang berhadapan dengan situasi yang dia alami sekarang ini, pasti akan berprasangka yang bukan-bukan.

Flashback

"Akak dah bawa dah barang keperluan Jannah semua. Akak letak kat si...eh!? Siapa punya ni?"

Beg Jannah yang dia bawa, diletakkan ke bawah. Dia beralih ke beg kertas dan plastik yang terdapat di sisi katil Jannah.

Dibelek dan dilihat isi di dalam semua, dia tercengang. Spontan dia menatap Jannah. Meminta penjelasan dari gadis itu.

"Jannah punya ke?"

Jannah serba-salah. Wajahnya memerah. Tidak tahu harus bereaksi macam mana. Menidakkan, nampak sangat yang dia menipu. Takkanlah barang orang ada di dalam bilik wad dia.

Di sisi katil tempat dia berbaring pula tu. Gadis di hadapannya itu bukannya naif sangat untuk menilai semua itu.

Akhirnya dia mengangguk.

"Siapa yang belikan?"

Dia menyoal. Jauh di sudut hati dia tertanya-tanya.Tak mungkinlah Jannahkan? Takkanlah orang sakit boleh keluar wad sesuka hati dan pergi shopping segala jenis benda ni.

Lagipun dengan keadaan Jannah yang masih nampak lemah, takkanlah dia larat nak keluar?
Lalu siapa?

"Jannah minta tolong orang kot."

Ustaz Fathi Hayyan yang datang bersama Sofea Emisha menyampuk. Cuba meredahkan kemusykilan gadis free hair di hadapannya kini.

Rasa kasihan terbit melihat tingkah si gadis yang agak menggelabah pada penglihatan mata kasarnya. Dia mendongak menatap Jannah lembut.

BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)Where stories live. Discover now