Hampir seminggu Jannah tidak menghadiri kuliah. Kakinya yang terseliuh juga semakin sembuh setelah mendapat rawatan di klinik UMS beberapa hari yang lepas.
Tidak menyangka angkara tidak sabar mahu mengisi perut inilah bahananya. Mujur ada Amiera Ily, rakan sekuliahnya yang sudi menyalin nota pengajian untuk dia. Kalau tidak terlepas dan terbuanglah masanya sia-sia. Ada juga beberapa rakan yang lain turut berbuat perkara yang sama. Membantu dia mendapatkan bahan-bahan rujukan untuk assignment yang dia tak sempat siapkan. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran hatinya.
Dan yang tidak terjangka sama sekali, senior-senior perempuan yang membantunya tempoh hari mengatakan bahawa mamat berlagak itulah yang memanggil mereka untuk membantu Jannah. Sungguh tidak terlintas di hati Jannah bahawa mamat itu sudi menghulurkan tangan untuk menolong dia.
Mati-mati selama ini dia menyangka akan dikenakan, tak pun akan dibuli jika ditakdirkan bersua kembali dengan mamat tersebut. Yelah mamat itu sudah tengking dia hari itu. Siap beri amaran keras lagi jangan muncul depan dia.
Rupanya ketakutannya itu tidak berasas sedikit pun. Mamat berlagak itu bukannya jahat sangat pun. Walaupun penampilan dia agak badboy. Tapi sifat dia tak adalah teruk mana.
Ke badboy itu hanya pada pemakaiannya sahaja. Tetapi sikap dia......
Terbayang kembali wajah yang seringkali mengganggu dia akhir-akhir ini.
Astaghfirullahal'adzim...
'Kenapa aku terus terfikir tentang mamat tu?'
Tangan diraup ke muka. Menyesali tingkah sendiri. Sungguh selama dia menginjak remaja tidak pernah lagi dia mengalami perasaan seperti ini. Semasa di sekolah menengah dulu pun dia tidak pernah. Bukan tiada yang menaruh minat dengan dia. Tetapi hati dia sikit pun tidak terusik. Teringat dia akan ceramah UAS tentang pacaran ataupun bercinta sebelum adanya ikatan perkahwinan. Haram hukumnya di dalam islam.
Lalu rasa apa yang menyinggah di benaknya ini? Benarlah syaitan tidak akan pernah berhenti menggoda manusia untuk terus mengikuti jalannya.
Keluhan terbit di bibir Jannah. Tetapi seketika kembali tersedar. Tidak seharusnya dia mengeluh di dalam menghadapi ujian yang Allah berikan. Bukankah mengeluh itu sikap seorang mukmin yang tidak baik? Mengeluh bererti seseorang itu tidak redha dengan sesuatu ketentuan Allah terhadapnya. Sedangkan sebagai hamba-Nya, Allah memerintahkan untuk terus redha dan bersabar.
Na'udzubillahiminzalikh.
Bunyi pintu dibuka dari luar menyentakkan lamunan Jannah.
Dia menoleh melihat ke arah pintu. Tersembul wajah Sofea Emisha di situ. Dia tersenyum."Assalamu'alaikum Jannah,"
"Wa'alaikumussalam Kak Misha."
Sofea Emisha menutup semula daun pintu. Dia melangkah masuk dan melabuhkan punggung di sisi Jannah di birai katil.
"Ok dah kaki tu?"
Jannah mengangguk. Diselak kain yang menutupi bahagian kakinya yang terseliuh dan ditelek di bahagian situ. Sofea pun berbuat perkara yang sama. Hanya kelihatan sedikit saja lagi lebam.
"Tapi ada rasa sakit sikit lagilah. Mungkin dua tiga hari okaylah kot."
Ditutup kakinya semula. Badan diengsot sedikit agar selesa menyandar.
"Kak Misha dari mana tadi?"
Soalnya perlahan.
"Kelas."
"Oo....."
"Tapi petang ni akak rasa nak keluar ke bandar kejaplah. Ada hal sikit. Jannah ok tak tinggal sendiri?"
Risau gadis itu bertanya.
"Jannah ok je. Kak Misha takya risaulah. Kaki ni pun dah elok dah."
Jawabnya. Lagi-lagi dia tersenyum.
"Tak nak pesan apa-apa ke? Kak Misha boleh belikan. Lagipun akak bercadang nak singgah sekejap dekat Centre Point."
"Tak kot. Jannah cuma nak rehat je."
"Okaylah kalau macam tu. Akak nak bersiap dulu ye? Oo ya, jangan lupa pula, makan. Akak dah belikan nasi bungkus kat kantin tadi. Akak letak atas meja tu je."
Jari dituding ke arah meja di tepi pintu.
"Air pun ada sekali. Nanti Jannah makanlah."
Jannah mengangguk.
"Terima kasih banyak kak Misha. Menyusahkan akak je."
"Ee, apa pulak susahnya. Setakat beli makan jer, takde hallah."
Dicubit geram pipi Jannah. Mengada. Jannah tergelak halus. Tidak mahu mengundang gusar dan rasa bersalah senior merangkap sahabat kepadanya itu. Sofea Emisha begitu baik terhadapnya. Kalau tiada pertolongan daripada gadis itu entah apalah yang akan terjadi dengan Jannah sepanjang dia sakit kaki. Mahu terkial-kial dia sendirian.
Mak usu dan Hana di kampung juga tidak dikhabarkan akan perihal sakitnya. Takut mereka risau. Bukannya dia tidak kenal akan kedua kesayangannya itu. Pantang dia sakit sedikit mulalah gelabah tak tentu hala.
Teringat lagi ketika tangan dia terluka akibat terkena parang semasa di kampung dulu. Meraung mak usunya itu berlari ke sana sini memanggil jiran-jiran mereka untuk meminta pertolongan. Padahal luka yang dialami tidaklah teruk mana. Cuma keluar banyak darah kerana kedudukan luka yang agak dalam sedikit. Lima jahitan jugalah dia terkena ketika itu.
Allahu..
Tidak dapat dia bayangkan apalah agaknya reaksi mak usunya sekiranya mendapat tahu keadaan kakinya yang terpeleot. Sampai berhari-hari pula tu tidak dapat berjalan sendiri. Bertambah risaulah nanti kesayangannya itu. Disebab itulah juga dia menghurung niat untuk tidak mengkhabarkan kepada mereka di kampung.
Pengajaran yer guys...
Lain kali berhati-hati..
Jangan tergesa-gesa...
Jangan gopoh.....
Dan....
Yang penting Jangan gelojoh.
Hahaha😂😂
Perkataan terakhir itu agak kelakar terdengar di telinga. Itulah siapa suruh tak menyempat sangat. Orang pun lapar jugak. Tapi tak adalah tergopoh jalan semata-mata nak membeli makanan. Sampai kaki terpeleot pulak tu....
Dalam sejarah manusia, tiada lagi orang yang mati bila sehari tak makan rasanya. Orang berpuasa sebulan pun mampu bertahan. Inikan pula hanya setengah sehari.
Memang padanlah dengan muka dia!😂
🐙🐙🐙🐙
Chapter pendek jer...
Takde idea😂😅
YOU ARE READING
BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)
RomanceBismillah (Tengku Albar Hafiez ft Jannah) NURJANNAH RASYID -Dalam meniti arus kehidupan seharian, hidup berlandaskan syariat ternyata bukanlah semudah yang disangka. Bermacam ragam yang ditemui semenjak dia menjejakkan kaki di pusat pengajian terseb...