"Jannah nak turun sama tak?"
Jannah pandang wajah rakan sebiliknya, Sofea Emisha. Gadis cantik itu kelihatan sudah selesai bersiap untuk keluar. Seluar jeans biru muda dan baju t-shirt lengan panjang berwarna kuning cair tersarung elok di tubuh lampai Sofea. Rambut separas bahu gadis itu pula hanya diikat satu seperti ekor kuda.
Jannah menggeleng.
"Tak kot. Banyak barang yang Jannah belum kemas lagi. Kalau Kak Misha nak turun dulu,
turunlah. Nanti Jannah menyusul kemudian.""Ha yelah..take care.
Assalamu'alaikum.""Wa'alaikumussalam."
Jannah kembali menghadap kerja yang tergendala. Dilipat pakaiannya dan disusun di atas rak dalam almari. Sebahagian lagi disangkut pada hanger dan turut dimasukkan ke almari yang sama. Setelah itu, disusun buku-buku dan peralatan menulisnya di atas meja belajar yang sudah tersedia di situ.
Semua kerjanya dilakukan dengan cepat dan pantas. Tidak mahu jika masanya terbazir dengan sia-sia. Apalagi jika menangguh-nangguhkan kerja. Memang bukan dia orangnya.
Teringat kembali perkenalan mereka semalam yang menjadi satu titik permulaan bagi kehidupan mereka di sini. Dia bersyukur kerana Sofea Emisha menerima kehadirannya dengan baik. Begitu juga beberapa lagi rakan-rakan yang lain. Sempat juga mereka bersembang sebelum masuk ke bilik masing-masing.
Rata-ratanya pelajar datang dari daerah-daerah di negeri Sabah. Dan ada juga yang datang dari semenanjung dan Sarawak.
Dilahirkan di bumi Malaysia ini merupakan satu nikmat yang tidak terhingga sebenarnya. Malaysia merupakan salah satu di antara negara-negara Islam yang terletak di benua Asia Tenggara. Hidup di bumi Malaysia menjadikan rakyatnya bebas mengamalkan cara hidup Islam tanpa sempadan. Walaupun rakyatnya terdiri dari berbilang kaum, tetapi prinsip perlembagaan yang diterapkan berjaya dipraktikkan di kalangan semua rakyatnya.
Tidak seperti yang berlaku di beberapa buah negara di dunia. Bermacam-macam cerita yang pernah sampai ke telinga Jannah berkenaan nasib pelajar-pelajar Muslim di sana. Ngeri apabila membayangkan apa yang mereka hadapi. Ada yang diejek dan tidak kurang juga yang dikecam sehebat-hebatnya. Dan yang lebih teruk lagi, ada yang dipaksa membuka hijab kerana penggunaan hijab tidak dibenarkan di tempat mereka.
Allahuakbar!
Begitulah sadisnya hidup pelajar-pelajar muslim di negara yang majoriti rakyatnya non-muslim. Ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Bukan hanya pelajar-pelajar saja yang mengalami sebenarnya. Bahkan hampir semua umat Islam di seluruh dunia ditindas dan dilanggar hak asasi mereka.
Bosnia herzogovina, Palestin, Iraq, Syria, Yaman dan yang lain lagi.😢😢Melihat pembantaian saudara-saudara Muslim di negara lain, begitu menyentuh hati Jannah. Rohingya contohnya. Beribu-ribu pelarian yang melarikan diri dari negara Myanmar dan datang ke beberapa buah negara yang berhampiran untuk meminta perlindungan. Termasuklah negara Malaysia sendiri.
Seringkali Jannah tertanya-tanya, ke mana hilangnya keadilan yang seringkali dibangga-bangga dan diwar-warkan oleh setiap pemimpin-pemimpin negara di dalam media semasa? Janji-janji yang taburkan, apakah tidak ada lagi sedikitpun rasa peri kemanusiaan di dalam hati-hati mereka yang terlibat?
Na'uudzubillahiminzalik.
Ditelek jam di pergelangan tangannya. Hanya tinggal beberapa minit saja lagi sebelum menjelangnya waktu dzuhur bagi Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Ditinggalkan kerja mengemas yang belum siap dilakukan. Kaki dibawa melangkah masuk ke bilik air.
Dibuka pili air dan perlahan dia menadah tangan dibawah aliran air yang mengalir. Dibasuh satu persatu anggota wuduknya, bermula dari kedua belah tangan sehinggalah berakhir di kedua belah kaki sehingga ke buku lali. Setelah selesai mengambil wuduk dia melangkah keluar dan berdoa.
Telekung ditarik dari lipatan kain di dalam almari lalu disarung ke tubuh. Sejadah pula dihampar di atas lantai jubin menghadap ke arah kiblat. Jannah bernasib baik kerana sempat bertanya kepada Sofea arah kiblat sebelum gadis itu keluar tadi. Bukan dia tidak suka menggunakan aplikasi yang ada di dalam telepon pintarnya.
Tetapi beberapa kali dia mencuba ada saja yang tidak kena dengan aplikasi tersebut. Disebabkan itulah juga dia lebih suka bertanya. Mudah dan lebih tepat.Jika berkaitan perihal solat, Jannah tidak pernah sesekali memandang mudah. Apapun yang ingin dia lakukan, tidak pernah dia meninggalkan kewajipan yang satu itu. Kecuali jika dia sedang mengalami keuzuran.
SOLAT.
Bukankah solat itu merupakan penghubung antara seorang hamba dengan PENCIPTAnya?
Bahkan solat itu sendiri adalah penentu di terima atau tidak amalan-amalan baik seseorang hamba itu di sisi-Nya kelak.
Jika baik amal solatnya, maka akan lepas pula amalan baik lainnya. Begitu juga sebaliknya. Kerana perkara pertama yang akan dihisab di hari perhitungan kelak adalah amal solat seseorang itu sendiri.Allahuakbar.
Pernah suatu ketika ummul mukminin Sayyidatina Aisyah R.Ha bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang mengapa baginda S.A.W solat sehingga pecah-pecah tumit sedangkan baginda adalah seorang maksum dan dijamin syurga.
Lalu dijawab Rasulullah S.A.W,
" Tidakkah aku menjadi Hamba-NYA yang bersyukur?"Begitulah indahnya akhlak Nabi khatamul anbiya'. Sedangkan Rasulullah S.A.W seorang nabi dan rasul, juga kekasih Allah yang dijamin syurga pun solat sehingga pecah tumit kaki. Bahkan sehingga ke akhir hayat Baginda S.A.W pun masih berpesan mengenai solat kepada Sayyidina Ali r.a., apalagi bagi seorang hamba seperti dirinya yang hakikatnya begitu kerdil dan hina. Yang masih tidak tahu di mana diri akan ditempatkan kelak.
❤Allahumma sholli'ala sayyidina Muhammad wa'ala ali sayyidina Muhammad shalallahu alaihi wasallam.❤
🐙🐙🐙🐙
Sorry..kalau tak memuaskan pembaca...😊
Masih tertatih-tatih lagi😂😂
Apapun saya akan try yg terbaik..in shaa Allah.
Hai silent readers!...
Hope u ols enjoy...
YOU ARE READING
BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)
RomanceBismillah (Tengku Albar Hafiez ft Jannah) NURJANNAH RASYID -Dalam meniti arus kehidupan seharian, hidup berlandaskan syariat ternyata bukanlah semudah yang disangka. Bermacam ragam yang ditemui semenjak dia menjejakkan kaki di pusat pengajian terseb...