"Wekk...wekk..hukhuk..huk!"
Cairan berwarna kuning cair memenuhi dasar sinki. Perit terasa kerongkongnya apabila cecair yang serupa beberapa kali melepasi tenggorokkannya. Dipicit perlahan pelipis bagi mengurangkan rasa pening di kepala.
Perlahan dia menapak semula ke meja kerjanya. Tubuh dibaringkan di sofa. Cuba meredahkan sakit yang kian mencengkam. Terasa pandangan matanya berpinar-pinar. Semua imej di dalam ruang pejabatnya itu kelihatan berputar-putar.
Tidak lama terdengar bunyi ketukan di pintu.
"Come in."
Dia bersuara lemah hampir tidak kedengaran. Iqram, secretarynya melangkah masuk tergesa-gesa. Dulang kecil berisi segelas air kosong dan dua biji panadol di letakkan di atas meja di depan sofa.
Tubuh yang tergeletak tidak bermaya di atas sofa itu dipandang dengan dahi yang berkerut. Nampak gayanya bos mereka itu bukan sakit biasa-biasa. Kalau muka sudah terlihat pucat seperti sekarang ini, sakit biasa apakah bende?
"Tengku okay tak ni? Nak saya tolong apa-apa lagi ke?"
Soal Iqram risau. Tengku Albar Hafiez mengangguk. Terdengar keluhan terbit dari bibirnya. Sungguh dia tidak suka akan keadaan dia sekarang ini. Terpaksa meminta bantuan orang lain seolah-olah diri dia sudah tidak berdaya lagi.
Iqram membantu Tengku Albar Hafiez duduk. Diletak panadol di atas telapak tangan bosnya itu. Air kosong di dalam gelas disuah.
Setelah meminum ubat, tubuh lelaki muda itu dibaringkan semula."Nak saya panggilkan Tan Sri ke Tengku?"
Tengku Albar Hafiez menggeleng. Dia tidak mahu mengganggu kerja abinya hanya kerana perkara yang baginya tersangatlah remeh.
"Tapi keadaan Tengku teruk sangat ni. Atau pun saya call doctor ke?"
Lagi-lagi gelengan kepala yang diterima.
"Awak pergilah sambung kerja awak balik. Kejap lagi kepala aku okaylah nanti. Pening sikit je pun. Anyway, thanks dah tolong aku."
"No hallah Tengku. Itu memang kerja saya pun. Sudah tugas saya sebagai secretary Tengku untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik. Kalau dah takde apa-apa saya keluar dulu Tengku? "
Kepala diangguk. Dibiarkan secretarynya berlalu keluar meninggalkan dia di situ. Dia tak larat nak membuka mata. Asal saja matanya celik, semuanya nampak berputar.
~ But if I let you go...
I will never know..
What my life would be..
Holding you bla bla....!!Allah...
Lagu zaman purba bilalah yang dia pergi set kat handphone dia ni? Digagau iphone6 yang berdering di atas meja. Kepala yang berpusing bukan semakin berkurang. Malah makin bertambah sakitnya. Mahu pitam rasanya dia di situ.
YOU ARE READING
BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)
RomanceBismillah (Tengku Albar Hafiez ft Jannah) NURJANNAH RASYID -Dalam meniti arus kehidupan seharian, hidup berlandaskan syariat ternyata bukanlah semudah yang disangka. Bermacam ragam yang ditemui semenjak dia menjejakkan kaki di pusat pengajian terseb...