Bab 24| Before let

7.9K 377 4
                                    

Tengku Albar PoV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Albar PoV

"Hafiez, kalau aku tanya kau something kau jangan marah tau"

Mata aku liarkan ke sekeliling kawasan padang. Nafas sedikit termengah. Penat berlari mengelilingi padang sebentar tadi masih belum hilang lagi.

Sudah menjadi rutin harian aku setiap pagi selepas subuh aku akan berlari dan bersenam di sini. Walau sesibuk apapun aku tetap luangkan masa untuk bersenam. Kesihatan perlulah dijaga dan diutamakan. Kalau tak macam mana nak jalankan hidup dengan baik sehariankan?

"Apa dia?"

Penutup botol dibuka lalu air  diteguk selamba. Wajah Isman di sebelah ditatap sipi.

"Kau ada apa-apa ke dengan Jannah tu? Aku tengok kau dengan dia lain macam je?"

"Kalau ada pape kenapa? Dan kalau takde kenapa pulak?"

Soalan dia aku jawab dengan soalan. Isman pandang muka aku tak percaya.

"Saja je aku tanya. Jadi betullah kau dengan dia ada hubungan?"

"Kau rasa?"

Isman jegil mata. Siap dengan pakej mulut melopong lagi. haha...

"Seriuslah weh..."

Aku tayang muka selamba. Yang mamat seekor nak kecoh sangat ni dah kenapa? Suka hati akulah nak ada hubungan dengan siapapun. Bukannya menyusahkan orang lain pun. Air diteguk lagi.

"Bukan kau kata cinta kau untuk yang halal je ke?"

"Huk..hukhukk!!"

Aku tersedak. Tersembur keluar air yang diminum tadi mendengar kata-kata Isman.
Macam mana boleh lupa pulak ni?

Aku berdehem cuba meredahkan perit di kerongkong.

Bahu Isman ditepuk perlahan.

"Terror jugak kau kan? benda kecik macam ni pun kau boleh ingat."

"Hehe..aku kan kawan sejati kau.
Takkanlah aku boleh lupa.
Lagi pun selama aku dengan kau mana pernah aku nampak kau bercinta lagi. Sebab tulah aku pelik."

Aku betulkan duduk, bersilah di atas rumput. Nafas dihelah berat.
Maafkan aku sahabat.

"Apa nak dihairankan Man.
Manusia boleh berubah bila-bila masa je. Hati ni kita mana tau. Hari ni lain, esok lain."

Isman mengangguk-anggukkan kepala faham. Nak tergelak aku tengok dia. Serba-salah pula terpaksa sembunyikan perkara sebenar daripada kawan baik aku sendiri. Tapi berkongsi masalah peribadi rasanya bukanlah aku orangnya.

Sebaik dan serapat apapun aku dengan seseorang, masalah peribadi tetap menjadi rahsia bagi aku. Apalagi bila ia melibatkan keluarga aku.

"So Ustaz Fathi Hayyan apa cerita?"

Erk..

"Apasal pulak muncul statement Ustaz Fathi ni?"

Aku sudah pelik memandang wajah Isman. Apa kena mengenanya aku dengan Jannah dan Ustaz Muda itu?

"Dia takde hubungan dengan Jannahlah kan?"

"Hah? kau cakap apa ni? manalah aku tahu!"

Mahu sentap aku dengar cakap dia ni. Tapi aku sabarkan hati.
Aku takut kalau aku ikutkan hati terkeluar semua rahsia menjadi tidak rahsia lagi. Mulut ni pun bukan boleh percaya sangat kalau sudah dikuasai amarah.

"I think, kalau kau suka Jannah,
baik kau cepat bertindak sebelum Ustaz Fathi potong line."

Apa yang dimaksudkan oleh Isman sebenarnya? Tetiba pula aku blur time ni. Jannah ada hubungan dengan Ustaz tu ke?

Tak mungkinlah.

Diakan isteri aku. Takkanlah dia nak duakan akukan? Lagi pun budak tu bukannya suka pun dengan ustaz tu. Mana aku tahu?Adalah...

"Takde papelah. Kau je fikir lebih ni."

Aku menyedapkan hati sendiri.
Huh..ustaz Fathi dengan Jannah? Aku tinju muka ustaz tu nanti.

"Tuu...."

Aku memandang ke arah yang ditunjuk oleh Isman.

Pak!pak!pak!

Muka aku macam ditampar berkali-kali. Wajah berubah tegang. Gigi kuketap geram melihat pemandangan nun jauh di depan sana.

Jannah jalan beriringan dengan Ustaz Fathi dan Amiera Ily menuju ke dewan kuliah.
Walaupun mereka bukan jalan berdua tetapi entah kenapa hati aku dilanda cemburu yang maha hebat.

Mata menyorot tajam ke arah mereka. Hati bila-bila masa saja akan meledak memuntahkan lahar nan panas.

"Kau okay tak ni?"

Erk...aku tersentak. Macam mana aku boleh lupa Isman yang duduk kat sebelah aku ni? Aku berdehem mengurangkan sesak di dada.

"Luahkan Fiez, before you late."

Late apakah bende? Jannah tu dah jadi isteri akulah bangang! Ustaz tu yang tak sedar diri terhegeh-hegeh dekat isteri orang. Macam takde perempuan lain kat dalam dunia ni.

Tapi kata-kata itu hanya diucap dalam hati.

'I'm never latelah Isman. Jannah is mine. Only mine! Takde siapa yang boleh dapat dia sebab dia sudah tercipta hanya untuk aku seorang je.'

🐙🐙🐙

Tetiba rajin update.

Apapun hope u ols enjoy.

Please motivate me with vote &comment.

Tq😉😊😙

BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)Where stories live. Discover now