Bab 32| Tercalar ego

7.9K 342 2
                                    

Kantin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kantin...

Rindu yang menyesak di jiwa beberapa hari ini memaksa dia membawa diri ke kantin. Mata melilau meninjau ke seluruh pelosok kantin.

Melihat kalau-kalau kelibat gadis kesayangannya ada di situ. Tetapi hampa. Entah mengapa sudah beberapa hari ini dia tidak melihat Jannah di mana-mana di kawasan universiti ini.

Sudah beratus mesej yang dia kirim. Panggilan jangan cakaplah. Entah sudah tidak terkira banyaknya. Tetapi semuanya sepi, dibiarkan tanpa balasan. Jannah seolah-olah menghilang dari radar. Ghaib tanpa dapat dikesan.

'Aku ada buat silap ke?'

Setahu dia, hubungan mereka selama ini suami isteri baik-baik sahaja. Tiada pula Jannah complain apa-apa yang tidak menyenangkan hati dia.

'Ke aku terlepas pandang?'

Kepala digelengkan. Rasanya tak ada kot. Kali terakhir gadis itu bersamanya adalah seminggu yang lepas. Masih jelas segala momen yang berlaku di antara mereka berdua.

Apa yang pasti, dia nampak gadis itu bahagia selama bersama dia.

"Hafiez cari siapa?"

"Allah!"

Terhenjut bahunya terkejut sebaik mendengar suara seorang gadis menegur dia di sebelah. Ditoleh ke tepi. Wajah Sofea Emisha menghias pandangan mata.

Dia menggeleng. Tersengih.
Mata menjeling ke sebelah Sofea Emisha. Berharap manalah tahu kelibat yang dicari ada di situ. Kosong.

"Kau asal jalan sorang? Mana roommate kau yang sekor tu? Tak nampak pun."

Tidak dapat menahan rasa ingin tahu yang membuak di hati, dia menyoal gadis itu. Sengaja digunakan perkataan 'sekor' supaya Sofea Emisha tidak menyedari kejanggalan yang berlaku.

'Kalaulah Jannah dengar, mampus aku.'

Gumannya dalam hati.

"Who? You mean Jannah ke?"

"Yerlah. Siapa lagi kalau bukan dia."

Dia menjawab malas. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu lagi nak bertanya.

"Tu lah. Saya pun rindu dia. Dah seminggu ni dia balik kampung sebenarnya. Esok baru dia balik sini."

Mendengar jawapan Sofea Emisha, Tengku Albar Hafiez tersentap.

'Balik kampung?'

'Apasal aku tak tahu? And kenapa dia tak beritahu aku? Minta izin pun tidak. Dahlah semua mesej dan panggilan tak dibalas?'

Tiba-tiba Tengku Albar Hafiez berjauh hati. Tidak menyangka Jannah sanggup mengetepikan dia.

Di mana kedudukan dia sebagai seorang suami di hati seorang Jannah sebenarnya? Apa dia tidak sebegitu pentingkah kepada gadis itu? Sehingga keberadaannya pun dirahsiakan daripada pengetahuan dia.

BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)Where stories live. Discover now