BAB 1
"QAIFA, thanks sebab sudi teman saya pergi bercuti di Langkawi," ucap Darrel Adzkia dengan senyuman gembira.
"You're welcome. Dah kalau orang nak belanja percutian dia siapa tak nak pergi, kan? Orang gila yang tak tau apa apa tu pun sanggup jadi normal semata-mata nak pergi percutian free, kan kan?" balas nakal Nur Qaifa Aghnia dengan sengihan seumpama kerang busuknya dipamerkan.
Senyuman Darrel termati di situ mendengar kata-kata dari gadis yang disayangi. Bibirnya sengaja dimuncungkan. Agak kecewa dengan jawapan gadis itu.
Qaifa yang melihat perubahan pada riak wajah lelaki di hadapannya itu tersenyum nakal lebih melebar. Adalah tu idea tiga suku dia tu.
Hello sayang, tengah buat apa?
Mengapa muncung begitu?
Alalalala alalalala
Ku sayang padamu...
Qaifa siap pakej joget di depan Darrel seronok menyakat lelaki itu.
Darrel yang hampir tercetus tawa dengan aksi lucu gadis itu, tindakan refleksi diambil dengan menarik tudung bawal bercorak simetri itu hingga membuatkan Qaifa terundur ke belakang. Sudah serupa minah tiga suku sahaja.
"Eh, eh, eh... apa ni main tarik tudung kita pulak? Habis dah senget benget tudung kita tau... jahat dia ni!" omel Qaifa, geram tudungnya ditarik sambil membetulkan kembali tudungnya itu yang sudah senget serupa mak bedah gayanya. Sempat dia tampar lengan Darrel yang berlapik.
Darrel akhirnya meletus tawanya, tidak dapat menahan melihat keadaan gadis itu yang lucu baginya itu. "Okeylah tu. Lepas ni boleh saya panggil awak bedah senget pulak. Confirm famous." Kini giliran Darrel pula mengenakan Qaifa.
"Aip! Jangan memandai nak tukar nama kita yang sedap dan unik ni okey. Kita cepuk awak nanti!" sempat lagi dia memuji namanya dalam bagi amaran tu. Senget betul minah ni.
Seronok membalas usikan gadis itu. Begitulah mereka berdua saling menyakat sesama sendiri.
"Haisy, penat gelak melayan minah tiga suku seorang ni." Darrel menghabiskan sisa tawanya sembari geleng kepala. Selamba dia menggelarkan Qaifa 'minah tiga suku'.
Gelaran itu mengimpulsi Qaifa hingga terjegil biji matanya mencenung Darrel. "Awak panggil saya minah tiga suku? Habis tu awak tu apa? Mamat cengeng pondan?" Qaifa memulangkan buah paku keras pada lelaki itu sambil bercekak pinggang.
"Apa hal pulak mamat cengeng pondan? Awak cakap baik baik sikit. Ini lelaki tulen tau. Kalau tak, saya tak jadikan awak kekasih sayalah. Baik saya cari lelaki yang kacak bergaya jadikan dia boyfriend saya, uh!" Darrel tidak suka dirinya digelar 'mamat cengeng pondan'.
Yang dia boleh pula menggelar Qaifa 'minah tiga suku?'
"Dah kuat merajuk. Sifat lembut manja pulak tu. Itu sifat seorang lelaki yang digelar 'mamat cengeng pondan'. Awaklah tu." Sesedap rasa mulut Qaifa hendak membahan Darrel. Selesa bergurau kasar sebegitu.
Darrel sudah mendiamkan diri. Hanya merenung tingkah Qaifa dengan renungan tidak puas hati.
Qaifa yang baru terperasan dirinya direnung begitu, mematikan tawa. Perasaan serba salah mula menjalar ke dalam diri.
YOU ARE READING
MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓
Lãng mạnCoverby @aisyfifi #winnerExanderAward2019 #start-endingWritingMei-Julai2019 #2nd karya #Dah delete separuh bab story Blurb ada dalam bab akhir