BAB 7(DAH EDIT✔️)

4.1K 168 40
                                    

BAB 7

   DALILA terkocoh-kocoh ke ruangan wad yang Dz ditempatkan sebaik tiba di hospital.

Pintu masuk wad bilik itu dikuak dari luar. Kelihatan Qaifa sedang termangu sendiri dengan wajah kerisauan dengan Dz yang masih terlantar atas katil pesakit. Dalila terus mendapatkan Qaifa.

“Qaifa, macam mana dengan Dz? Dia okey? Kamu okey tak ni?” Tubuh Qaifa ditiliknya, bimbang jika ada yang cedera parah.

“Qaifa okeylah, mak su. Cuma Dz je yang masih tak sedar. Sebenarnya masa sampai kat sini tadi dia dah sedar, tapi asyik mengerang kesakitan jadi… doktor suntik ubat tidur dekat dia sebab nak bagi dia rehat. Itu yang dia tak sedar lagi. Doktor cakap dalam masa 12 atau 24 jam dia akan sedar balik. Depend pada semangat dia. Kalau semangat dia kuat, lagi cepatlah dia sedar,” terang Qaifa.

“Teruk ke lukanya tu? Qaifa ni betul ke tak de apa-apa?” Dalila masih tak puas hati dengan jawapan anak buahnya yang dikatakan okey itu.

“Luka dia boleh tahan jugak terkoyak kulit kat dahi. Mungkin terhantuk kuat atas jalan tar tadi sebab nak selamatkan Qaifa. Qaifa okey je. Cuma calar di siku sikit je. Kasihan kat dia. Rasa serba salah pulak disebabkan nak selamatkan nyawa Qaifa, dia yang jadi mangsa. Qaifa terhutang nyawa dengan dia mak su.” Qaifa memandang Dz yang masih tidak sedarkan diri itu dengan riak serba salah.

Dalila  merangkul  lengan Qaifa. “Hm... apa yang penting sekarang, kamu berdua selamat.  Mak su kecut perut tadi dengar berita ni. Itu yang terus pecut ke sini. Tak kisah jauh tak jauh dah. Tak sempat nak hubungi Mama Bell pun beritahu keadaan Dz.”

Qaifa memirsa pandangan terhadap maksunya yang tika itu antara senyum dengan tidak. Jelas kekagenya itu. Jika berlaku apa-apa terhadap lelaki itu, pasti dia dimarahi Datin Nabilah nanti.

“Tak perlu. Jangan beritahu  mama.” Tiba-tiba ada suara lelaki mencelah di antara perbualan mereka berdua.

Dalila dan Qaifa memandang Dz. Kelihatan lelaki itu sedang merenung mereka berdua dengan wajah pucatnya itu tanpa secalit senyuman. Antara dingin dengan tidak.

“Eh, Dz dah sedar?”  Dalila  mendekati  Dz, dibontoti Qaifa dari belakang.

“Ya. Tolong jangan beritahu mama pasal ni. Saya tak mahu dia risaukan saya nanti,” pinta Dz.

“Tapi, kamu dah terlantar di sini. Takkan mama kamu tak boleh tahu pasal ni? Nanti kalau jadi apa-apa pada kamu, Auntie Lila juga dipersalahkan nanti.”

Ya, dia khuatir jika Datin Nabilah akan memarahinya nanti kerana merahsiakan hal itu dari pengetahuannya.

“Pasal tu don't worry. Nanti pandailah saya beri alasan pada mama nanti. Lagipun, bukan teruk pun. Sikit je ni,” ujar lelaki itu lagi.

“Sikit apa sampai pengsan tadi?”  sangkal Dalila.

“Itu sebab saya pening plus terkejut Qaifa hampir dilanggar. Itu yang pengsan. Dahlah, don't worry. Esok confirm dah boleh discharge ni. Nanti kalau mama call Auntie Lila, beritahu je dia saya check in hotel di sini je. Okey?” pinta lelaki itu.

Mahu tak mahu Miss Dalila terpaksalah akur dengan permintaan Dz yang dianggap seperti anak buahnya sendiri itu.

“Tak pelah kalau itu yang Dz mahu. Auntie turuti. Berehatlah dulu. Auntie nak panggil doktor kejap beritahu yang kamu dah sedar.” Dalila meminta diri.

Dz hanya mengangguk tanpa senyuman itu. Namun begitu, sikap menghormati itu tetap ada. Dia sangat menghormati Dalila itu dari dulu lagi. Pemergian wanita itu dihantar dengan lirikan matanya. Kemudian pandangannya berkalih merenung gadis yang sedang berdiri disisinya itu. Automatik wajahnya bertukar riak ketat. Qaifa hanya merenungnya dengan pandangan rasa serba salah.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now