BAB 12(DAH EDIT✔️)

3.8K 132 34
                                    

BAB 12

  DARREL menghampar pandangan ke dada  langit yang tidak berhias sebutir bintang pun. Alam seakan memahami perasaannya tika itu yang terkenangkan Qaifa yang telah sah menjadi hak milik orang lain. Dia tidak sanggup menghadiri majlis perkahwinan gadis yang masih dicintainya itu.

Dalam masa yang sama, Puan Maria muncul di muka pintu masuk rumah. Dia melihat anak bujangnya itu sedang merenung ke langit di atas buaian besi dalam halaman rumah mereka. Lantas, dia menyarung selipar ke kaki dan menghayun langkah ke arah anaknya.

“Termenung jauh nampak?” sergah Puan Maria membuatkan Darrel tersentak.

Wajah Puan Maria dipandang. Langsung dia menegakkan posisi duduknya. “Eh, mak. Ingatkan siapalah tadi. Duduklah sini mak,” pelawanya sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya.

Puan Maria mengangguk sebelum melabuh duduk di sisi Darrel. “Melamun apa ni, angah?” soalnya ingin tahu.

“Tak de apalah, mak. Saja tengok langit suram je malam ni tanpa bintang yang menghiasinya. Bulan pun tak de.” Darrel mencipta alasan dan tersenyum kambing.

Puan Maria mendongak ke langit. Bibirnya mengukir senyum meleret sebelum kembali menatap wajah sugul sang anak.

“Ha’ahlah, suram je kan? Suram sama macam anak mak yang seorang ni, kan?” Puan Maria mengerling anaknya sekilas seperti dapat membaca isi hati anak lelaki keduanya itu.

Darrel senyum hambar. “Mana mak tahu yang orang tengah suram sekarang?” Darrel kehairanan.

“Hm... tengok dari air muka angah, mak dah boleh baca,” bahas Puan Maria.

Darrel kembali menyepi. Riak mukanya sahaja telah menterjemahkan soal hati dan perasaannya.

Lengan Darrel dipegang oleh Puan Maria lembut membuatkan Darrel menyorot ke dalam mata ibunya. 

“Bersabarlah, nak. Ingat, segala apa yang ada di muka bumi ni tak selamanya menjadi milik kita. Suatu saat ia akan pergi jua. Dan kita jangan sesekali merungut tentangnya. Itu semua sudah tertulis. Anggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Ingat satu je, Allah sedang menguji kita... ingat tu.” Usai memberi nasihat, Puan Maria meminta diri dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Darrel termangu sendiri memikirkan mutiara kata Puan Maria sebelum berlalu pergi. Dalam maknanya kata-kata itu.

“Macam mana mak tahu aku tengah terkenangkan Qaifa? Mak ni memang superwoman~lah... mampu membaca hati anak dia ni yang tengah gundah-gulana. Eceh... hm. Tapi ada benarnya jugak kata mak tu. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang jadi dalam hidup aku. Aku memang nak redha tapi hati aku ni masih tak boleh nak lepaskan cinta Qaifa dan bayang-bayangnya dari terus mengganggu hidup aku dan mimpi aku. Ya Allah bantulah aku buang rasa cinta ni untuk Qaifa. Aku juga ingin merasakan kebahagiaan seperti orang lain. Tolong bawa pergi perasaan kecewa ini. Tolong aku, Ya Allah..” rintihnya diiringi doa dalam hati tidak putus-putus. Berharap Allah bawa pergi rasa cintanya untuk Qaifa.

Tak pernahkah kau sadari

Akulah yang kau sakiti

Engkau pergi dengan janjimu

Yang telah engkau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku

Hapuskan rasa cintaku

Aku pun ingin bahagia

Walau tak bersama dia...

Memang takkan mudah

Bagiku tuk lupakan segalanya

Aku pergi untuk dia...

Darrel menyanyi dalam hati lagu sedih itu. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Tak mudah untuk melupakan gadis itu yang banyak mencipta kenangan terindah bersamanya. Dia berusaha untuk tidak menitiskan air mata lagi namun apakan daya, dia juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now