BAB 14(DONE EDIT✔️)

3.8K 119 13
                                    

BAB 14

  TAP! Tap!

Ada air menitis jatuh ke atas pelupuk mata Dz yang terpejam rapat membuatkan lelaki itu rasa tidak selesa. Lantas jemarinya naik menyapu matanya. Lalu, bibir matanya dikoyak perlahan. 

Tap! Tap!

Sekali lagi terasa ada titisan air mengenai wajahnya. “Ish... air apa pulak ni?” Dz dalam keadaan rengsa tubuh, bangun duduk meliar pandangan ke sekitar mencari kelibat Qaifa.

Dalam kepalanya beranggapan bahawa mungkin Qaifa yang sengaja titiskan air ke mukanya berniat untuk mengganggu tidurnya. Mungkin mahu membalas apa yang dia buat pada wanita itu tadi.

Malangnya, setelah mengamati sekeliling… tiada sesiapa. Air itu masih menitik dari siling jatuh di atas kepalanya membuatkan dia mencongak. Tiba-tiba matanya menjojol. Ada sesusuk melekat di siling dengan lidah panjang terjelir hingga hampir mencecah ke mukanya. Lelaki itu mereguk liur sembari terkebil-kebil  bibir  mata di saat bertentang dengan makhluk yang menakutkan itu. Lama mereka bertentang mata.

Tiba-tiba makhluk itu melompat ke atas Dz. “Mama!” jeritnya sekuat hati kerana terkejut.

Sesusuk itu ditendangnya hingga melambung ke dinding dan dia berlari keluar dari bilik. Dilihatnya sesusuk itu masih mengejarnya. Serupa hantu kopek bentuk figura makhluk aneh itu. Berpeluh Dz melarikan diri. Suasana rumah tersebut kelam dan sunyi seperti tidak berpenghuni.

“Mama! Papa! Qaifa! Mana semua orang? Anybody help me please?” Puas  Dz melaung memanggil penghuni dalam rumah itu.

Sunyi. Dia berasa aneh. Langkahnya sudah diperlahankan kerana kepenatan berlari sebaik memastikan sesusuk yang menakutkan itu tidak lagi mengejarnya. Kini, dia sedang berdiri berhadapan dengan kolam renang. Kelihatan seorang gadis sedang berenang di tengah kolam itu membuatkan Dz tertarik untuk pergi melihatnya dari dekat.

“Hello? Hai, miss?” sapanya, mendatar.

Gadis itu berhenti berenang dan berdiri membelakanginya. Hanya mematung di situ. Dz hairan juga gadis itu boleh mandi seawal pagi begitu. Tidak sejukkah dia? 

“Miss? Tak sejuk ke mandi awal begini?” soal Dz setelah melihat kekakuan si gadis.

Masih lagi sepi. Dz tak puas hati, lalu dia  berjalan  ke sebelah kanan tebing kolam untuk melihat gadis itu secara berdepan. Tiba di hadapan gadis yang sedang menunduk itu, lelaki itu duduk mencangkung. Dia mahu lihat rupa sebenar gadis itu. Biasalah manusia ni, selagi tak dapat tengok apa yang dia mahu tengok, selagi itu dia tak puas hati. Begitulah Dz.

“Miss?”

“Ya, abang....” jawab gadis itu dengan suara garau persis suara lelaki versi air menggelegak membuatkan Dz terduduk kerana terkejung tubuh mendengarnya.

Gadis itu mengangkat kepalanya melempar tenungan tajam terhadap Dz seraya tersenyum menyeringai membuatkan lelaki tersebut sekali lagi menyengkang pelupuk mata. Tubuhnya automatik terundur ke belakang sedikit demi sedikit.

“Qaifa?” Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya setelah melihat rupa Qaifa yang berubah jadi pucat dan berurat-urat hijau timbul pada setiap genap wajahnya  sambil mendatangi Dz.

“Cantik tak saya yang sekarang setelah awak membiarkan saya selama berjam jam dalam bilik mandi tu? Hingga saya mati kesejukan. Itu yang awak mahu dari saya, kan? Nak tengok saya mati! Sekarang saya nak awak ikut saya. Kita mati bersama-sama.”  Terburai tawa nyaring wanita itu, menyeramkan Dz.

Dz geleng kepala dan cuba untuk bangkit. Dengan tidak semena-mena kakinya ditarik masuk ke dalam kolam. Terpekik dia minta tolong. “Tolong! Tolong!”

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now