BAB 19I LUSITRASI dari galeri telefon Erin dicermati lama sebelum senyum plastik.
“Dz... Dz... satu hari you akan jadi milik I jugak. You tak boleh elak lagi sayang. Gambar kita berdua ni sebagai senjata untuk I serang you nanti bila you cuba untuk ingkar janji you, sayang. Maaf, I terpaksa buat semua ni demi cinta I pada you. I tak nak kehilangan you. Never! Kalau I tak dapat miliki you satu hari nanti... orang lain pun tak boleh miliki you. You hanya milik I seorang. I akan pastikan itu terjadi!” Erin benar-benar memaksudkan dengan apa yang dikatakannya.
“Miss Erin, ada customer nak jumpa,” beritahu pembantu Erin iaitu Maya, menyentakkan Erin dari anganannya.
“Yeah, okey. Thanks, Maya.” Erin terus keluar dari ruangan kerjanya dan menemui pelanggan sebaik menyahut panggilan pembantunya itu.
“Yes, my sweetie girl? How can I help you, miss?” Erin bermanis muka dan tutur katanya.
“I’d like to make a reservation.”
“Oh what kind of design do you want? If you don’t mind, can I know for what occasion? And is there a theme?”
Pelanggannya mula menceritakan apa yang dia mahukan.
Tidak hairanlah jika Erin manis dalam berhujah. Ternyata, gadis itu memiliki butik sendiri yang dihadiahkan daddynya sempena ulang tahun dia dahulu. Pantas sahaja dia petah dan bijak untuk menarik minat pelanggan termasuk Dz.
Berbincanglah mereka tentang reka bentuk untuk pakaian yang pelanggan mahukan.
***
Klinik Tanjung Malim.
SIBUK benar Darrel hari itu. Sibuk melayan pesakit sehingga tidak sempat makan tengah hari. Hari itu memang ramai pesakit.
Kebetulan Dalila datang ke klinik kerana demam akibat terlalu banyak bekerja. Darrel yang memeriksa dia menggantikan doktor yang sepatutnya bertugas pada hari itu tidak dapat hadir kerana ada hal lain. Itu yang dia kelam-kabut.
“39°c? Tinggi suhu demam mak su ni. Kalau diikutkan mak su kena tahan wad dah ni,” maklum Darrel sebagai Medical Assistant. Jelas terpancar riak kerisauannya.
“Ish, janganlah sampai masuk wad. Mak su tak nak. Bagi ubat sudahlah.” Segera Dalila menggoyang kepala bila dibangkitkan soal masuk wad.
“Tak boleh macam tu mak su. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Dahlah mak su tinggal seorang, kan bahaya. Lainlah kalau mak su dah kahwin. Ada orang yang jaga.” Darrel bimbangkan keadaan ibu saudara Qaifa yang tak pernah tahu bahawa dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan anak buah wanita itu.
“Eh kamu ni, Darrel. Ke situ pulak. Kahwin... kahwin... kahwin apanya? Calon pun tak de,” ujar Dalila dengan menarik senyuman lemah.
“Carilah calon seorang. Kalau tak cari mana nak jumpa. Atau mak su nak Darrel tolong carikan?” Darrel menawarkan diri.
“Jangan nak melalutlah! Hah, ada-ada sajalah kamu tu. Dah, bagi je ubat. Nanti mak su makan ubat nanti okaylah ni,” cantas Dalila sambil mengesat air hidung yang meleleh dengan tisu.
“Yalah. Mak su ambil resit ni dan tunggu di luar. Nanti ahli farmasi tu bagi ubat demam dan selsema.” Darrel terpaksa akur dengan permintaan Dalila.
Dalila mengangguk dan sempat mengucap terima kasih sebelum berlalu keluar dari bilik doktor itu.
Darrel terus menghubungi Qaifa, mahu memaklumkan kondisi ibu saudara wanita itu saat ini. Ya, Qaifa perlu tahu.
Qaifa yang sedang diubah penampilan dalam salon kecantikan dan butik terkenal oleh penggaya versatile dengan Dz itu, terkejut mendengarkan berita dari Darrel. Kalut wanita itu mengheret Dz bawa keluar dari gedung beli-belah, mahu diajak pergi jenguk mak sunya. Gilalah. Dz apa lagi, sepanjang perjalanan itu berleter kepada si Qaifa yang kalang-kabut mendesak balik ke Tanjung Malim.
![](https://img.wattpad.com/cover/186394076-288-k712615.jpg)
YOU ARE READING
MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓
RomanceCoverby @aisyfifi #winnerExanderAward2019 #start-endingWritingMei-Julai2019 #2nd karya #Dah delete separuh bab story Blurb ada dalam bab akhir