BAB 8
KELUAR sahaja dari Farmasi Barokah,Qaifa bawa motor pergi ke Mini market Speed99. Ketika masuk ke dalam market, Qaifa membelek beg tangannya tercari-cari senarai barang yang mak su suruh dia belikan itu. Dia tak sedar ada orang di hadapannya hingga terlanggar bahu orang itu.
“Auch!” Lelaki itu menggosok bahunya yang sebelah terhantuk pada besi gondola tempat letak biskut.
Qaifa yang baru tersedar yang dia terlanggar seseorang, segera mohon maaf. Lelaki itu sedang membelakanginya menahan senak di bahunya. “Maaf, encik... maaf, saya tak sengaja.”
“It's okey.” Lelaki itu berpaling memandang ke arah Qaifa.
Mata mereka bersatu dan terpanar. Terasa suasana membeku. Seumpama hanya mereka berdua di situ.
“Darrel?” Nama itu yang mampu terluah dari bibir Qaifa.
Darrel yang baru tersedar dari lamunannya, terus berlalu pergi tanpa permisi. Meninggalkan Qaifa sendiri.
“Darrel, nanti!” tahan gadis itu sembari mendapatkan Darrel.
Darrel mengendahkan panggilan Qaifa. Hatinya sudah mula membeku. Selepas membuat pembayaran, dia berlalu keluar dan memboloskan diri ke dalam kereta selepas membuka pintu keretanya.
“Darrel!” Qaifa menahan pintu kereta itu dari ditutup.
“Lepaslah.” Nada suara Darrel masih lembut, tidak mahu berbalah dengan gadis itu.
Dia menghormati wanita.
“Saya takkan lepas selagi awak tak nak bercakap dengan saya!” tegas Qaifa sambil menyandar di pintu itu.
Darrel akhirnya terpaksa akur dengan permintaan Qaifa. Dia membawa Qaifa pergi ke Tasik Proton City. Duduklah mereka berdua di situ menghadap Tasik. Di situlah tempat mereka berdua selalu lepak. Penuh kenangan lucu di situ. Tetapi kali ini, keadaan berbeza. Kedua-duanya serius.
Qaifa merenung Darrel di sebelah yang sejak tadi hanya mendiamkan diri saja. Dia menghela nafas seketika sebelum mula bicara. “Darrel, kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak asyik elak dari berjumpa saya? Kenapa awak lepaskan saya pada orang lain? Kenapa, Darrel? Awak dah tak cintakan saya ke? Awak tak sayang saya lagi ke?” Lirih sahaja nada Qaifa ketika melontarkan suaranya.
Lama Darrel menyepi sebelum menjawab persoalan Qaifa. Figura gadis di sebelah dipandang sekilas sebelum kembali melempar pandangan ke arah tasik yang terbentang luas di hadapannya itu.
“Tipulah kalau saya cakap saya dah tak cintakan awak. Tipulah kalau saya cakap saya tak sayang awak lagi. Saban hari saban malam hanya wajah awak berlegar di ruang mata saya, di pelosok hati saya. Itu yang terjadi dalam hidup saya.”
“Kalau begitu, kenapa awak buang saya? Kenapa, Darrel? Kenapa awak langsung tak pertahankan cinta kita?” Bertubi-tubi soalan diajukan pada lelaki itu.
Ya, dia mahu tahu sebabnya lelaki itu tidak pertahankan cinta mereka.
“Habis tu, awak nak saya buat apa? Pergi halang pertunangan yang awak sendiri dah terima ni? Nonsense!” bidas lelaki itu membuatkan Qaifa tersentap.
“Bukan saya yang terima. Berapa kali saya nak cakap, saya tak tahu apa- apalah!” Masih cuba menahan amarah kerana lelaki itu sedikit pun tidak ada hati untuk membelanya dan tidak cuba memahami perasaannya.
Darrel seolah-olah meletakkan kesalahan itu pada Qaifa seratus peratus. Qaifa kecewa dengan sikap lelaki yang pernah dicintainya itu.
“Kalau macam tu awak sendiri yang pergi putuskan pertunangan ni dengan lelaki tu. Baru awak datang cari saya. Dan masa tu, saya janji akan jumpa mak su awak. Saya tak mahu nanti saya dituduh perampas tunang orang pulak. Dah, jom saya hantar awak balik. Nanti tunang tahu, dia marah pulak.” Darrel terus bingkas bangun dan berjalan keluar dari pondok berkenaan.
YOU ARE READING
MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓
RomanceCoverby @aisyfifi #winnerExanderAward2019 #start-endingWritingMei-Julai2019 #2nd karya #Dah delete separuh bab story Blurb ada dalam bab akhir