BAB 18(DONE EDIT✔️)

3.8K 98 60
                                    

BAB 18

SELEPAS  beberapa hari menikmati percutian pakej bulan madu, mereka pulang ke Seri Puteri Hills  Puchong. Dz telah merancang mahu pindah rumah. Senang dia mahu membuli Qaifa kaw-kaw nanti.

     Dato' Dzulkifli dan Datin Nabilah terpaksa setuju. Jika ikutkan hati mereka, tidak mahu berpisah dengan anak menantu. Namun apakan daya, apabila Dz berkeras berdikari dengan hidup berdua bersama Qaifa.

Akhirnya, berpindahlah mereka ke rumah baru di Prima Villa Dana Desa Old, Klang. Qaifa sudahpun menghantar notis berhenti kerja ke tempat kerjanya sebaik pulang dari Pulau Tioman dengan alasan jauh hendak berulang-alik.

Kali pertama melangkah saja kaki ke vila, Qaifa terperohong mulut. Dia berasa seumpama sedang bermimpi bahawa vila mewah itu yang akan didiaminya. 

Dz yang melihat mulut wanita tersebut sudah melongo, spontan tangannya naik mencepuk bibir sang isteri.

“Auch! Sakitlah! Dia ni kan… ish!” Qaifa menjeling Dz tak puas hati sembari menekup bibirnya yang terasa berdesing kesan cepukan lelaki itu.

Dz dengan muka tak bersalah berlalu naik ke aras tiga dengan membawa beg bagasinya. Dia terhenti di tengah-tengah anak tangga seketika memandang Qaifa yang masih lagi tercegat di tengah ruang vila menayangkan riak cemberut. Masih marah agaknya bibirnya dicepuk tadi. Itu yang Dz fikirkan.

“Lain kali masuk vila ni buatlah kerja apa yang patut. Kita baru je pindah. Banyak kerja nak dibuat. Jangan asyik nak melopong je mulut tu. Dah boleh masuk lalat hijau tu tau tak. Hmph!” Sempat dia menyindir Qaifa sebelum kembali naik ke tingkat tiga.

“Biarlah! Sibuk je! Bukan guna mulut dia pun. Mulut aku. Suka hati akulah!” gerutu Qaifa sendiri sambil mengheret beg bagasinya bawa naik ke tingkat tiga mengekori Dz dari belakang. Untung sahaja lelaki itu tidak mendengar bebelannya.

Sebaik menjejak kaki ke ruangan peribadi yang dipilih Dz itu, sekali lagi riak teruja si Qaifa datang menerpa.

 “Wow! Cantiknya... boleh nampak air kolam kat bawah tu!” Qaifa berlari menekapkan mukanya di cermin kaca jendela menghadap ke bawah bangunan. Jakun sungguh gayanya. 

Dz yang baru keluar dari bilik air, menyengkang pelupuk mata menonton aksi Qaifa. Seluar yang baru dipakainya selepas membuang air tadi segera dibetulkan sebelum wanita itu melihatnya.

 “Oi! Kau buat apa kat situ? Siapa suruh kau masuk bilik aku ni?” sergahnya seusai mengemaskan seluarnya.

Qaifa yang tersentak disergah Dz, kembali menegakkan posisi tubuhnya dan memandang Dz yang berdiri tidak jauh darinya itu. “Eh, salah ke saya masuk ke sini? Ni kan bilik kita?” balas Qaifa sambil berpeluk tubuh dengan muka polos ditayangkan.

“Siapa kata ni bilik kita?” Lelaki itu mencekak pinggang mendekati Qaifa.

“Habis tu, takkan bilik hantu pulak?” Qaifa berundur ke belakang.

“Banyaklah kau bilik hantu. Ni bilik aku. Kau pergi cari bilik lain.”

“Eh, takkan kot? Bilik besar macam ni awak nak duduk seorang? Tak takut hantu ke? Buatnya malam nanti dia datang cekik awak, saya tak boleh tolong. Ha, kalau saya tidur sini sekali boleh juga saya tolong awak perhambat hantu tu dengan penyapu.” Apa bendalah si Qaifa melalut?

Dia fikir hantu orang agaknya boleh dihambat dengan penyapu. Huh, padahal dia yang takut menghuni bilik besar seorang diri. Disebabkan itu, dia acah-acah takutkan Dz pula.

“Tak denya hantu nak datang kacau aku malam-malam. Kalau ada pun, itu kau! Kau dengan hantu bukannya ada beza pun. Dah, pergi dari sini. Cari bilik lain. Berlambak lagi bilik lain. Aku tak nak tidur sebilik dengan kau. Buat semak je. Pergi!” usir Dz membuatkan Qaifa menggumam bibir dan mula mencari akal untuk tidak tidur di bilik lain selain bersama Dz.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now