BAB 10(✔️DAH EDIT)

4.2K 139 21
                                    


BAB 10

 TARIKH perkahwinan telah ditetapkan oleh kedua belah pihak. Qaifa terpaksa setuju sahaja demi membalas jasa maksunya. 

 Dz juga begitu, terpaksa setuju demi kebahagiaan kedua orang tuanya. Darrel dan Erin tentu saja orang yang paling kecewa ketika itu. Apa boleh buat, takdir sudah tertulis bahawa jodoh bukan milik mereka berdua.

Sejak itu, Datin Nabilah dan Dalila sering keluar bersama Dz dan Qaifa untuk membeli barang kahwin dan menempah katering bagai. Dz dan Qaifa hanya mengikuti kehendak keluarga. Sedikit pun tidak membantah. Yalah, kahwin pun terpaksa kan? Mana ada mood. Lainlah kalau kahwin atas dasar cinta, hati pun berbunga bunga ya tak?

Di bilik persalinan butik pengantin.

“Qaifa, tak siap lagi ke? Cepatlah keluar kami nak tengok penampilan kamu ni,” panggil Dalila yang sejak tadi menunggu di luar bilik persalinan itu bersama Datin Nabilah dan Dz.

Beberapa saat kemudian, Qaifa keluar dari bilik persalinan tersebut. Ketika itu semua mata terpasak pada sebatang tubuh cantik dengan kebaya broket modern yang tersarung pada tubuh gadis itu. Sungguh cantik persis anak patung.

 Dz tidak berkelip mata melihatnya. Namun segera dia berkalih pandangan. Pura-pura belek reka bentuk gaya perkahwinan dalam buku katalog itu.

       “Wow... cantiknya. So, amazing. Qaifa, wow!” puji Datin Nabilah yang sudah pun merapati Qaifa yang kelihatan kekok ketika itu.

       “Betul ke ni? Macam over je.” Qaifa membelek dirinya.

        “Eh, tak delah. Kita kahwin ni sekali je seumur hidup. Mestilah kena pakai yang gah baru namanya pengantin. Kan, Lila?” Datin Nabilah mengerling Dalila yang sedang teruja dengan penampilan anak buahnya itu.

        “Ya, betul. Tak payahlah tunjuk sangat yang kamu tu kekok. Cool je. Cantik betul Qaifa. Aduhai mak su boleh bayangkan hari persandingan kamu berdua nanti gerenti vouge punyalah!” sahut Dalila mula membayangkan majlis perkahwinan Qaifa dan Dz.

         “Ha... Acu Dz? Diam je? Cubalah tengok Qaifa ni. Cantik tak? Sibuk je membelek katalog tu,” bebel Datin Nabilah apabila menyedari anaknya itu buat tak endah saja pada tunangannya.

        “Dah tengok tadi. Cantiklah jugak,” balas Dz acuh tak acuh membuatkan Dalila pelik dengan sikap lelaki itu.

         ‘Kenapa dengan Dz ni? Macam tak suka je dengan perkahwinan yang diaturkan ni.’ Pelbagai spekulasi bermain di fikiran wanita itu.

          “Ish, budak ni... punyalah vouge macam ni acu komen tu je?” Geram Datin Nabilah dengan sikap sambil lewa Dz. Terasa membahang malu terhadap Dalila dengan Qaifa pula saat itu.

          “Tak apa, auntie. Qaifa okey. Qaifa pergi tukar baju dululah.” Qaifa berkira untuk berlalu masuk ke dalam bilik persalinan semula, mahu menukar pakaian sebaik menyedari ketidakresponan Dz.

        “Eh, nanti! Acu pergi tukar baju. Pakai blazer ni. Nanti mama nak ambil gambar kamu berdua tunjuk pada papa dengan Along Deanna.” Lengan anaknya itu sudah ditarik apabila dilihatnya Dz masih tidak berganjak.

         Qaifa pula berdiri tercegat di sisi maksunya, menunggu.

         Dz dengan malas turuti sahaja kemahuan mamanya itu. Beberapa saat kemudian, lelaki itu keluar dari bilik persalinan dengan tuksedo kasual grey pengantin stail.

        Saat itu semua mata yang memandang, terlohong mulut. Sungguh hot guy penampilan Dz. 

        Dz hanya menayangkan air muka badaknya di situ.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now