BLURB

266 11 0
                                    

Coverby @aisyfifi
#winnerExanderAward2019
#start-endingWritingMei-Julai2019
#2nd karya
#Dah delete separuh bab story

BLURB MASIH MENCINTAIMU

Perkahwinan yang diatur amat menyeksakan jiwa dua hati kerana masing-masing sudah memiliki pilihan sendiri. Demi membalas jasa dan pengorbanan keluarga, mereka akur sahaja. Namun, adakah perkahwinan itu membahagiakan mereka?

   “Kau dengar sini eh… aku kahwin dengan kau bukan sebab cinta tau. Tapi sebab nak jaga hati mama papa aku dan mak su kau tu. Jadi, kau jangan berangan untuk buat aku jatuh cinta terhadap kau sebab aku takkan sesekali jatuh cinta dengan kecantikan kau ni ya, sayang.”-DZAKI DHIYAUDDIN

   “Dan awak juga perlu ingat… saya bukan kahwin dengan awak sebab cinta. Tapi kerana mahu membalas jasa mak su saya yang dah banyak berkorban untuk saya selama ni. That's it. Dan tak pernah terlintas di hati saya untuk jatuh cinta pada awak Mr. Psycho plus mental!” -NUR QAIFA AGHNIA.

    Dari situ bermulalah kisah asam garam dalam rumah tangga mereka berdua. Dengan sang suami bersikap dingin dan menyakitkan hati. Si isteri pula suka menonjolkan tingkah tiga sukunya dan peminat tega hindustan pula. Takkan selamanya mereka sebegitu rupa?

    “Kau jangan bermimpi aku nak bagi kau anak. Jijik!”- DZAKI DHIYAUDDIN

     “Uh awak tak nak, saya sejuta kali tak hingin!”-NUR QAIFA AGHNIA

     ERIN bekas kekasih DZ tak habis-habis mahu mengganggu hubungan mereka dengan pelbagai perancangan licik yang direncanakan untuk pisahkan DZ dan QAIFA hingga melibatkan tragedi tragis.

       “I akan pastikan hidup you musnah Dz!”- ERIENNA PAUL

      Kemunculan DARREL mahu merebut semula kasih QAIFA dari tangan DZ sebaik mengetahui kekocakan rumah tangga pasangan itu angkara prasangka. 

     “Saya nak awak minta cerai dengan si keparat tu!”- DARREL ADZKIA.

     QAIFA menghilangkan diri dari hidup DZ selama tiga tahun menjadikan lelaki itu kehilangan waras berfikir. Apakah punca? Akankah terbenih rasa cinta di lubuk hati mereka berdua di kala ujian Tuhan melanda diri?

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now