BAB 6(✔️DAH EDIT)

4.4K 176 42
                                    

BAB 6

SELEPAS Qaifa ditinggalkan di Tasik Proton City oleh Darrel tempohari, lelaki itu tidak lagi dapat dihubungi. Puas dia hubungi lelaki itu melalui panggilan telefon, mesej semua tak berjawab. Malah, aplikasi whatsapp, instagram, facebook semua telah disekat oleh Darrel. Sungguh dia buntu. Ada beberapa kali dia pergi cari Darrel di klinik. Staf di situ asyik cakap perkara yang sama. Darrel tak ada. Dia cuti. Cuti apa lama sangat? Dia tahu lelaki itu sengaja memberi alasan demi mengelak bertemu dirinya. Qaifa sedih memikirkannya.

Qaifa kemurungan beberapa hari. Namun tidak pula ditunjuk riaknya di hadapan Dalila. Tidak mahu mak sunya pula yang susah hati nanti.

***

DALILA menjengah masuk ke ruangan bilik anak buahnya itu apabila menyedari Qaifa sedang terkhayal sendiri. Dia mendaratkan duduk di birai katil.

Manakala Qaifa pula, sedang berdiri di jendela berpagar itu merenung ke luar. Belakang batang tubuh Qaifa dicenung bimbang.

"Qaifa, are you okay?" soalnya ingin tahu.

Awan lamunan Qaifa lenyap apabila ditegur mak sunya itu. Dia berpaling mencari tuan si empunya suara yang menegur seraya menarik senyuman. Cuba sembunyikan rasa gundah di kamar hati.

"Okey je. Kenapa mak su tanya macam tu?" Qaifa datangi Dalila lalu, melabuhkan duduk di sisi ibu saudaranya itu.

"Saja tanya. Sebab mak su perasan sejak dua menjak ni Qaifa dah tak ceria macam dulu. Serius je. Kamu ada masalah apa apa ke? Kongsilah dengan mak su. Mana tahu kot mak su boleh tolong." Dalila cuba salami hati Qaifa yang jelas seakan menyimpan duka di hati tika itu.

"Tak ada apalah mak su. Mungkin penat kerja kot. Kan banyak OT sekarang ni. Itu yang tak ceria tu. Badan letih agaknya." Qaifa mencipta alasan.

"Kalau betul penat sebab kerja tak pelah. Tapi, kalau sebab lain tu pun Qaifa kena beritahu mak su jugak. Biar mak su tahu isi hati kamu tu. Mak su akan faham." Kata pujukan Dalila membuatkan Qaifa terbeku seketika seperti wanita itu dapat membaca isi hatinya sahaja.

"Kenapa mak su cakap macam tu?"

"Qaifa... mak su tahu, kamu terseksa dengan pertunangan ni, kan? Kalau kamu rasa pertunangan ni menyiksakan jiwa kamu Qaifa, kamu beritahu mak su jujur. Mak su okey je. Mak su akan faham perasaan kamu, Qaifa. Cinta tak boleh dipaksa, kan? Tak pe, nanti pasal Dz tu biar mak su uruskan dengan Mama Bell. Mereka akan faham hati dan perasaan kamu." Kedua-dua belah bahu Qaifa dipegang lalu, dipalingkan menghadapnya.

Dalila melurus tenungan ke dasar kornea mata anak buahnya itu sedalam-dalam, mencari keikhlasan dari tutur bicaranya nanti.

"Ya Allah mak su... Qaifa okeylah. Mak su jangan risau. Qaifa tak de niat pun nak putuskan pertunangan ni. Lagipun, mak su dah banyak berkorban untuk Qaifa. Takkanlah untuk hal yang sekecil ni Qaifa tak boleh nak tunaikan permintaan mak su tu." Qaifa memegang kedua belah pipi mak sunya itu bersama senyuman terindah dihadiahkan buat wanita berkenaan.

Dia tidak mahu maksunya itu fikir yang bukan-bukan. Ya, sudah tiba masanya untuk dia teruskan hidup tanpa Darrel. Darrel pun telah pergi dari hidupnya buat selamanya. Jadi mungkin ini jalan yang terbaik untuk dia dengan meneruskan pertunangan ini dan belajar untuk menerima lelaki yang bakal menjadi suami itu nanti. Dia pelik juga. Kata sudah bertunang tetapi lelaki itu langsung tidak menghubungi dia bertanya khabar atau lain-lain.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now