BAB 2(dah edit)✔️

7.6K 247 68
                                    


 Taman sentosa, Tanjung malim.

  “ASSALAMUALAIKUM, mak su oh mak su vouge... bukaklah pintu pagar ni. Qaifa dah balik!”  pekik  Qaifa memberi salam dari luar pagar rumah teres setingkat itu.

Beberapa saat kemudian, kelihatan pintu gelangsar dibuka dari dalam rumah. Terpacul wajah Dalila a.k.a mak su vogue dengan wajah berkerut seribu menahan geram dengan sikap tak sabar anak buah kesayangannya itu.

“Waalaikumussalam, haisy!” jawabnya perlahan tapi berbaur menahan amarah sahaja.

“Mak su pergi mana? Lambatnya buka pintu?” soal Qaifa setelah pintu pagar di luar itu dibuka mangganya. 

“Ada je tertidur masa tengah tengok TV tadi. Yang kamu ni tiba-tiba muncul, bila sampai? Mana kawan kamu tu?” soal Dalila pula sambil menjengah kepala tercari-cari kelibat kawan kepada anak buahnya itu.

“Dia dah baliklah lepas hantar  Qaifa tadi,” sela Qaifa sebaik menyedari wanita itu seakan sedang mencari Darrel.

Tidak sempat Dalila hendak bersuara, Qaifa sudah meluru masuk ke dalam rumah. 

Dalila menggeleng kepala melayankan perangai Qaifa. Tanpa menunggu, dia mengunci pintu pagar rumah dengan mangga sebelum berlalu masuk rumah.

Qaifa melabuhkan duduk di atas sofa sambil mengipaskan dirinya dengan tudung bawalnya yang sudah ditanggalkan itu. Kepanasan. Musim panas agaknya.

Dalila turut menghenyak duduk di sisi anak buahnya itu, mengelis pandang Qaifa sejenak. 

Qaifa yang menyedari dirinya menjadi tatapan mak su, memandang arah wanita itu.

 “Kenapa mak su pandang Qaifa macam tu?” soalnya pelik.

Dalila berkalih renungan dan kembali tertumpu  pada siaran yang bertayang di kaca TV. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk maklumkan pada Qaifa apa yang dibincangkannya tengah hari tadi dengan kawan baiknya itu. 

“Tengah hari tadi kawan baik mak su ada datang rumah satu family...” Dalila mengujar lembut kemudian berjeda seketika.

“Then?” Qaifa masih lagi merenung mak sunya di sisi menanti apa yang seterusnya.

“Then, dorang nak jumpa kamu Qaifa tapi… kamu lambat sampai. Jadi, dorang baliklah dulu. Dalam pukul empat lebih macam tu,” sambung Dalila lagi namun, ayat hujungnya masih tergantung.

Qaifa sudah pun tegakkan posisinya masih merengung mak sunya itu. Hatinya tertanya-tanya.

“Kenapa dorang nak jumpa Qaifa pulak? Dorang bukan kenal Qaifa pun.”

“Sebenarnya, dorang datang ada hajat. Kami pernahlah berbincang tentang hal ni lama dah dari dalam telefon lagi. Tapi hari ni, dorang datang pulak ke rumah kita. Jadi, perbincangan itu pun jadi serius dan kedua pihak telah pun setuju untuk...” Dalila berjeda lagi dan memandang Qaifa semula.

“Untuk apa? Qaifa tak faham apa yang mak su cuba sampaikan ni?” Qaifa mula merasa tidak senang di hati dengan cara penyampaian emak saudaranya.

“Sekejap... tunggu!” Dalila terus menghilang  di sebalik  dinding ruang tamu itu memasuki ke ruangan kamar beradunya. 

Qaifa berkerut kening memikirkan apa yang maksunya cuba beritahunya.

Beberapa saat kemudian, Miss Dalila keluar ke ruang tamu dengan membawa sekeping kad dan kotak baldu merah kecil untuk cincin ke arah Qaifa.

Qaifa menilik barang yang dibawa maksunya itu dengan pandangan yang aneh.

 “Apa benda ni mak su?”

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now