BAB 16(DONE EDIT✔️)

3.4K 117 43
                                    

BAB 16

Tunamaya Beach & Spa Resort, Pulau Tioman

QAIFA berehat di persisiran pantai sendirian melempar renungan ke arah lautan yang terbentang luas di hadapan mata. Dia menonton aksi pasangan yang hadir, sangat mesra dan manis. Pastinya mereka turut berbulan madu  sepertinya, mungkin. Cemburu rasanya bila melihat pasangan bahagia itu. Sedangkan dia? Nama saja datang berbulan madu. Tetapi sang suami bersama gadis lain di situ. Tegar sungguh Dz berkelakuan seperti itu terhadap Qaifa.

Saat itu Qaifa mulai terbayang adegan romantis Dz bersama kekasihnya itu persis lagu Mera Mann dalam filem Mann pula. Yang babak Dev berjanji temu dengan kekasih hati menimbulkan rasa cemburu di sukma Priya. 

Tercetus tawa halus dari bibir Qaifa tatkala terkenangkan fragmen dari filem itu. Boleh pula terbayang babak lagu hindi tika itu. Haih, apa boleh buat sememangnya Bollywood adalah filem kegemarannya. Segalanya akan dibayangkan dengan adegan dari petikan filem-filem Bollywood.

Qaifa tidak betah berlama di situ dan segera ingin berlalu dari situ. Pada waktu yang sama, dia terlihat sepasang kekasih elok sahaja baru datang ke arahnya siap berpeluk pinggang dan bahu manja lagi. Geram pula Qaifa melihatnya namun, apakan daya. Siapa dia mahu menegah perbuatan mereka. Walau dia tahu dia ada hak tetapi bila memikirkan perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta jadi dia mengurungkan saja rasa itu ke dasar hati dan melupakan niatnya.

“Hey, Qaifa? You buat apa dekat sini sorang-sorang? Jomlah join kami berdua.” Erin bermanis mulut mempelawa Qaifa menyertai mereka berdua yang baru hendak mandi air laut itu.

Qaifa menilik gadis itu dari atas hingga ke bawah sebelum membuka mulut. Seksa matanya menyaksikan tubuh gadis itu yang hanya dibaluti bikini.

“Eh, you ajak dia buat apa? Buat rosak honeymoon kita berdua je,” tegah Dz dengan mempamerkan muka ketatnya, benar-benar membuat Qaifa terkilan hati mendengarnya.

“You... kenapa cakap macam tu? Kita datang bertiga, kan? So, ajaklah Qaifa ni sekali,” tegur Erin yang entah ikhlas atau tidak itu.

Nampak gaya seperti baik orangnya. Tapi entahlah. Hati orang kita tidak tahu kan... Qaifa mendesis sendiri.

“I cakap tak payah. Dia boleh bercuti sendiri. Tak hairanlah. Bukan budak kecik lagi. Tahulah dia nak pergi mana mana nanti. Yang penting bukan bersama kita. I tak nak ada dia bila kita tengah date berdua, faham? So, tak payah layan minah ni. Jom kita mandi, honey.” Lengan Erin ditariknya laju bawa ke pantai.

Qaifa hanya menggeleng lemah melihat perlakuan maksiat itu dan kemudian dia berlalu pergi dari situ membawa diri. Dalam hati dilanda galau gara-gara memikirkan suaminya, dia teringatkan maksunya.

Nombor maksunya didail. Sebaik nama maksunya naik, telefon tersebut ditekap ke cuping telinga menantikan jawapan dari maksunya.

Tidak sampai seminit dua, panggilan sudah dijawab.

“Hello, assalamualaikum Qaifa sayang.” Kedengaran ceria nada suara yang sangat dirinduinya dari hujung talian.

“Hello, waalaikumussalam mak su sayang. I miss you, mak su... erm…” Qaifa merengek manja dengan wanita itu. Rindu sangat barangkali.

Memang selalu begitu. Jika berdua dengan maksunya dia terlebih manja kerana terlalu rapat dari kecil lagi. Ibarat wanita itu adalah pengganti ibu dan ayahnya.

“Alolo... I miss you too, sayang. Manjanya anak buah mak su ni. Eh kamu tu dah kahwin. Tak boleh rengek manja macam ni lagi. Nanti Dz fikir apa pulak.”

“Ah biarlah! Dia bukan peduli pun dekat Qaifa. Jadi ikut suka Qaifa nak manja ke apa.” Tanpa sedar Qaifa terlepas cakap. Lantas, tangannya naik menekup mulut sendiri setelah tersedar akan khilafnya.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now