BAB 5
Tasik Proton City, Tanjung Malim.
KELIHATAN Darrel sedang melangut merenung tasik sendirian di pondok tepi tasik itu.
Dia dapat whatsapp dari Qaifa mahu menemui dia di situ. Apalah agaknya yang Qaifa mahu bincangkan dengannya. Katanya penting.
“Sorry I'm late!” sergah Qaifa yang baru muncul itu menginjatkan Darrel.
Wajah comel itu dipandangnya dengan menghadiahkan senyuman meleret terhadap gadis itu.
“So... late. Jadi, disebabkan awak lambat… awak didenda. Belanja saya aiskrim tu!” Mulutnya memuncung arah bangla jual aiskrim atas motor kapcainya di lereng bukit taman itu.ik
Qaifa mengikut arah muncung mulut lelaki itu yang tadi.
“Penatlah nak naik atas tu. Saya baru je turun dari sana tadi. Saya bagi duit awak pergi belikan. Boleh tak, bucuk kepam?” Selamba dia panggil Darrel ‘bucuk kepam’ dengan mata mendelip beberapa kali.
Sudahlah dia yang didenda tetapi, lelaki itu pula yang disuruh belikan aiskrimnya. Dia boleh buat perangai tidak semenggahnya pula di situ.
“Hish, alih-alih saya jugak yang kena pergi. Ni siapa yang denda siapa ni? Dahlah gelar kita bucuk kepam. Suka hati dia je mak bedah seorang ni!” leter Darrel meletuskan ketawa Qaifa dek tercuit dengan leteran lelaki itu.
“Janganlah marah. Cakap sayangkan saya... please?” pujuk Qaifa tidak berputus asa. Dia malas hendak berulang-alik naik ke situ.
Darrel dengan malas bangkit dari duduknya dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa mengambil not RM 2.00 dari Qaifa.
“Eh, duit ni?” pekik Qaifa agak kuat kerana Darrel sudah naik ke atas bukit.
Darrel hanya mengendahkan wanita itu. Beberapa saat kemudian dia kembali bersama aiskrim buah perisa anggur dan epal hijau berharga RM1.00 dalam tangan dan diserahkan kepada Qaifa.
Qaifa mengambil aiskrim dari tangan kekasihnya itu dengan sengihan ceria.
“Thank you, darling. Nah ambil duit ni.” Not seringgit dua helai dihulur kepada lelaki itu.
“Tak payahlah. Saya belanja. Simpan je duit tu untuk isi minyak motor awak nantie.” Darrel menolak kembali not seringgit itu pada Qaifa.
Dia tahu gadis itu baru kerja. Gaji pun belum dapat. Kemudian Darrel mengambil tempat di sebelah Qaifa menghadap tasik.
“Wah... terima kasih. Ini yang sayang awak lebih ni.” Qaifa tersenyum manja buat tatapan Darrel.
“Dah belanja baru nak cakap sayang?” duga Darrel sambil mengerling Qaifa sekilas sambil menjilat aiskrim perisa anggur.
“Awak... sayang tu tak perlu diungkap. Kita boleh nampak melalui perbuatan tahu tak. Awak tak nampak ke cara layanan saya pada awak selama ni? Tu layanan saya untuk orang yang saya sayang dan cinta je. Orang lain tak dapat layanan istimewa macam saya layan awak tu. Awak bertuah dapat kekasih macam saya tau,” ujar Qaifa seraya menjilat aiskrim perisa epal hijau.
“Layanan istimewa apa kalau asyik mengutuk saya je. Itu ke layanan dan cara awak tunjuk sayang dan cinta awak pada saya?” Sengaja Darrel mahu menguji Qaifa lagi.
Sedangkan dia tahu isi hati gadis itu sejak dulu lagi. Memang gadis itu sangat mencintainya. Itu dia pasti.
“Lain orang lain caranya. Ada yang sweet talker. Ada yang romantik. Tapi, saya bukan macam tu. Inilah diri saya. Cara sayang saya… cinta saya pada awak kasar. Namun, perkara itu yang membuat awak rindukan saya nanti bila saya tak de lagi di sisi awak. Kutukan manja itu yang akan awak ingat sampai mati. Layanan kasar itu yang akan menjadi kenangan terindah di hari tua awak nanti. Percayalah cakap saya. Kalau asyik sweet je tak best jugak kan? Boring,” jelas Qaifa terperinci soal hati dan perasaannya terhadap lelaki itu.
YOU ARE READING
MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓
RomanceCoverby @aisyfifi #winnerExanderAward2019 #start-endingWritingMei-Julai2019 #2nd karya #Dah delete separuh bab story Blurb ada dalam bab akhir