BAB 20
KEDENGARAN bunyi bising di dapur rumah Dalila membuatkan Dz yang lena dibuai mimpi indah itu, terjaga.
Dia bangkit dari tidurnya dan mata dipisat-pisat dengan jari. Dilihatnya Qaifa tiada di bawah katil tempat dia tidur kerana semalam dia dengan selamba tidur dahulu terbongkang atas katil milik wanita itu. Dia tahu wanita itu tidur di bawah kerana terlihat gulungan tilam di bawah katil bersama bantal tersusun rapi.
Dia bingkas turun katil dengan rambut serabai keluar dari ruangan itu menuju ke ruang dapur.
“Haih, awal bangun?” suara yang menegur itu memranjatkan Dz.
Dia memandang ke arah suara itu. Kelihatan Qaifa sedang memasak. Dz meliar mata ke sekeliling sebelum dia mendekati wanita itu. Khuatir jika Dalila terdengar apa yang bakal dikatakan nanti.
‘Hmph, kau perli aku ke apa ni?’ bisiknya di cuping telinga Qaifa.
“Perli apa pulak? Tanya je pun tak boleh ke?” sangkal Qaifa seraya menjeling Dz, nasi goreng yang siap digoreng disendukkan ke dalam mangkuk sederhana besar.
“Awas kau kalau perli perli aku depan mak su!” Sempat lagi Dz memberi amaran keras sebelum berlalu ke bilik air.
Entah apa-apa Dz punya perangai. Pagi pagi lagi sudah mencari salah Qaifa. Ada sahaja bahan untuk dibalahnya.
Qaifa hanya menjuih bibir mendengar amaran itu. Sedikit pun tidak takut. Mangkuk nasi goreng itu dibawa ke meja makan.
Qaifa berlalu masuk ke bilik mak su yang masih berbaring kesejukan. “Mak su, mak su nak mandi? Qaifa dah masak air panas.” Qaifa menawarkan diri dalam nada lembut sambil meletak tangan di dahi maksunya. Agak kurang panasnya. Tak lama lagi kebahlah ia. Qaifa menarik nafas lega.
“Boleh juga,” jawab Dalila lemah. Entah mengapa hari itu badannya semakin rengsa hingga tidak mampu untuk bangkit.
“Mak su dah kebah sikit ni lepas makan ubat semalam. Kejap lagi lepas breakfast telan ubat lagi okey?” pesan Qaifa prihatin sungguh tentang kesihatan maksunya.
“Tak usah risau tentang mak su. Pergilah layan suami kamu. Tak baik abaikan dia,” tegur Dalila sambil mengelus lembut lengan Qaifa.
“No no no... Dz faham mak su tak sihat. Mak su jangan risau pasal dia. Lepas Qaifa uruskan mak su, Qaifa akan layan dia pulak. Sekarang meh Qaifa bawa mak su pergi mandi.” Qaifa sudah bersiap untuk membantu membangunkan wanita itu.
Dz yang baru keluar dari bilik air itu tercari kelibat Qaifa. Kala dia ingin berlalu ke ruang makan, dia terlihat Qaifa sedang berusaha untuk memapah maksunya. Dz mendekati mereka berniat mahu tunjuk keperihatinannya. Tidak mahu terlihat biadap tidak mengambil berat tentang wanita itu pula nanti.
“Biar saya tolong mak su. Awak ke tepi.” Dia sudah pun memaut tangan Dalila lembut dan dipapahnya.
Qaifa beralih ke tepi dan ralit mengamati tingkah Dz.
‘Alangkah bagus kalau sikap sebenar awak begini. Baik, prihatin, penyayang... sayangnya semua perbuatan dan riak yang awak pamerkan pada mak su hanya sandiwara semata. Tapi, tak pelah. Asalkan mak su bahagia. Aku tak nak mak su tahu sikap sebenar Dz. Biarlah aku sendiri je yang tahu. Aku tak nak mak su susah hati dan jatuh sakit bila dapat tahu apa yang diharapkan selama ni terhadap Dz sama sekali bercanggah. Tidak. Itu takkan terjadi. Sampai bila tu aku tak pasti. Selagi aku mampu bersabar,’ bicara hati kecilnya kemudian mengikuti Dz yang sudah memimpin mak su dibawa ke bilik air yang sudah tersedia ada dalam ruangan itu.
Qaifa yang mandikan mak su dengan air suam. Dz pula menunggu di luar sambil melayan laman sosial dalam telefon pintarnya.
Sebaik selesai menguruskan Dalila, mereka sarapan semeja. Pada waktu yang sama, lagu Myself nyanyian Bazzi berkumandang dari ponselnya, tanda ada panggilan masuk. Lantas, dia meminta diri untuk menjawab panggilan itu.
YOU ARE READING
MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓
RomanceCoverby @aisyfifi #winnerExanderAward2019 #start-endingWritingMei-Julai2019 #2nd karya #Dah delete separuh bab story Blurb ada dalam bab akhir