BAB 9(DAH EDIT✔️)

3.7K 145 20
                                    

BAB 9

  DATIN NABILAH keluar dari dapur menuju ke bilik anak bujangnya. Pintu bilik diketuk, niat mahu memanggil Dz turun sarapan bersama. Tiada sahutan. Dia menguak pintu menjengah kepala ke dalam. Tiada penghuni di situ.

“La... patut tak bersahut. Tak de orang rupanya. Hish... mana pergi budak Dz ni? Lila cakap tadi dia dah balik semalam. Risau pulak.” 

Wanita itu terus beredar ke ruang makan temui suaminya.

“Abang,  Acu Dz tak balik semalam. Bilik dia kosong. Lila cakap tadi masa saya call dia, katanya Acu Dz dah balik semalam. Saya risaulah, bang.” Jelas terpancar riak kebimbangan pada wajahnya.

“Hm... adalah tu tidur kat rumah kawan-kawan dia agaknya. Tak payah risaulah. Tahulah dia nak balik nanti. Lagipun, dia dah besar panjang. Tahulah dia nak jaga diri dia,” respons Dato' Dzulkifli tenang sambil membaca surat khabar.

“Itu kalau dia tidur di rumah kawan dia. Kalau tak de, macam mana? Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana?” Pelbagai perkara bermain di kepala Datin Nabilah.

“Jangan mengarutlah. Jom breakfast. Kejap lagi baliklah tu,” cantas Dato' Dzulkifli, malas mahu mendengar andaian karut sang isteri. 

Surat khabar sudah dilipatnya dan diletak atas meja makan.

“Susahlah bercakap dengan abang ni. Bukannya nak faham perasaan kita yang tengah risaukan anak. Dia boleh cakap kita mengarut pulak. Benci tau.” Datin Nabilah merajuk.

“Haih, merajuk pulak dia. Sudahlah tu merajuk. Awak tu dah tua. Hudoh kalau merajuk tau. Dah macam rupa siput sedut abang tengok muka awak tu.” Sengaja Dato’ Dzulkifli mahu mengusik isterinya.

“Abang! Tengok tu... kutuk kita lagi. Geramnya. Sebal!” Datin Nabilah memuncung sedepa sambil menyilang tangan ke dada dalam keadaan membelakangi suaminya.

“Alolo... merajuk ya. Abang gurau jelah. Janganlah merajuk. Lagi merajuk lagi comel abang tengok isteri abang ni,” pujuk Dato' Dzulkifli bahu isterinya ditarik memandangnya.

Datin Nabilah sengaja mematungkan diri. Masih sebal dengan sikap suami yang kaki sakat.

“Assalamualaikum, ma pa!” Figura Dz muncul dari ruang tamu dan menyalam tangan kedua orang tuanya.

Datin Nabilah dan Dato' Dzulkifli terkinjat melihat dahi anak mereka bertampal dengan kain kasa. 

“Ya Allah, kenapa ni sampai bertampal begini? Acu, beritahu mama dengan papa apa dah jadi?” Datin Nabilah sudah membelek dahi anaknya itu dengan berkerut wajah keresahan ditayangkan.

“Ha, acu accident ke? Kenapa tak beritahu papa?” Dato' Dzulkifli sudah berdiri dari duduknya turut risaukan kondisi Dz.

“Ma... pa... I'm okay. Ni just jatuh terhantuk kat jalan sikit je. Tak de apalah ni. Don't worry.” Dz cuba tenangkan hati kedua orang tuanya yang dilanda perasaan gusar.

“Betul ke ni terhantuk di jalan? Atau ada orang pukul anak mama ni? Cakap betul betul!” Datin Nabilah masih tidak berpuas hati dengan jawapan anak lelakinya itu yang suka sembunyikan banyak perkara darinya.

“Tak delah, ma. Siapa yang berani nak pukul anak mama yang kuat dan tough ni? Betul, acu jatuh. But, now I'm okay. Don't worry.” Dz cuba meyakinkan mamanya sambil tersenyum tenang.

“Haih, macam macamlah acu ni. Buat mama papa risau je. Ni kalau Along Deanna tahu, mahu bising dia nanti,” bebel Dato' Dzulkifli sambil duduk kembali.

            Tanpa dipinta Dz turut melabuh duduk bersama mama dan papanya. Menyertai sarapan pagi bersama. “Janganlah beritahu dia. Diamkan je.” Sempat dia melarang mama papanya dari beritahu Deanna Dharren apa yang berlaku.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now