BAB 11(DAH EDIT✔️)

3.8K 130 27
                                    


BAB 11

   DALILA menjengah Qaifa di bilik persalinan dan solekan dalam butik pengantin. Terharu ditambah dengan perasaan sebak dia menyaksikan anak buahnya itu yang bakal melayari bahtera tidak lama lagi. Dia mendatangi Qaifa yang sudah siap disolek oleh jurusolek.

“Cantiknya anak buah mak su,” puji Dalila.

Qaifa turut merasa tersentuh melihat maksunya. Lepas ini dia sudah tidak tinggal bersama wanita itu lagi. Selepas bernikah, pastinya Dz membawanya tinggal bersama di rumah baru mereka nanti. Dz sekarang membantu papanya mengurus syarikat perkapalan bersama Deanna Dharren dan Karl Syafiq.

“Mak su… lepas ni, Qaifa dah tak boleh tinggal dengan mak su lagi. Sedihnya,” luah Qaifa. Lantas, tubuh maksunya dipeluk kemas. Merintik air matanya jatuh. 

Dalila membalas pelukan anak buahnya. “Janganlah nangis macam ni. Nanti habis make up kamu. Penat je jurusolek ni touch up muka cantik cantik,” pujuknya. Sedangkan dia sendiri pun digenangi air mata hingga tertumpah mengenai parasnya. Tidak dapat menahan rasa hiba.

“Qaifa takut rindukan mak su nanti... Qaifa tak pernah berpisah dengan mak su pun sebelum ni. Mak su... mak su tinggallah dengan kami nanti. Please?” rengek Qaifa manja dengan diiringi nada sendu.

“Mak su pun nanti mesti rindukan Qaifa. Tapi, nak buat macam mana. Qaifa kan dah nak nikah hari ni. Mak su lepaskan Qaifa seratus peratus pada Dz. Nanti kalau rindukan mak su baliklah jenguk mak su. Kalau ada masa, mak su akan datang jenguk Qaifa ya sayang.” Belakang Qaifa diusap lembut, cuba menenangkan hati galau gadis itu.

Qaifa mengangguk perlahan. Mendengar kata-kata pesanan mak su.

“Hey, apa ni nangis pulak dia. Penat I touch up you tadi tau. Hish, budak Qaifa ni... nanti lepas nikah bersanding semua, hah menangislah puas puas. Sekarang ni, tahan dulu air mata tu. Haisy, tak pasal-pasal kena touch up balik,” bebel Elly jurusolek pengantin dan model yang ditempah khas oleh Datin Nabilah untuk bakal menantu.

Tergelak akhirnya kedua-dua mereka  mendengar bebelan jurusolek tersebut. Mereka menyeka air mata masing-masing.

***

Mtree Hotel Puchong.

KELIHATAN berpeluh Dz menunggu kehadiran pengantin perempuan bersama rombongannya.

Tetamu sudah memenuhi ruang dewan hotel. Tok kadi juga sedia menanti. Datin Nabila dan Dato' Dzulkifli dilanda kerisauan. Lambat bakal menantu mereka tiba. Deanna yang duduk di sisi mamanya turut kebimbangan. Karl syafiq pula duduk bersebelahan papa mentuanya di sisi Dz di tempat akad nikah.

Erin melihat lelaki itu dari kejauhan. Berharap bakal pengantin perempuan tidak hadir.

Tidak berapa lama kemudian, pintu dewan dikuak dari luar oleh pembantu hotel. Semua terpaku arah pintu masuk itu. 

Muncul Qaifa bersama empat orang pengiringnya. Empat orang rakan sekerjanya Dila, Fiqa, Sera dan Farah. Yang seorang lagi tentu mak sunya yang vouge kalah pengantin itu.

“Ha... itu pun pengantin perempuan. Dah sampai pun,” tegur Deanna.

“Maaf lambat jalan jammed sikit tadi,” beritahu  Dalila sambil mengepit lengan Qaifa dan dibawa duduk di singgah sana pelamin indah terhias kerana tempat akad nikahnya di hadapan pelamin itu sahaja.

Ketika Qaifa berjalan di tengah laluan karpet merah, semua mata terpukau melihatnya. Ada sosek-sosek mengatakan rupanya cantik ala-ala Arabic. Kembang hati Qaifa seketika mendengar pujian itu. Lantas, dia tersipu malu.

Dz memandangnya sekilas. Qaifa yang perasan lelaki itu menjeling dirinya, sempat menjelir lidah. 

Dz membalas dengan menjulingkan mata ke tengah. Kemudian, kembali memandang tok kadi di hadapannya. Elok sangatlah kedua-dua perangai tak semenggah. Sudah besar panjang  kelakuan serupa kanak-kanak ribena. Nasib tak ada yang perasan tingkah mereka.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now