BAB 4(DAH EDIT✔️)

4.9K 185 37
                                    

BAB 4

   SEMINGGU  telah pun berlalu. Seperti yang dijanjikan Dalila mahu membawa Qaifa ke majlis perkahwinan sahabat baiknya itu di Puchong, Selangor.

Dari Tanjung Malim hendak ke Puchong mengambil masa sejam lebih juga.

Tiba di Seri Puteri Hill Puchong, Qaifa dan mak sunya keluar dari perut kereta seraya meregangkan pinggang yang terasa lenguh itu. Manik mata Qaifa yang mengelih sekitar, tertegun seketika dengan keunikannya. 

“Wow! Cantiknya tempat ni... ni rumah kawan mak su tu, eh?” 

“Ya, inilah alamatnya yang tertera dalam kad jemputan ni,” akui Dalila sambil membetulkan solekan serta baju kebaya coklatnya yang sedikit terangkat itu.

Selendang panjangnya yang dililit di kepala itu dibetulkan sehingga dia berpuas hati dengan penampilannya. 

Qaifa menilik wanita itu dari atas hingga ke bawah. Vouge habis. Kalah ratu cantik dunia.

Qaifa pula hanya mengenakan baju kurung cotton bercorak bunga kecil pink hijau bertanah putih. Bertudung satin bercorak bunga ros hanya pin di kiri kanan. Sangat ringkas tapi comel. Tampak ayu di situ. Solekannya pun nipis. Hanya oles April skin cushion pada wajah. Secalit lip balm nivea cherry pada bibir dan parasnya agar kelihatan memerah ala-ala gadis arab. Gadis itu tersenyum sendiri mencermati diri pada pantulan cermin tingkap kereta.

Setelah Dalila berpuas hati membelek diri pada kaca cermin tingkap keretanya itu, dia mengajak Qaifa masuk ke dalam Duplex Villa & Condominium Puteri Hills di hadapan mereka. Qaifa hanya membuntuti dari belakang.

Tiba di hadapan rumah milik Datin Nabilah a.k.a Bell iaitu rakan lama Dalila, terlihat tetamu sudah memenuhi ruang rumah. 

Dalila langsung menghubungi sahabat baiknya itu.

 Qaifa hanya jadi penunggu di sebelah mak sunya dengan muka yang tak habis mempamerkan riak terujanya itu dengan kemewahan dan kecantikan dalam kawasan vila. Lensa mata gadis itu menyorot setiap genap sudut vila itu. 

Tanpa sedar, ada seseorang sedang perhatikannya dari satu sudut. Lelaki itu merenung  Qaifa dengan penuh asyik tanpa gadis itu sedari.

“Hei, Lila? Datang jugak kau, ya?” sapa rakan Dalila mesra. Siap peluk cium wanita itu erat yang baru keluar dari dalam rumahnya.

Qaifa hanya jadi pemerhati adegan jejak kasih itu.

“Maaflah lambat. Cari rumah tak jumpa tadi. Lama tak datang, ingat-ingat lupa dah haih,” ramah Dalila seiringan tawanya. 

Disambut tawa oleh Datin Nabilah. Rapat betul gayanya. 

Datin Nabilah mengalih pandangan ke arah Qaifa di sisi Dalila. “Ini siapa?” soalnya ingin tahu.

“Oh yeah, lupa nak kenalkan. Inilah anak saudara aku yang kau nak jumpa hari tu. Nur Qaifa Aghnia.” Dalila perkenalkan Qaifa terhadap Datin Nabilah.

Qaifa yang berada agak jarak dua depa dari dia, ditarik dan disuruh menyalam serta mencium tangan sahabat baiknya itu.

Qaifa hanya menurut tanpa banyak tanya dengan penuh kesopanan tingkahnya. Tidak mahu memalukan mak su nanti di hadapan sahabat baiknya tu.

“Oh, cantiknya Qaifa... mesti Dz suka melihatnya,” puji Datin Nabilah kemudian matanya melurut jatuh pada jari manis gadis itu yang tersarung cincin bertatah berlian.

Bibirnya mengulas senyum bahagia. Lantas, bahu gadis itu dirangkum kemas. 

Tindakan dan layanan wanita 40-an itu menimbulkan rasa aneh di lubuk hati Qaifa. Sedangkan ini baru kali pertama mereka bertemu.

MASIH MENCINTAIMU(COMPLETE)(TERBIT 25 Nov 2021)✓Where stories live. Discover now