'Bukkk'
Lamunannya terhenti seketika dek kerana bola yang mencium dahinya. Dipandang bola itu sepi. 'Sapa pulak dengki dengan aku ni'.ucapnye sendirian. Tanpa disedari, seorang budak berbadan agak gempal berlari anak ke arahku. "Minta maaf ye kakak, saya tak sengaja."ucapnya penuh sopan. Aku mengangguk tanda memaafkannya.
Seraya itu, mata ku melilau mencari putera kesayanganku, Farish Irfan. Lega hatiku bila melihatnya sedang asyik bermain bola kesayangannya dengan beberapa budak yang lain. Memang puteranya itu mudah berkawan dan tidak kedekut. Sedar tak sedar, usianya kini sudah 3 tahun.
Dan selama itulah, dia menumpang kasih seorang lelaki yang dianggapnya papa. "Jauh kau termenung? Ingat sapa la tu sampai bola cium dahi baru nak sedar."kedengaran suara Hakimi yang datang dari arah belakang sambil tangannya memegang 2 kon aiskrim menuju ke arahnya. Aku hanya tersenyum sambil memegang aiskrim yang dihulurnya.
Serentak itu, si kecilku sudah berada di sebelahku sambil tersengih. Memang dia pantang bila nampak aiskrim. "Papa, nak akim."pintanya kepada Hakimi. "Ow, nak akim ye..Boleh..Kiss sini dulu."kata Hakimi sambil tangannya menuding ke arah pipinya yang putih bersih itu. Tanpa berlengah, terus pipi Hakimi dicium laju. Aku hanya tersenyum melihat gelagat puteraku yang semakin hari semakin panjang akal.
Hai semua readers, sudikanlah baca karya pertama saya ni.
Mungkin buah tangan ni x seberapa tapi saya sedang berusaha menjadikannya 1 karya yang di ingati semua..
Thank you guys.😁
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...